K5 The Street Bistro Melaka
K5 The Street Bistro terletak di kaki lima Hotel Equatorial Melaka ini sering menjadi tarikan pelancong luar negara mahupun penduduk tempatan. Untuk pengetahuan semua, K5 sebutannya ialah "Kaki Lima". Di beri nama K5 The Street Bistro adalah bersesuaian dengan hidangan yang ditawarkan disini yang mana kita boleh dapatkan di kebanyakan yang dijual di kaki -kaki lima. Ahahhh, menarik bukan?
Harganya memang berbaloi dengan portion yang ditawarkan (sangat besar saiz mangkuk/pinggan dan banyak). Paling best! Suasana persekitaran bistro ini cukup tenang dan sangat cantik terutama di waktu malam.
Oh ya! Bistro ini juga sentiasa menjadi pilihan pengunjung terutama di waktu musim perlawanan bola sepak di peringkat antarabangsa. Akan kelihatan penyokong dengan jersi Manchester United dan Liverpool terutamanya datang ke sini dan menyaksikan perlawanan bola bersama-sama. Akan ada skrin layar besar dipasang, memang puas hati!
K5 The Street Bistro dibuka setiap hari dari pukul 12 tengah hari sehingga 2 pagi. Untuk pilihan menu seperti "Today's Soup", "Classic Hawkers' Favourites", "Specialty PIzzas", "Snack Bite", "Dessert Corner", "Hot and Cold drinks", "Milkshake", "Floats" dan "Ice Blended".
Jadi baru-baru ini saya telah mencuba sendiri sebahagian makanan yang ditawarkan di K5 The Street Bistro, antaranya seperti:-
Classic Pepperoni | RM30
Selain Classic Pepperoni, terdapat juga Spicy Ocean Tuna Pizza, Chicken Tandori Pizza dan Hawaian Pizza. Semuanya sedap-sedap tau.
Mee Rebus : RM15
BBQ Chicken Wanton Noodles | RM28
Mee wanton ada juga yang jenis kering iaitu berkicap.
Prawn Mee | RM22
Laksa Sarawak | RM15
Swee & Sour Chicken | RM22
Nasi putih dimakan bersama ayam masam manis, rempeyek dan acar.
Nasi Goreng Istimewa | RM22
Ada nasi goreng, sate, ayam goreng, telur mata, rempeyek dan acar.
Mee Siam Bungkus | RM6
Mee Siam Bungkus ini memang saya sangat rekomen pada korang semua. Sedap apatah lagi dinikmati bersama sambal tauchu bersama karamel. Akan dibungkus setelah menerima daripada tempahan dari pelanggan ya.
Nasi Lemak Bungkus | RM6
Nasi Lemak yang akan dibungkus apabila mendapat tempahan pelanggan. Memang sedap!
Selection of Finger Sandwich| RM15
Keropok Lekor | RM12
Keropok lekor ni memang diorder khas dari Kelantan. Memang ranggup di luar dan lembut didalam. makan panas-panas bersama dengan sos istimewa memang terbaik.
Ice Kacang | RM6
Traditional Cendol | RM6
Kalau datang Melaka, manisan ini wajib dicuba tau. Cendol, santan dan gula Melaka semestinya.
Coffee Milkshake | RM15
Selain daripada Coffee Milkshake, terdapat juga Strawberi Milkshake, Vanilla Milkshake dan Chocolate Milkshake. Selain daripada milkshake terdapat juga air floats (coke dan sprite) dan ice blended (chocolate, cappucino dan latte).
Memang makan kenyang sampai pagi esoknya. Sebabnya portion untuk setiap hidangan memang besar. Paling best suasana bistro ni memang best. Sebab ianya di kawasan terbuka tapi still tertutup dari kepanasan cahaya matahari, jadi memang pengudaraan yang sangat best. Memberikan rasa mood yang ceria dan bahagia ketika menikmati makanan.
Tidak dinafikan rasa hidangan itu juga memainkan peranan. Serius semua sedap memang hidangan yang punyai cukup rasa. So, kesimpulannya memang berbaloi untuk korang yang inginkan kelaianan dalam menikmati hidangan di tempat yang agak esklusif. Terutama di musim-musim perlawanan bola. Bistro ini selalu full house tau!!
K5 The Street Bistro Melaka
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 28, 2018
Rating:
Kenapa baru sekarang aku baca pasal ini? Semalam baru balik dari Melaka. Kalau aku tau, dah ku serang dah BBQ Chicken Wanton Noodles nan lazat tu!
ReplyDeletemeriahnya team bola baling! nanti nak pergi lah melaka pastu nak stay sini
ReplyDeleteMacam-macam menu ada tu nampaknya. Dari western sampai ke menu tempatan. Bistro pun nampak menarik dan selesa. Nak cuba lah nanti.
ReplyDeleteBanyak kali lalu depan Hotel Equatorial, tapi tak pernah perasan pun Bistro ni. Semalam pun ada lalu. Next time kena tengok betul-betul. Nak cuba.
ReplyDeleteowhhhh K5 tu stands for kaki lima. Ingatkan apa lah tadi. baguslah bistro mcm nie. menghidangkan makanan tempatan dan juga western. jadi banyak pilihan diberi kepada pengunjung, ye dakk ? nak jugak makan kat saini satu hari nanti
ReplyDeleteBanyak lagi rupanya port makan best-best dekat Melaka. Ty kena remark ni. Mmungkin lepas Raya nak ke sana. Bolehlah drop by gi singgah makan. The portion is really big and the price are worth sangat. Thank you so much for your sharing sis.
ReplyDeleteWantan noodles tu bestnya nak try ! Dulu pergi melaka tak ada pun nak try makan sini.next trip masuk lost
ReplyDeletefuh.. time-time gini tengok gambar makanan memang lah terliur.. alamak.. mee rebus dengan ais kacang tu TB tengah craving tauu.. alamak.. nampak sedap semuanya.. Coffe Milkshake tu pun fuh.. terliur beb... suasana pun nampak selesa.. kalau dekat nanti nak ajak hubby pi ..
ReplyDeleteTengok gambar pun dah buat perut lapar. Makanan from Hotel Equatorial memang sedap-sedap. Eiza pernah berbuka puasa di Equatorial Penang dan air tangan Chef sana memang wow lah. Thanks atas perkongsian ni.
ReplyDeleteAkak tak ajak kita pun makan sekali banyak tu habis ker heheh kita suka tengok Mee Rebus tu bestnya besar dan banyak lak tu nanti kalau datang Melaka kita singgah sini lah yer..
ReplyDeleteDah lama tak pergi hotel Equatorial Melaka ni.. dulu atau sebab office selalu buat program di Melaka akan menginap di sini..tak sangka dah ada K5 bistro..harga pun murah.
ReplyDeleteWalaupun nama k5 tp tgk foods dia mmg menarik.EQ hotel mmg antara hotel yg menjadi fav pengunjung.liez tergoda dgn wantan noodles tu.
ReplyDeleteAlaaa baru je balik dari Melaka minggu lepas. Kalau tahu ada tempat makan ni mesti dah singgah dah. Huhu.. Mi rebus tu nampak menyelerakan. Takpe, kena bookmark post ni so lengkali pergi Melaka boleh visit tempat ni.
ReplyDeleteYa tuhannn nampak sedap2 makanan itu da la tgh panas ni.. Terliur sgt next time g melaka msti kena singgah sini.. Tq ue sharing tmpat yang menarik ni.
ReplyDeleteNama pun senang nak ingat K5. Kalau pergi Melaka nak singgah makan sini. Harga pun berpatutan dan menyelerakan. Nasi lemak RM6 pun nampak sedap. Nyum Nyum
ReplyDeleteNi kafe sebelum masuk lobi tu ke kak? Yg tepi jalan ek? Bapak besar portion dia haha
ReplyDeleteInsaallah kalau ke Melaka sis singgah le nanti kat sini. Tengok makanan dia pun menarik. Sis ni lama betul dah tak ke Melaka, entah bilalah nak ke sana lagi
ReplyDeletePengen cari K5 The Street Bistro ini jika suatu hari nanti Abby melancong lagi ke Melaka. Tergoda lihat makanan yang di tampilkan di post ini hehee
ReplyDeleteKesehatan Ayam Tercinta kita perlu kita jaga juga.
ReplyDeleteDalam kali ini saya akan memberikan sedikit pengetahuan untuk kesehatan Ayam Kesayangan kita.
Berikut artikel yang barusan saya update.
Manfaat Belimbing Untuk Ayam Bangkok Sehat
https://tajenonline.net/manfaat-belimbing-untuk-ayam-bangkok-sehat/
Jika anda kurang memahami nya, Boleh ditanyakan langsung dengan tajenonline
Pasti akan langsung cepat direspon atau dibalas chatting anda.
Terima kasih sudah menyukai komentar saya barusan.