Kenapa Drama "Teman Lelaki Upahan" Ni Begitu Hot?
Jujur ai tak tipu, sebelum citer ni ditayangkan, tapi dah ada iklan kat TV..Ai harem tak heran..Sebabnya ai tak minat ler kengkononnya dengan pelakon utama. Even, pelakon utama ni kalau pernah tengok cerita yang pernah dilakonkan sebelum ni. Memang ada kerlas dan bersahaja.
Sebab bagi ai, drama yang dilakonkan itu begitu menjadi bukan sahaja kekuatan pada jalan cerita asal tapi lakonan yang baik dan penuh "chemistry"..Gitew..kena2 ada formula kimiyaaa hahahaha
So, episod pertama memang ai skip...
Alasan, waktu ditayangkan ketika waktu-waktu orang Islam sembahyang maghrib...
Masa tu kat FB tak threading lagi "TLU" ni..
Episod 2, pun ai tak layan even my Anaqi duklah menunggu depan TV, sampai kena kasi tazkirah kat telinga dier.."Sembahyanglah dulu sebelum kamu disembahyang" hahahahah
Sampai episod ke 5, threading "TLU" membuak2 bermulanya jam 7 malam...
Ok, ai dah start jeling2 TV sambil berlari dari dapur-ruang tamu-dapur-ruang tamu...
Kena sound setempek dengan cik laki...
Ai, stop tengok slot Akasia tu...
Tapi sebenarnya setiap hari, ai akan donlod citer tu hahahah dari web2 yang menawarkannya...
Kalau malas nak donlod ai gegeh tengok kat tonton. Tu pun depends kekadang, nak tengok kat tonton yang punya hazab die loading cam kena tengok filem kaedahnya lamanya...
Kesimpulannya:
Bagi ai kan drama TLU ni punya taraf sedapnya sama taraf kita melayan novel asal penulis itu sendiri. Die tak macam citer Arianna Ross yang mana novel "The Wedding Breaker" tu jauh lebih sedap dan mengesankan dari tengok si Fathia tu berlakon....
Kadang2 bukan nak kata tapi realitinya sesebuah cerita tu menjadi best nak tengok kerana karektor yang dibawa oleh pelakon itu sangat "menjadi"...Ala2..cam EL (Ungku Ismail) kan kan kan kiut dan sempoi lepas tu digabungkan dengan Siti Elizad yang bawa watak Kyra....ego tu memang tahap nak mamposss...hahahaha..Tapi gabungan 2 pelakon utama ni memang sangat menjadi...Dahlah sepadan...
Dan yang penting cerita "TLU" ni jalan cerita tak meleret sangat. Ada kekuatan tentang kisah keluarga, cinta, ego, konflik..macam-macam ler..Walaupun ramai yang kata ni citer tipikal melayu tapi bagi ai ianya tetap menghiburkan.
Cuma ai perasan sangat, macam kita dah takde dah penulis-penulis skrip yang idea asal dari diaorang sendiri. Kebanyakannya garapan dari novel, yang mana kalau citer novel ni kita dah boler "predict" scene2 seterusnya....So boleh dikatakan kadang2 orang yang tengok drama adaptasi dari novel ni sebenarnya bukan beria nak tengok apa kesudahan pada cerita (sebab setiap plot dari awal sampai ending boleh baca dari novel). Tapi lebih kepada nak tengok betapa best citer tu dibawakan oleh pelakon dan diarahkan dengan sempurna. Hmmm....so kalau best maka lonjakan jualan novel tu akan meningkat berkali ganda2. Dari rupa asal cover depan novel yang biasa dan ntah apa2, terus jadi lawoooo untuk market value sesuai dengan cerita di kaca TV dan komen dalam laman media.
Kenapa Drama "Teman Lelaki Upahan" Ni Begitu Hot?
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 27, 2015
Rating:
cite ni best..seriuss wpun mula2 cam tak konfiden tgk pelakon dia. Tapi frust sket semalam ending dia tak de part yg sweet cam episod2 seblum ni...huhu
ReplyDeleteMmg best. Kak ella pun follow
ReplyDelete