Pilihan Rumah Serba Serbi Terbaik di The Green @ Subang West



Tidak dinafikan kita perlu menggariskan banyak faktor sebelum membuat keputusan pembelian mana-mana rumah. Antaranya seperti:-

1. Lokasi strategik - perlu dekat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan awam seperti sekolah, kedai, pengangkutan awam dan sebagainya.

2. Harga yang berpatutan dan mampu milik.

3. Status pegangan rumah* BONUS jika dapat status *FREEHOLD

4. Akses jalan yang pelbagai - mempunyai banyak akses. Jadi kita boleh membuat pemilihan jalan keluar/masuk dari kediaman sekiranya kita hendak mengelakkan kawasan kesesakan lalu-lintas dan sebagainya.

5. Kawasan persekitaran komuniti yang tenang. Ianya membolehkan kita mendapat cukup ketenangan setiap kali berada di rumah sendiri. Apabila kawasan kejiranan .

6. Keluasan saiz rumah yang membolehkan kehidupan keluarga saya lebih selesa.


Melihat kepada semua faktor umum pemilhan rumah yang saya inginkan. Saya tertarik dengan projek perumahan di The Greens @ Subang West. Terletak begitu dekat dengan Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Persekutuan. Perumahan ini juga berada di lokasi strategik kerana ianya terletak berhampiran dengan pasaraya besar, kemudahan komuter dan juga pelbagai pilihan sekolah dan tempat belajar seperti politeknik dan kolej.

Boleh rujuk kepada peta lokasi seperti di atas ya :-)

The Greens @ Subang West yang mempunyai keluasan seluas 7 ekar menekankan konsep penghijauan alam. Dengan 45 fasiliti yang memenuhi segenap keluasan sebanyak 120,000 kaki persegi. 



Kemudahan seperti kolam renang, parkir kereta yang luas, taman permainan, gymnasium, laluan berbasikal, laluan refleksiliogi,  pengawalan keselamatan 24 jam dan banyak lagi menjadikan kediaman di The Greens @ Subang West tampil begitu esklusif.

Mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur, balkoni dan 'yard'

Ruang tamu yang agak luas. Tidak mejadi masalah untik rakan mahupun saudara mara datang berkumpul serta bersantai di ruang ini.

Pandangan dari hadapan ruang tamu :-)

Ruang tidur utama. Dekorasi minima pun sudah cukup menceriakan ruang.

Bilik air berdekatan dengan bilik utama.

Antara contoh lain bilik tidur.


Bilik tidur yang ketiga. Dilengkapi dengan ruang belajar.

Bilik air yang kedua.

Ruang makan yang luas dan selesa.

Boleh memuatkan meja bersama 8 kerusi. Sekaligus mampu memberi keselesaan kepada keluarga mahupun rakan-rakan yang datang ziarah.

Ruang dapur yang kena dengan gaya kemasan. Tampil lebih moden dan praktikal!

Sempena dengan penjualan rumah The Green @ Subang West, satu kempen 'TWO-RIFFIC BONANZA'  telah diadakan. Yang mana ianya melibatkan 4 bulan cabutan bertuah yang akan berlangsung setiap bulan bermula dari Februari sehingga Mei 2017. Dan satu cabutan yang Hadiah Utama yang akan berlangsung pada bulan Jun 2017.

Antara hadiah lumayan yang ditawarkan 
bersempena dengan Kempen 'TWO-RIFFIC BONANZA'  di The Greens @ Subang West termasuklah Honda Jazz, Mac Book & Ipad serta cabutan bertuah hadiah bulanan iaitu Iphone 7 dan juga  beberapa hadiah misteri.

Tiada bayaran bakal dikenakan ketika masih dalam pembinaan, Harga seunit rumah 3 bilik ditawarkan pada harga serendah bermula dari RM482,000. Dan sekiranya kita berjaya mempromosikan kediaman ini kepada rakan/ahli keluarga, menariknya kita akan diberi ganjaran sebanyak  RM1500 untuk setiap satu unit yang dibeli. Wahhh, cepat promote dekat kengkawan atau ahli keluarga yang memang sedang mencari rumah kediaman untuk dijadikan aset atau penginapan sendiri!






Pilihan Rumah Serba Serbi Terbaik di The Green @ Subang West Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 03, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.