‘JUADAH KLASIK KAMPUNG’ Sepanjang Ramadan Ini Di Kuala Lumpur Convention Centre

Tawaran berbuka puasa untuk korporat dan orang ramai bertema ‘Kampung dalam Bandar’ kembali lagi ke Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) pada bulan Ramadan ini!  Menu Ramadan tahun ini membawakan pelbagai juadah ‘Klasik Kampung’, seperti nasi kerabu tulang rusuk kerutup bakar, jantung pisang tumis pedas ikan tamban, gulai ayam kampung bersama buah betik manis dan nasi daging air asam utara.

“Kami berhasrat untuk sentiasa memberikan pengalaman berbuka puasa yang unik dan lengkap pada bulan Ramadan di salah sebuah lokasi ikonik paling menarik di Kuala Lumpur, yang menjanjikan perkhidmatan bertaraf dunia dan sajian makanan bertaraf 5 bintang,” jelas Pengurus Besar Pusat Konvensyen, Alan Pryor. “Untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan, kami mengekalkan harga kami pada 2015 untuk tawaran buka puasa tahun ini.”
 
Dengan penekanan kepada kesenangan, keselesaan dan kelazatan, aneka sajian Ramadan yang menyelerakan akan disediakan oleh pasukan kulinari pemenang anugerah Pusat Konvensyen seramai 52 orang, yang menjanjikan pengalaman berbuka puasa dengan makanan kampung asli kegemaran ramai dan sajian kontemporari yang boleh dinikmati di tengah-tengah Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Pusat Konvensyen juga menyediakan bilik solat khas yang dilengkapi sejadah, selipar untuk mengambil wuduk, tempat berwuduk dan Imam untuk mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih, bagi membolehkan umat Islam yang berbuka puasa menunaikan kewajipan mereka selepas berbuka puasa. Memandangkan kesemua lima dapur Pusat Konvensyen, iaitu Dapur Masakan Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melayu, mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), umat Islam boleh berbuka puasa tanpa was was.

“Jamuan berbuka puasa korporat kami untuk 100 orang atau lebih boleh didapati setiap hari sepanjang Ramadan, pada harga RM115 bersih seorang dan ke atas. Dengan dua pilihan menu yang disediakan khas – Ramadan Al-Mubarak dan Ramadan Al-Kareem – pelanggan boleh memilih untuk memberi sentuhan peribadi dengan pelbagai tambahan dan ‘Chef Action Station’,” jelas Pryor.
 

“Tawaran berbuka puasa kami untuk orang ramai juga berharga RM115 bersih seorang dan boleh didapati untuk tempahan dari 5 hingga 20 Jun 2017. Memandangkan tempat dihadkan untuk 250 orang sahaja setiap malam, pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan!” tambah Pryor.


Menurut Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jaafar, untuk menghayati selera kampung sebenar pada bulan Ramadan tahun ini, pasukan kulinari Pusat Konvensyen yang kreatif telah menerapkan cita rasa masakan tradisional mereka sendiri ke dalam setiap sajian yang dihidangkan.  Selain aneka sajian ‘Klasik Kampung’, menu berbuka puasa untuk korporat dan orang ramai menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk mereka yang mahukan sesuatu yang berlainan. Sajian ini termasuk Pita Kebab Arab Daging Cincang, ikan panggang Tikka dan Kambing Salai Hickory Mediterranean yang dihidangkan dengan sos lada hitam dan pudina.


Menurut Chef Hisham, “Pelanggan juga boleh menikmati makanan dari ‘Chef Action Stations’ (stesen aksi chef), yang menyediakan masakan kegemaran tempatan seperti kuetiau goreng Pulau Pinang dan nasi ayam Hainan mengikut permintaan. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati sate ayam dan satay daging, bubur lambuk dan sajian istimewa untuk Hari Raya, rendang tok lengkap dengan nasi impit, ketupat dan lemang.”

“Jamuan berbuka puasa tradisional tidak akan lengkap tanpa stesen ‘Goreng-gorengan’, yang menyediakan jemput-jemput manis, cempedak dan sukun goreng, keropok lekor dan makanan goreng lain.  Mereka yang ingin mencuci mulut dengan manisan boleh memesan Ais Batu Campur (ABC) disertakan pelbagai tambahan dan aiskrim  dari stesen ‘Ice Cool’ atau menikmati kelazatan bandung crèmeux, kek keju mangga berempah, pisang sira haruman cengkih, kuih-muih tempatan, buah-buahan segar dan banyak lagi,” kata Chef Hisham.




















Memandangkan tempat untuk orang ramai adalah terhad dan tempahan perlu dibuat untuk majlis korporat, sila hubungi Abby di +603 2333 2866 atau June di +603 2333 2877.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Pusat Konvensyen, sila ke laman web www.klccconventioncentre.com.
‘JUADAH KLASIK KAMPUNG’ Sepanjang Ramadan Ini Di Kuala Lumpur Convention Centre Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 12, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.