Jom Bersukan Bersama KidZania Kuala Lumpur!

Alami semangat kesukanan dan gaya hidup aktif dan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik selama sebulan di KidZania SportZ 2017.



Just nak sharing dengan uolls, bersempena dengan Sukan SEA ke-29, KidZania Kuala Lumpur akan menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan selama sebulan bermula daripada 15 Ogos hingga 15 September 2017!


Apa yang difahamkan, menerusi agenda di dalam KidZania SportZ 2017 (KidZania SportZ/ program), pelbagai acara akan diadakan pada setiap hari untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri pengalaman sebagai atlet dan mendidik mereka tentang pentingnya nilai-nilai disiplin, kerjasama, dan cara gaya hidup aktif. Dengan bunyi macam menarik bukan?

Bahkan bukan itu saja, sepanjang sebulan program ini berlangsung, kanak-kanak berpeluang untuk
memenangi pelbagai hadiah menarik di KidZania Kuala Lumpur dan secara atas talian. Antaranya, mereka boleh mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge dan berpeluang memenangi sesi penuh tajaan AirAsia di Akademi Badminton AirAsia. Pemenang bertuah akan berlatih bersama pemain badminton kebangsaan, Liew Daren. Serious ini best giler, peluang yang sangat dinantikan oleh my Akid.

Dirasmikan oleh En Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, KidZania SportZ diadakan dengan harapan agar lebih ramai kanak-kanak dan golongan remaja bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan menggalakkan aktiviti sihat pada waktu lapang.

Aktiviti utama KidZania SportZ termasuklah Obstacles Challenge dan sesi CrossFit yang direka khas untuk menguji keseimbangan, kekuatan dan stamina kanak-kanak. Fitness Dance pula akan memperkenalkan rutin Zumba yang menyeronokkan kepada kanak-kanak untuk memperbaiki koordinasi dan meningkatkan keyakinan diri. Mereka pasti seronok apabila dapat melompat dan menari mengikut irama dan rentak yang rancak. Selain itu, kanak-kanak juga boleh menyertai aktivti-aktiviti yang dapat mengasah kemahiran mereka seperti memanah, golf mini, dan bola sepak.

“Kami berharap KidZania SportZ dapat mengajar kanak-kanak erti persaingan sihat dan semangat kesukanan. Sukan memerlukan disiplin, kesungguhan dan kerjasama yang tinggi. Sudah tentu, pengalaman pembelajaran dan tabiat yang sihat ini akan kekal sehingga mereka dewasa kelak, seiring dengan moto kami iaitu Learn Life Today,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

“Tambahan pula, dalam kehidupan masa kini yang mempunyai pelbagai kemudahan tersedia menjadikan kita sentiasa “melekat” dengan alat peranti dan menyebabkan kita menjadi malas untuk kekal sihat dan aktif, jadi aktiviti senaman perlulah diberi kelainan untuk menarik minat kanak-kanak, dan juga orang dewasa. Ini kerana, aktiviti sukan turut boleh merapatkan lagi hubungan seisi keluarga,” tambahnya lagi.

Sejak 2012, Akademi Badminton AirAsia telah melatih lebih daripada 250 pemain, termasuklah Ari Latiff, pemenang pingat perak Sukan SEA untuk acara Perseorangan Badminton. “Kami teruja untuk mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge ini. Pemenang akan mendapat peluang sekali-dalam- seumur-hidup untuk berlatih di Akademi Badminton AirAsia, ia merupakan satu inisiatif berterusan buat kami untuk mempromosikan sukan ini yang sangat dicintai oleh seluruh rakyat Malaysia, dan juga bagi memberi inspirasi kepada generasi muda untuk melibatkan diri di dalam aktiviti sukan,” kata Spencer Lee, Ketua Bahagian Komersil AirAsia Berhad.

KidZania SportZ turut menampilkan pakar-pakar industri dan peralatan sukan yang diperlukan untuk aktiviti yang diadakan. Golongan profesional akan turut turun padang dan berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada para kanak-kanak menerusi siri KidZania SportZ Talk yang akan diadakan pada hujung minggu.

Antara penceramah yang akan mengambil bahagian adalah pengembara terkenal, Ravichandran Tharumalingam, atau lebih dikenali sebagai Ravi ‘Everest’; bekas pemain skuasy kebangsaan, Sharon Wee; pemegang pingat emas Sukan SEA acara renang, Jeffrey Ong; bekas atlet Kebangsaan dan juga bekas atlet Olimpik, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mani Jegathesan, yang dahulunya digelar lelaki terpantas di Asia; perenang kebangsaan dan atlet Olimpik, Khoo Cai Lin; dan jurulatih serta Kapten Skuad Bola Sepak Cacat Penglihatan Malaysia, Sunny Salesh dan Mohd Amirul Arif.


Bukan itu saja, KidZania Kuala Lumpur akan turut memberikan tiket masuk percuma dan
cenderamata menarik kepada lima pemenang KidZania SportZ Facebook Contest. Pemenang boleh menggunakan tiket masuk tersebut sepanjang program berlangsung untuk menyertai aktiviti dan ceramah yang diadakan. Untuk menang, mereka hanya perlu menghantar video yang menunjukkan skil sukan terbaik mereka! So, uollls kalau nak menang tiket masuk Kidszania, jangan lupa untuk sertainya tau :-)

KidZania SportZ disokong oleh AirAsia, Decathlon, CrossFit Pahlawan, Gleneagles Kuala
Lumpur, Spartan Race, F&N Beverages, Telekom Malaysia dan Spritzer.

Untuk maklumat lanjut berkenaan KidZania SportZ dan pertandingan yang dianjurkan, layari
www.kidzania.com.my/happenings/activities-and- events/kidzania-sportz- 2017/.
Jom Bersukan Bersama KidZania Kuala Lumpur! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 11, 2017 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.