Malam Penghargaan Du Viet Bersama Media

Du Viet membawa maksud "DO VIETNAMESE" for meal. Perkataan DU disebut mengikut gaya slanga Perancis di Vietnam. Apa yang menarik tentang hidangan yang ditawarkan di restoran ini ialah mereka tidak menggunakan sebarang perasa/msg bagi menghasilkan hidangan terbaik. Bahkan sebenarnya setiap hidangan telah disediakan mengikut teknik dan resepi istimewa tertentu. Ada yang perlu mereneh dari 8 sehingga 12 jam lamanya.

Kehebatan rasa hidangan yang telah dipersembahkan dengan cemerlang bukan sahaja menambat hati setiap pelanggan yang datang. Bahkan Restoran Du Viet juga telah dinobatkan Restoran Vietnam  No. 1 Terbaik untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor dari TallyPress.com.

Kejayaan membanggakan ini tentunya menjadikan momen yang begitu istimewa terutama kepada founder dan krew-krew yang telah bertungkus-lumus menjadikan Restoran Du Viet ini sentiasa menjadi pilihan pelanggan.

Bagi meraikan momen istimewa ini, satu makan malam penghargaan bersama media serta kenalan rapat dan pelanggan tetap Du Viet telah diadakan di Du Viet Sunway Piramid. Apa yang lebih mengujakan saya ialah hampir ke semua hidangan istimewa dijamukan kepada kami untuk merasai sendiri masakan popular Vietnam yang telah diperkenalkan di restoran ini.

Antara yang cukup mencuri perhatian pada malam tersebut ialah hidangan Hanoi-Style Mixed Beef Noodles 

Hanoi-Style Mixed Beef Noodles | RM23.90 

Hidangan ini juga dikenali sebagai Pho Bo Dac Biet. Ini merupakan antara 'signature' hidangan yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan mereka. Tidak hairanlah hidangan ini mendapat penganugerahan khas baru-baru ini. Bagi saya sendiri versi Hanoi-Style Mixed Beef Noodles disini agak berbeza dengan hidangan yang sama di pasaran. Sup yang agak ringgan dari segi rasa, tidak terlalu kuat bau daging dan rempah namun ianya tetap sempurna apabila kita nikmati bersama mee yang didatangkan sekali. Saya difahamkan untuk menyediakan hidangan ini ianya mengambil masa 8 sehingga 12 jam mereneh sup bersama daging segar dan tulang. Tidak hairanlah kualiti dari hidangan ini memang superb. Seriously saya boleh menikmati sehingga 2 mangkuk penuh Hanoi-Style Mixed Beef Noodles  dalam satu-satu masa.

Hanoi-styled Beef & Chicken Dry Noodles | RM22.90

Jika anda tidak suka jenis yang berkuah, bolehlah mencuba Hanoi-styled Beef & Chicken Dry Noodles. Untuk menikmati hidangan ini kita perlu menggaul semua sos yang didatangkan sekali bersama lauk ayam/dging dengan rata bersama mee.
Stewed Beef Brisket with White Radish | RM19.90

Pilihan untuk menikmatinya samada bersama nasi putih (panas-panas) atau roti dan sebagainya. Namun bagi saya jika dapat menikmatinya juada ini sahaja sudah cukup membuatkan hidup saya gembira (hiks).
Shrimp & Summer Combo Rolls Delite (4 rolls) | RM22.90

Ini  merupakan hidangan vietnam yang cukup popular dikalangan orang melayu. Kami biasa memanggilnya dengan nama hidangan "Popiah Vietnam". Di Du Viet ianya turut ditawarkan dan ianya didatangan dengan cara masakan stim dan goreng. Keduanya enak apatah lagi dapat dicicah bersama sos istimewa (home made).

Steamed Wrapped Rolls (2 rolls) | RM14.90

Semua pastinya cukup mengenali dengan hidangan gaya Vietnam "Chee Cheong Fun" . uniknya ianya dibungkus bersama udang, ayam serta cendawan dan disajikan dengan sos dan sos ikan.
“Ha-Ha” Lou Sang | RM68 (M) & RM88 (L)

Hidangan Pesta Vietnam Du Viet dinamakan cukup istimewa iaitu  "Ha-Ha" Lou Sangyang mengandungi 12 jenis ramuan organik seperti  turnip, radish, nenas (Pineapple), pomelo,  Taugeh (Bean Sprout), timun (Cucumber), lobak merah (Carrot), kobis, salad, glass noodles, udang segar (fresh prawns)  dan herba.

Disertakan juga dengan 4 jenis sos iaitu:-
1. Spring (Fish & Lime)
2. Summer (Plum)
3. Autumn (Peanut)
4. Winter (Dry Roasted Condiments)

Simbolik tentang hidangan ini membawa maksud 12 bulan dan 4 musim untuk kesihatan yang baik dan kemakmuran sempena dengan Tahun Baru. Dinamakan dengan perkataan"Ha-Ha" Lou Sang, ini kerana hidangan ini didatangkan bersama dengan udang segar yang emmbawa maksud keseronokan dan kegembiraan yang dirasai bersama.

Hidangan ini hanya ditawarkan untuk tempoh terhad iaitu bermula dari 30 Januari 2018 sehingga 28 Febuari 2018.

Adalah wajib untuk mencuba Kopi Vietnam di Restoran Du Viet ya. Ia menawarkan rasa kopi yang benar-benar kaw dari segi kepekatan rasa dan aroma yang memikat jiwa. Pekena sekali pasti termimpi-mimpi :p
Haruslah kopi Vietnam perlu dijamu kepada semua tetamu yang dijemput. Dan masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri.

Hampir semua hidangan hebat di Restoran Du Viet telah saya cuba. Dan pastinya Hanoi-Style Mixed Beef Noodles adalah antara hidangan yang perlu saya cuba sekali lagi apabila saya datang menjamu di sini (soon). 

Rekaan dekorasi di bahagian dalam restoran. Kemas dan terletak cantik.

Dekorasi di bahagian luar cukup indah dengan susun atur dekorasi antik yang kemas tersusun. Ruang yang cukup sesuai bagi mereka yang datang untuk melepak bersama kawan mahupun secara sendirian (me time).

So korang kalau nak rasai sendiri hidangan istimewa Vietnam dari Du Viet, bolehlah singgah di mana-mana outlet yang berdekatan seperti tertera dibawah :-

Suria KLCC
LC 401, Level 4 
(+603-2116 3630)

Sunway Pyramid 
G1.45, Ground Floor 
(+603-7492 0018)

Damansara Uptown
 41A and 43A, 1st Floor, 
Uptown 37 
(+603-7726 8101)

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
Website: www.duviet.com.my
Facebook: www.facebook.com/DuVietGroup
Instagram: @DuViet_MY

Psst: terima kasih Du Viet diatas jemputan :-)

#duviet #vietnamese #pho #porkfree #nomsg #glutenfree

Malam Penghargaan Du Viet Bersama Media Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 30, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. dlu ms kj area klcc tu ada lalu restoran ni..tp tk pernh try masuk

    ReplyDelete
  2. best betul menu makanan kat sini ya.Terus rasa lapar dah ni..

    ReplyDelete
  3. Restoran nampak menarik. Best tak makanan vietnam?

    ReplyDelete
  4. Semua hidangan nampak sedap. Restaurant pon nampak cantik dan kemas.

    ReplyDelete
  5. wah, sedap yer makanan vietnam. Lama dah tak makan macam ni.

    ReplyDelete
  6. wow nampak sedaplah yang Hanoi-Style Mixed Beef Noodles rasa nak makan pula malam ni tapi duit dalam beg dompet ni ada rm50 hinggit acono tu ?

    ReplyDelete
  7. Sedapnya semua menu tu. Teringin nak cuba sangat yang popiah vietnam tu.

    ReplyDelete
  8. cantik dekorasi luar dan dalam restoran ni. menu yang disediakan juga nampak sedap semuanya.. sedapnya sup daging tuuuu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. Dekat klcc ada..wah..teringin nak makn spring roll tu

    ReplyDelete
  10. spring roll tu buatkan terliur.. haaa..

    ReplyDelete
  11. akk dari dulu mmg suka makan kat restoran ni...selalu ambik beef noodle dia, memang sodap

    ReplyDelete
  12. wahhh teringin jugak nak rasa roll tu nampak menarik dan segar :) mesti sedap sgt2.

    ReplyDelete
  13. Nampak menarik tempatnya... begitu juga dengan hidangannya....

    ReplyDelete
  14. I love Vietnamese food, just pass their outlet at sunway pyramid last week, must give it a try soon.

    ReplyDelete
  15. Vietnam food is light and suit Asia taste. I have not try this restaurant yet but I love Vietnam food.

    ReplyDelete
  16. Info Penting untuk kamu yang ingin Tahu Manfaat Minyak Ikan Untuk Ayam Bangkok Untuk<< Wajib kamu ketahui !

    ReplyDelete
  17. agen sabung ayam online

    http://agensabungayam.logdown.com/post/7836343-website-sv388-agen-adu-ayam-filipina-terbaik

    Link Official Bolavita : http://159.89.197.59/
    Telegram : +62812-2222-995
    Wechat : Bolavita
    WA : +62812-2222-995
    Line : cs_bolavita

    ReplyDelete
  18. Nampak sedap lah! Terasa nak makan pulak :D

    Dapatkan flavour tempatan di Suci Harum.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.