Jalan Jalan Japan Mommy Sayang

Antara kedai feveret yang sentiasa menjadi pilihan saya dan anak-anak ialah Jalan Jalan Japan. Ini kerana begitu banyak pilihan barangan dari Jepun (sama ada yang terpakai ataupun  masih baru) dijual pada harga yang cukup murah.

Daripada barangan orang dewasa sehinggalah kanak-kanak. Barangan serbaguna daripada koleksi perhiasan, kasut, pakaian, permainan dan pelbagai lagi semuanya mencuri perhatian. Tetapi baru-baru ini saya memang ke Jalan Jalan Japan One City Mall Subang Selangor untuk mencari barangan buat my Yara.

Oh ya! Untuk pengetahuan semua my Yara telah memasuki usia 1 tahun pada 26 Januari 2018 yang lepas. Memandangkan ini adalah anak yang bongsu dan paling manja jadi saya dan anak-anak yang lain berpakat untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat beliau.

Ada 4 barangan yang kami inginkan hadiah pada Yara, iaitu:-
1. Permainan Interaktif
2. Tiub Mandi (Bath Tube)
3. Basikal kecil
4. Pakaian -Vest!

Seriousla! Di Jalan Jalan Japan terdapat pelbagai pilihan barangan terutama permainan kanak-kanak.

Sesuai dengan umur Yara yang baru menginjak 1 tahun, jadi saya telah memilih permaina ini.  Ada terdapat pelbagai jenis dan rupabentuk yang boleh kita pilih.

Permainan ini sangat membantu untuk meransang otak kanak-kanak melalui sentuhan dan pendengaran melalui bunyi-bunyi yang dihasilkan dari permainan interkatif ini. Ianya juga sangat bagus dari segi membantu perkembangan pemikiran kognitif kanak-kanak.

Memandangkan 'bath tube' yang sedia ada sudah rosak. Saya mencari 'bath tube' yang baru buat Yara. Dan kali ini saya memilih yang lebih selesa dan lebih tegap. Jika dulu ianya daripada plastik keras dan kali ini saya mencari dari material yang lembut seperti pelampung.

Ianya juga sangat praktikal untuk di bawa ke mana sahaja kerana bentuk ini boleh dikecilkan apabila kita membuangkan segala angin yang terdapat didalamnya. Harga yang ditawarkan RM15 sahaja, sangat berbaloi dan lebih murah jika kita bandingkan dengan harga 'bath tube' lain di pasaran.

Aktiviti setiap petang kami adalah bersiar-siar di taman permainan. Jadi saya ingin mendapatkan Yara sebuah basikal yang direka khas buat anak-anak kecil seperti beliau. Dengan adanya kerusi lembut serta mempunyai beberapa elemen keselamatan di basikal ini memudahkan saya untuk membawa Yara keluar berjalan-jalan.

Dengan kondisi yang masih baik dan elok, harga yang ditawarkan adalah RM70. Saya dapati basikal ini juga tahan lasak dan nilai yang dikeluarkan untuk mendapat produk ini memang berbaloi sebenarnya.

Saya begitu rambang mata untuk memilih pakaian buat yara di sini. Ianya ditawarkan pada harga serendah RM1 ya. Memang sangat murah.

Saya memang suka menggayakan Yara dengan pelbagai jenis rekaan baju. Dan saya cukup berkenan dengan vest comel berwarna merah jambu terang ini. Harga yang ditawarkan adalah RM9 sahaja.

Sesuai digayakan bersama baju nipis berlenggan panjang dan skirt ataupun seluar panjang.

Material tidak terlalu panas dan ianya sesuai dengan cuaca negara ini.

Vest ini pula berharga RM2 sahaja. Comel bukan? Warna merah jambu lembut yang sangat sesuai dengan karektor Yara yang sangat manja orangnya.

Amboi, pandai pula my Yara ini menggayakan vest pink comel ini. Hehehe.

Sememangnya terdapat begitu banyak pilihan barangan yang ditawarkan di Jalan Jalan Japan. Dan saya sendiri begitu seronok kerana dapat membeli pelbagai barangan untuk Yara pada kos antara RM100-RM110 sahaja. Semua barangan yang dibeli adalah pada kondisi yang masih elok dan baik, paling penting kita boleh dapatkan pada harga yang memang terbaik!

Jalan Jalan Japan Mommy Sayang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 31, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. Murah gak ek barang kat sini.

    Barangan untuk lelaki banyak ke kak?

    Rasanya cawangan kat 1 Shamelin pun ada kan

    ReplyDelete
  2. wahh xpayah nak ke japan dah ya..semua barang2 japan ada jual kat sini jimat duit ..hihii

    ReplyDelete
  3. Comel sangat vest pink tu..mommy pula rasa nak g shopping sama kat sini..nak g ke jepun tu macam takde harapan je... Hehhee g sini pon jadi lah boleh merasa barangan jepun

    ReplyDelete
  4. Yara looks so cute with the pink colour jest. The price looks affordable too.

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. dah la murah, comel2 pulak tu. Boleh bikin mak sawan tau. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Macam best je kedai ni. Murah nya dapat beli dari harga RM1. Semua barang yang dibeli memang sangat jimat. Mesti nak datang sini lah nanti cari barang2 or baju.

    ReplyDelete
  7. Macam -macam ada dijual kt jalan-jalan jepun tu ya. harga pun not bad.memang berbaloi.

    ReplyDelete
  8. Bestnya Yara dapat permainan baru... hehe.. Pernah pi kat sini, memang rambang mata nak pilih..

    ReplyDelete
  9. Sis pernah gi sekali kat taman sharmelin, waktu gi memang ramai sgt org masa tu sampai tak tak tahu nk beli apa. Ingat nak gi time org tak ramai so bolehlah tenang tengok2 apa yg bekenan. Comei lak tgok si kenit Yara gayakan baju tu..hehehe

    ReplyDelete
  10. Menariknya dan harga pun affordable. Saya pun suka beli barangan jepun sebab high quality

    ReplyDelete
  11. Bestnya Jalan Jalan Japan ni. Ni rasa nak pergi sekarang nak borong, Murah dan berbaloi pulak tu.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  12. best kan.. macam macam ada kat jalan jalan japan ini... miera pun nak pergi cari barang kat sana nanti... this weekend

    ReplyDelete
  13. Bonde suka juga shopping dekat sini... Macam2 barangan ada untuk kanak-kanak dan orang dewasa, cuma kena pandai pilihlah sebab ada yang berjenama...

    ReplyDelete
  14. suka shopping kat sini, kalau nak keluar negara nanti boleh lah cari pakaian kat sini, nak fly ke korea nanti bulan 11 konppem sejok ooo, nak kena cari baju sejokk

    ReplyDelete
  15. tak pergi lagi..nak ajak suami asyik tak da masa je..banyaknya mainan budak2 yang best

    ReplyDelete
  16. Omeinya Yara, hehe...Btw, onie tak pernah lagi pegi JJJ ni haaaa, tapi yang onie tahu, memang dah ramai yang pergi kedai ni. Harga pun ramai kata murah.

    ReplyDelete
  17. Shop at Jalan Jalan Japan is the best. Affordable price and the products condition still good n look new.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.