D'Kayangan, Antara Restoran Steamboat Yang Patut Uolls Terjah Bila Berada di Shah Alam

D'Kayangan Buffet Steamboat, restoran yang menyediakan hidangan  berkonsep grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Apa yang menarik di sini hidangan seperti kambing panggang, sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ yang lazat turut disediakan setiap hari kepada pelanggan.
Restoran ini terletak di Jalan Lompat Tinggi 13 / 33 , Seksyen 13, Shah Alam dan ianya dibuka setiap hari bermula jam 5 petang sehingga 2 pagi. Kapasiti pelanggan yang boleh dimuatkan di bahagian dalam restoran adalah seramai 170 orang dalam satu-satu masa.
  • Untuk pengetahuan uollls, terdapat pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, dan banyak lagi. Yang menariknya restoran ini juga menawarkan minuman percuma sejuk atau panas (free flow). Dan tidak lupa variasi pencuci mulut juga tidak kurang hebatnya, antaranya seperti buah-buahan, aneka kek, bubur, aiskrim dan ais batu campur (ABC).
Fishball, fish cake, ketam ball dan macam-macam lagi. Begitu banyak pilihan memang rambang mata. Bukan sahaja menjadi pilihan kanak-kanak bahkan ai sendiri teruja ketika mahu mencuba segala jenis tauhu yang ada ditawarkan di sini.
Hidangan laut, ayam dan daging yang diperap!!! Macam-macam uollls...
Nak menikmati makanan seafood perlulah melihat pada kesegarannya! Di D'Kayangan memang menyediakan semua hidupan laut mentah yang segar-segar.
Sebut sahaja hidangan laut yang boleh didapati di mana kedai2 seafood. Di sini pun ada juga. Yang menariknya di sini ditawarkan secara buffet. Jadil kita hanyalah perlu pilih makanan laut yang digemari dalam kuantiti yang dikehendaki.
Pada mereka yang hendak menikmati mee... Uolls pilih sahaja jenis mee mana yang hendak dicuba. Eerkk ada telur ayam dan burung puyuh juga...
Seimbangkan diet uolls dengan sayur-sayuran ya :)
Tadaaa... ini antara tarikan utama bila ke sini...
Kambing panggang in da' house!!!
Terdapat juga masakan panas yang sudah siap dimasak. Antaranya seperti mee goreng, kuey teow goreng dan bihun goreng...
Selain dari nasi lemak yang sedap, nasi goreng ini juga menjadi pilihan ramai pelanggan di sini.
Pencuci mulut yaaaa...
Pelbagai jenis sos yang menjadi pilihan untuk dinikmati bersama hidangan steamboat!
Air kordial... anak2 saya memang suka main layan diri kat sini.
Air feveret saya... teh tarik!!!
Siyes, antara teh tarik sedap yang pernah ai rasa...
Mesin kisar air batu yang epik dan unik...
Even, budak kecik pun tahu nak guna dan buat sendiri air batu campur. Bak kata my Akid, ianya semudah ABC... hehe
Menjamu selera seisi keluarga di sini sememnagnya meriah. Dengan pelbagai pilihan menu memberi peluang kepada anak-anak saya mencuba sendiri makanan yang digemari oleh mereka.
Dengan sup tomyam...
Daging perap pelbagai rasa...
Dibakar istimewa... freestyle...
Oleh my anak2 yang terchenta...
Cam biasa My Ameer akan menunjukkan muka kagum dan bahagia dari wajahnya...
Dan My Afiq, 3 kali menambah nasi lemak. Afiq kata nasi lemak ini rasanya begitu istimewa :)
Jangan lupa uoolss... nak makan steamboat dan masakan grill secara buffet boleh datang ke sini. Dan nombor telefon yang uolls boleh hubungi untuk tempahan meja boleh lihat pada banner di atas ya! Nak mudah lagi "walk-in" terus ke restoran :)

Harga pakej berbaloi ditawarkan:-

ALL YOU CAN EAT (Set 1)
Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik. 
HargaDewasa : RM33nett sahaja
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17nett sahaja

Keterangan lanjut boleh cikedaut:-

Facebook:  Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan
Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkygnsteamboat
Hash Tag: #dkayangansteamboat
Tq Encik Dzul Arif atas jemputan :) :)

D'Kayangan, Antara Restoran Steamboat Yang Patut Uolls Terjah Bila Berada di Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 05, 2015 Rating: 5

6 comments:

  1. wahh! banyaknya boleh makan..! dan harga berpatutan kan.. :))

    ReplyDelete
  2. tringin gk nk p mkn sini..tp tu la jauhhh hehe...tgkla ada rezeki nanti

    ReplyDelete
  3. harga tak delah mahal gak. ok la ni.. consider murah kan

    ReplyDelete
  4. bestnya bbq, harga dia ok..tp jauh ler pulak..huhu

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa huuu harga berpatutan

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.