Kini Mydin Telah Berusia 60 Tahun Usianya

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Ali bin Mydin, seorang tokoh korporat yang cukup tidak asing di Malaysia. Mewarisi empayar keluarganya, sehingga kini 60 tahun lamanya Mydin utuh menjadi antara pasaraya pilihan 1 Malaysia

Sedikit tentang sejarah Mydin yang bermula pada pasca perang dunia kedua di sebuah kedai papan di Kota Bharu pada tahun 1957. Selang 2 tahun kemudian Mydin telah dibuka di Jalan Kampung Cina Kuala Terengganu. Seterusnya pada tahun 1987. Mydin perama dibuka di Lembah Klang adalah di Jalan Masjid India. Dan tahun 2016 merupakan tahun kegemilangan Mydin yang mana telah membuka pasaraya borong terbesar pertama di USJ, Subang Jaya. Sehingga kini Mydin telah mempunyai 322 buah cawangan dengan 10 format perniagaan.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun Mydin yang ke-60 tahun, pihak Mydin juga telah memberi penghargaan kepada pihak-pihak media yang telah bersama-sama membantu memperkenalkan Mydin kepada masyarakat dan juga sering menyokong segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Mydin dalam malaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat sekitar.

Selain daripada itu, pihak Mydin juga telah menjemput ke semua 81 penaja bagi penerimaan momento yang telah disampaikan sendiri oleh Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN. 

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bersempena dengan ulang tahun Mydin yang ke 60. Antaranya seperti Peraduan P&G dan Mydin yang bakal menaja 60 orang untuk mengerjakan ibadah umrah, Projek Tebus Produk Penaja (Nestle, P&G, BABAS dan Safi), pendaftaran /pembaharuan kad Meriah serendah RM6 sahaja, peraduan di laman sosial Suria FM dan banyak lagi aktiviti menarik yang bakal berlangsung selama 5 bulan.

Saya juga berkesempatan melihat dan meninjau pameran yang disediakan di bahagian ruang legar Mydin. Pelbagai info menarik yang boleh kita baca dan famahi terutama pencapaian dan perkembangan pasaraya Mydin itu sendiri.

Antara kenangan manis apabila antara aktiviti anjuran Mydin tersenarai dalam  Malaysia Books of Records.

Antara buku yang harus dibaca dan mampu memberi inspirasi . Kisah kejayaan tokoh korporat yang disegani.

Majlis Ulangtahun 60 tahun Mydin ini juga turut diserikan dengan persembahan 2 artis terkemuka tanahair iaitu Jaclyn Victor dan Anuar Zain.

Moga Mydin terus sukses dan berjaya serta berterusan meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberikan harga yang terbaik buat pelanggan-pelanggannya.
Kini Mydin Telah Berusia 60 Tahun Usianya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 23, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.