12 Jam Perjalanan Banyak Henti, Pengembaraan Best Bersama Famili

Road trip banyak hentian bersama seisi famili, bermula jam 5 petang dari Shah Alam..

5 petang - tapah - teluk intan - manjung - lumut -setiawan - kuala selangor - kapar - shah alam - 5 pagi
Tidaklah merancang sebenarnya. Setelah berurusan di waktu pagi membawa Anaqi ke Hospital Shah Alam, untuk mendapatkan rawatan akibat alahan dibadannya (tidak tahu punca mungkin disebabkan makanan ataupun cuaca). Balik berehat di rumah seketika dan dalam pukul 5 petang kami bergerak seisi famili ke Tapah. Pemanduan dengan kelajuan sederhana membawa kami ke Sekolah Menengah Sains Tapah dalam masa 1 jam 40 minit sahaja.
Kenapa ke sini?
Ahem, sebabnya my Adriana mendapat tawaran ke sekolah sini. Dan my Yana memang tidak berminat untuk tinggal jauh dari keluarga. Jadi untuk memuaskan hati beliau dan memberi sepenuhnya kepercayaan terhadap keputusan yang bakal di buat oleh my Adriana sendiri samada untuk menolak atau menerima tawaran, kami membawanya ke sekolah ini.
Biar my Adriana melihat samada beliau mahu atau tidak untuk berada di sini..

Sekolah berprestij ini memang terkenal dengan pencapaiannya.
Namun sebagai ibu, biarpun saya mahupun yang terbaik tapi saya percaya "setiap anak die punya impiannya sendiri"...
Umurnya baru 13 tahun, seorang gadis yang berdikari, tapi beliau sangat rapat dengan famili. Sedih dan gembiranya banyak dikongsi bersama Anaqi dan saya sendiri.
Dan saya juga memegang kata2 yang kawan saya kongsikan..
"Jika bernih itu baik, campak di mana sahaja, ianya akan tumbuh membesar dengan berbuah lebat"...
Dan pastiya, saya akan menjadi air, suria dan memberi baja dengan penuh kasih-sayang, chewah!!!


Ok, entri sudah merepek..
Buahahahahahah
So, kami jejalan di kawasan tapah, sembahyang di Masjid berdekatan.

Berdekatan dengan Sekolah Menengah Sains Tapah, ada sebuah ferai Mee Celup di tepi jalan. Ramai kelihatan pengunjung datang menikmati hidangan di sini. Rasanya gerai ni agak popular di kalangan penduduk tempatan di sini.

Selain mee celup, terdapat juga cendol celup, kihkihkih
Sangat rekomen lai chee kang dan juga ABC..sedap dan murah!


Ini adalah mee celup ayam saya...
Saya suka bi hun!!
Anak2 saya semunya order mee celup yang sama cuma mereka meminta isi daging.

Ini adalah mee celup special...
Ada ayam, daging, perut dan juga telur...

Saya suka makan mee celup! Bukan disebabrasa kuahnya yang agak masam-masam pedas...Biasanya juga dihidangkan dengan cili jeruk, cili merah (blender), dan garam. So kita boleh ubahsuai rasa ikut suka!

Sedap dan murah,,,
Makan di gerai tepi jalan yang tidak mengecewakan :=)

Seterusnya kami ke Teluk Intan...
Agak jauh juga perjalanan....
Mungkin juga salah masuk laluan...
Tapi kami dapat lihat banyak pekan2 kecil dengan hiasan lampu2 merah bersempena dengan Tahun Baru Cina! Memang meriah..

Tarikan di Teluk Intan....
Tentulah Menara Condong ini...
Datang pula di waktu malam, memang lampunya mencuri perhatian...

Bahkan dekorasi sekeliling dengan tanglung, menambahkan keunikkan pekan Teluk Intan...

Ramainya orang di sini..
Masing tidak lepaskan peluang membawa ahli keluarga bermain dan bergambar kenangan di hadapan Menara Condong...
Tidaklah sesak tapi still nampak padat dengan manusia...

Kami berjalan di pasar malam (tak pasti apa nama khas untuk pasar sebegini) yang rata-ratanya menjual pakaian dan aksesori sahaja.

Harga barangan yang dijual juga sangat berpatutan. Tapi kami tidaklah membeli apa2 memandangkan tujuan ke sini hanya untuk cuci2 mata.

Berdekatan dengan pasar malam, ada pasar orang yang meniaga makanan.
Tujuan asal nak makan sate, tapi semua gerai yang menjual sate sudah habis satenya!!!
Memang terlajak laris, biarpun baru pukul 10 malam....
Tapi saya tertarik untuk mencuba Yong Tau Foo Teluk Intan...

Close up skit......
Seeeeeeeeeeee punyalah banyak saya amik mengikut nafsu, heheheheh
Saya biasanya menikmati dengan sup tapi di sini tak ada yang sup hanya dengan sos yang ditabur kacang. Sosnya ada rasa manis masam....

Popiah basah...
Bagi saya sepatutnya sedap...
Tapi mungkin juga kami beli dah lewat, banyak bahan dah takde...
Ada sikit frust...
Harga untuk 6 keping RM3.50

Ini adalah sotong kangkung...
Recommended!!
Harga RM10 untuk satu sotong saiz xxl...
Sotongnya sangat lembut di makan bersama kangkung, sos dan kekacang!

Since masa mula sampai, my Ameer sedang tidur lena...
Masa makan, baru beliau terjaga...
So my Ameer memang excited bila tengok menara yang sungguh kalerful ini...

Untuk anak sekecil ini, apa yang lebih menggembirakan hatinya, tentulah bila dapat berada di kawasan yang penuh warna-warni dan meriah....

Siap ajak kakak kesayangan posing kat sini...

Bagus untuk pengetahuan semua...
Tentang sejarah bagaimana peninggalan karya orang lama ini yang dulunya tempat pengisian air dan penanda laluan kapal dan kini ianya adalah satu momento yang perlu dihargai oleh masyarakat malaysia khasnya :=)

Oh...ya perjalanan kami ada banyak citer lagi...
Tentang kemeriahan tengah malam di Lumut, Setiawan dan perkara mistik yang telah berlaku dalam perjalanan...

InsyaAllah will continue update later (nenatiler ya):=)
12 Jam Perjalanan Banyak Henti, Pengembaraan Best Bersama Famili Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 09, 2016 Rating: 5

4 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.