Heaven-Nya Bila Dapat Shopping Macam-Macam Di The Parenthood Box Sale
Cerita hujung minggu lepas. Gigih tau ke The Parenthood dengan anak-anak bersempena dengan dengan The Parenthood Box Sale. Kebetulan hari Ahad lepas tu memang tarikh hari jadi. So, perasaan meluap-luap nak berlibur hepi-kan diri itu menjadi-jadi. Walaupun hakikatnya tak nak terima hakikat diri tu dah tua, hahahah.
Oh ya! Bersempena dengan The Parenthood Box Sale ini, pengunjung bolehlah membuat pemilihan 2 jenis kotak yang ditawarkan iaitu samada kotak yang berharga RM99 ataupun RM149. Pastinya untuk kotak RM149 saiznya lebih besar sedikit berbanding dengan kotak yang berharga RM99. So, terpulang pada uolls lah ya nak pilih yang mana.
Acara ini bermula pada hari Jumaat pada 10hb Mac 2017 dan berakhir pada 12 Mac 2017, jadinya banyak barang yang menarik dah habis terjual pada hari Jumaat. Namun menurut pihak penganjur mereka sentiasa meletakkan barangan terbaru setiap hari dan ianya dilakukan berperingkat. *Banyak baju baby habis hari Jumaat, huhu
Yang menariknya tidak ada limit masa yang ditetapkan. Jadi, kita boleh pilih-pilih barangan kegemaran tanpa sebarang tekanan. Lepas itu susun kemas-kemas dan teratur dalam kotak. Lebih tersusun lebih banyak barang boleh dimasukkan.
Tadaaa!!!
Hasil 2 kotak saya gigih shopping sorang-sorang.
Dan jika uolls terlepas untuk menyertai The Parenthood Box Sale di Sunway Piramid, uolls masih berpeluang lagi untuk menyertai sale ini di The Parenthood Sunway Putra Mall Kuala Lumpur. Cara yang sama, harga kotak pun sama.
Cuma ntuk pengetahuan semua, barangan ditawarkan kebanyakan untuk baby ya! So, kalau kita ada bayi atau bakal mendapat anak tidak lama lagi bolehlah datang shopping di The Parenthood Box Sale!
Heaven-Nya Bila Dapat Shopping Macam-Macam Di The Parenthood Box Sale
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 15, 2017
Rating:
big bad wolf pun dah buat mcm ni kan? menariks..tak pernah try lagi ... btw, happy belated birthday..
ReplyDeletetq mummy ayu :)
ReplyDeleteBestnya. Berbaloi-baloi beli.
ReplyDeleteFiza- aah :)
ReplyDelete