Malam Penghargaan Du Viet Bersama Media
Du Viet membawa maksud "DO VIETNAMESE" for meal. Perkataan DU disebut mengikut gaya slanga Perancis di Vietnam. Apa yang menarik tentang hidangan yang ditawarkan di restoran ini ialah mereka tidak menggunakan sebarang perasa/msg bagi menghasilkan hidangan terbaik. Bahkan sebenarnya setiap hidangan telah disediakan mengikut teknik dan resepi istimewa tertentu. Ada yang perlu mereneh dari 8 sehingga 12 jam lamanya.
Kehebatan rasa hidangan yang telah dipersembahkan dengan cemerlang bukan sahaja menambat hati setiap pelanggan yang datang. Bahkan Restoran Du Viet juga telah dinobatkan Restoran Vietnam No. 1 Terbaik untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor dari TallyPress.com.
Kejayaan membanggakan ini tentunya menjadikan momen yang begitu istimewa terutama kepada founder dan krew-krew yang telah bertungkus-lumus menjadikan Restoran Du Viet ini sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Bagi meraikan momen istimewa ini, satu makan malam penghargaan bersama media serta kenalan rapat dan pelanggan tetap Du Viet telah diadakan di Du Viet Sunway Piramid. Apa yang lebih mengujakan saya ialah hampir ke semua hidangan istimewa dijamukan kepada kami untuk merasai sendiri masakan popular Vietnam yang telah diperkenalkan di restoran ini.
Antara yang cukup mencuri perhatian pada malam tersebut ialah hidangan Hanoi-Style Mixed Beef Noodles
Hidangan ini juga dikenali sebagai Pho Bo Dac Biet. Ini merupakan antara 'signature' hidangan yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan mereka. Tidak hairanlah hidangan ini mendapat penganugerahan khas baru-baru ini. Bagi saya sendiri versi Hanoi-Style Mixed Beef Noodles disini agak berbeza dengan hidangan yang sama di pasaran. Sup yang agak ringgan dari segi rasa, tidak terlalu kuat bau daging dan rempah namun ianya tetap sempurna apabila kita nikmati bersama mee yang didatangkan sekali. Saya difahamkan untuk menyediakan hidangan ini ianya mengambil masa 8 sehingga 12 jam mereneh sup bersama daging segar dan tulang. Tidak hairanlah kualiti dari hidangan ini memang superb. Seriously saya boleh menikmati sehingga 2 mangkuk penuh Hanoi-Style Mixed Beef Noodles dalam satu-satu masa.
Hanoi-styled Beef & Chicken Dry Noodles | RM22.90
Jika anda tidak suka jenis yang berkuah, bolehlah mencuba Hanoi-styled Beef & Chicken Dry Noodles. Untuk menikmati hidangan ini kita perlu menggaul semua sos yang didatangkan sekali bersama lauk ayam/dging dengan rata bersama mee.
Stewed Beef Brisket with White Radish | RM19.90
Pilihan untuk menikmatinya samada bersama nasi putih (panas-panas) atau roti dan sebagainya. Namun bagi saya jika dapat menikmatinya juada ini sahaja sudah cukup membuatkan hidup saya gembira (hiks).
Ini merupakan hidangan vietnam yang cukup popular dikalangan orang melayu. Kami biasa memanggilnya dengan nama hidangan "Popiah Vietnam". Di Du Viet ianya turut ditawarkan dan ianya didatangan dengan cara masakan stim dan goreng. Keduanya enak apatah lagi dapat dicicah bersama sos istimewa (home made).
Steamed Wrapped Rolls (2 rolls) | RM14.90
“Ha-Ha” Lou Sang | RM68 (M) & RM88 (L)
Hidangan Pesta Vietnam Du Viet dinamakan cukup istimewa iaitu "Ha-Ha" Lou Sangyang mengandungi 12 jenis ramuan organik seperti turnip, radish, nenas (Pineapple), pomelo, Taugeh (Bean Sprout), timun (Cucumber), lobak merah (Carrot), kobis, salad, glass noodles, udang segar (fresh prawns) dan herba.
Disertakan juga dengan 4 jenis sos iaitu:-
1. Spring (Fish & Lime)
2. Summer (Plum)
3. Autumn (Peanut)
4. Winter (Dry Roasted Condiments)
2. Summer (Plum)
3. Autumn (Peanut)
4. Winter (Dry Roasted Condiments)
Simbolik tentang hidangan ini membawa maksud 12 bulan dan 4 musim untuk kesihatan yang baik dan kemakmuran sempena dengan Tahun Baru. Dinamakan dengan perkataan"Ha-Ha" Lou Sang, ini kerana hidangan ini didatangkan bersama dengan udang segar yang emmbawa maksud keseronokan dan kegembiraan yang dirasai bersama.
Hidangan ini hanya ditawarkan untuk tempoh terhad iaitu bermula dari 30 Januari 2018 sehingga 28 Febuari 2018.
Adalah wajib untuk mencuba Kopi Vietnam di Restoran Du Viet ya. Ia menawarkan rasa kopi yang benar-benar kaw dari segi kepekatan rasa dan aroma yang memikat jiwa. Pekena sekali pasti termimpi-mimpi :p
Rekaan dekorasi di bahagian dalam restoran. Kemas dan terletak cantik.
Dekorasi di bahagian luar cukup indah dengan susun atur dekorasi antik yang kemas tersusun. Ruang yang cukup sesuai bagi mereka yang datang untuk melepak bersama kawan mahupun secara sendirian (me time).
So korang kalau nak rasai sendiri hidangan istimewa Vietnam dari Du Viet, bolehlah singgah di mana-mana outlet yang berdekatan seperti tertera dibawah :-
Hidangan ini hanya ditawarkan untuk tempoh terhad iaitu bermula dari 30 Januari 2018 sehingga 28 Febuari 2018.
Adalah wajib untuk mencuba Kopi Vietnam di Restoran Du Viet ya. Ia menawarkan rasa kopi yang benar-benar kaw dari segi kepekatan rasa dan aroma yang memikat jiwa. Pekena sekali pasti termimpi-mimpi :p
Haruslah kopi Vietnam perlu dijamu kepada semua tetamu yang dijemput. Dan masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri.
Hampir semua hidangan hebat di Restoran Du Viet telah saya cuba. Dan pastinya Hanoi-Style Mixed Beef Noodles adalah antara hidangan yang perlu saya cuba sekali lagi apabila saya datang menjamu di sini (soon).
So korang kalau nak rasai sendiri hidangan istimewa Vietnam dari Du Viet, bolehlah singgah di mana-mana outlet yang berdekatan seperti tertera dibawah :-
Suria KLCC
LC 401, Level 4
(+603-2116 3630)
Sunway Pyramid
G1.45, Ground Floor
(+603-7492 0018)
Damansara Uptown
41A and 43A, 1st Floor,
Uptown 37
(+603-7726 8101)
Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
Website: www.duviet.com.my
Facebook: www.facebook.com/DuVietGroup
Instagram: @DuViet_MY
Psst: terima kasih Du Viet diatas jemputan :-)
Malam Penghargaan Du Viet Bersama Media
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 30, 2018
Rating:
dlu ms kj area klcc tu ada lalu restoran ni..tp tk pernh try masuk
ReplyDeletebest betul menu makanan kat sini ya.Terus rasa lapar dah ni..
ReplyDeleteRestoran nampak menarik. Best tak makanan vietnam?
ReplyDeleteSemua hidangan nampak sedap. Restaurant pon nampak cantik dan kemas.
ReplyDeletewah, sedap yer makanan vietnam. Lama dah tak makan macam ni.
ReplyDeletetak pernah sampai lg..jauhnya hihiii
ReplyDeletewow nampak sedaplah yang Hanoi-Style Mixed Beef Noodles rasa nak makan pula malam ni tapi duit dalam beg dompet ni ada rm50 hinggit acono tu ?
ReplyDeleteBila nak buka cawangan di Penang?
ReplyDeleteSedapnya semua menu tu. Teringin nak cuba sangat yang popiah vietnam tu.
ReplyDeletecantik dekorasi luar dan dalam restoran ni. menu yang disediakan juga nampak sedap semuanya.. sedapnya sup daging tuuuu
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Dekat klcc ada..wah..teringin nak makn spring roll tu
ReplyDeletespring roll tu buatkan terliur.. haaa..
ReplyDeleteakk dari dulu mmg suka makan kat restoran ni...selalu ambik beef noodle dia, memang sodap
ReplyDeletewahhh teringin jugak nak rasa roll tu nampak menarik dan segar :) mesti sedap sgt2.
ReplyDeleteNampak menarik tempatnya... begitu juga dengan hidangannya....
ReplyDeleteI love Vietnamese food, just pass their outlet at sunway pyramid last week, must give it a try soon.
ReplyDeleteVietnam food is light and suit Asia taste. I have not try this restaurant yet but I love Vietnam food.
ReplyDeleteInfo Penting untuk kamu yang ingin Tahu Manfaat Minyak Ikan Untuk Ayam Bangkok Untuk<< Wajib kamu ketahui !
ReplyDeleteagen sabung ayam online
ReplyDeletehttp://agensabungayam.logdown.com/post/7836343-website-sv388-agen-adu-ayam-filipina-terbaik
Link Official Bolavita : http://159.89.197.59/
Telegram : +62812-2222-995
Wechat : Bolavita
WA : +62812-2222-995
Line : cs_bolavita
Nampak sedap lah! Terasa nak makan pulak :D
ReplyDeleteDapatkan flavour tempatan di Suci Harum.