MASA MANDI ADALAH TERBAIK UNTUK MELEMBAPKAN KULIT, SAYA GUNA NIVEA In-Shower Skin Conditioner!

HI uollls,

Bila cuaca..
-       Panas
-       Kering
-       berjerebu

Waktu keadaan cuaca sebegini kadang-kadang uolls perasan tak kulit uolls terasa tegang atau gatal. Ianya secara tidak langsung menyebabkan diri menjadi tidak selesa, Untuk pengetahuan uolls, ianya adalah petanda untuk uolls melembapkan kulit. Namun walaupun selepas kita sapukan losyen badan, kulit masih lagi terasa kering dan tentunya agak leceh untuk memperuntukkan masa kita lagi bagi mengaplikasikan losyen berulang kali. Dan adakalanya losyen yang digunakan bagaikan tidak meresap sepenuhnya ke dalam kulit dan turut meninggalkan sisa melekit pada lapisan terluar kulit selepas ia disapu pada tubuh.

Kesannya kita menjadi terbiasa dengan pengabaian tanda-tanda kulit kering dan mengenepikan kepentingan pelembapan. Sekiranya situasi tersebut menggambarkan rutin kecantikan uolls, jadi kita semua juga tergolong dalam 70% wanita Malaysia yang mengakui tidak mengaplikasikan losyen badan secara harian. Aishhhh

Sepertimana yang diketahui..

MASA MANDI ADALAH WAKTU YANG TERBAIK UNTUK MELEMBAPKAN KULIT

 Wanita menggemari NIVEA In-Shower Skin Conditioner yang memberikan kulit yang lembap berkilau lebih daripada 24 jam



Sebagai jenama penjagaan kulit global yang sentiasa berkembang dalam memacu inovasi, NIVEA kini menjadikan rutin penjagaan badan lebih mudah untuk semua orang. Diiringi minat mendalam bagi memahami keperluan pengguna, NIVEA telah menemui formula unik yang diaktifkan air yang sangat berkesan pada kulit basah. Waktu terbaik untuk melembapkan kulit adalah ketika kulit sedang basah kerana segala khasiat dapat meresap dengan mudah menerusi ruang pori kulit yang terbuka lantas membantu melembapkan kulit sepenuhnya serta memulihkan kulit kering. Inovasi baharu ini boleh ditemui dalam NIVEA In-Shower Skin Conditioner, losyen badan bilas pertama yang membantu wanita memaksimumkan kelembapan pada waktu terbaik – waktu mandi!

Formula unik ini diaktifkan air direka untuk diguna dan dibilas selepas penggunaan gel mandian, meninggalkan kulit dalam keadaan lembap, lembut dan licin. Ia telah diuji dan terbukti bahawa NIVEA In-Shower Skin  Conditioner secara signifikan meningkatkan kadar kelembapan kulit untuk tempoh lebih 24 jam hanya selepas satu aplikasi.

Dan untuk pengetahuan uolls..
Terdapat 3 varian untuk Body Lotion In-Shower Skin Conditioner dari NIVEA J

Dan ianya juga terdapat dalam 2 saiz..

NIVEA In-Shower Skin Conditioner dirumus khas untuk kulit normal. Ramuan formulanya diperkayakan dengan Mineral Laut untuk menjadikan kulit lebih lembut lagi terhidrat.

·         250ml –             RSP RM16.90

·         400ml –             RSP RM22.90

NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner dirumus khas untuk kulit kering. Ramuan formulanya diperkayakan dengan Minyak Badam untuk melembapkan kulit supaya terasa lebih lembut and halus secara nyata.

·         250ml –             RSP RM16.90

·         400ml –             RSP RM22.90


NIVEA In-Shower Whitening Skin Conditioner dirumus khas untuk kulit kusam. Ia diperkaya dengan 50x Vitamin C daripada Camu-Camu yang dikenali dengan antioksidan semula jadi dan agen pencerah kulit.

·         250ml –             RSP RM18.90
·         400ml –             RSP RM24.90

Saya sendiri telah mencuba varian Camu Camu. Memandangkan saya baru melalui proses berpantang setelah melahirkan anak. Kulit saya ternyata kering dan kelihatan kusam. Menggunakannya amat mudah uolls..

1. Kita mandi menggunakan sabun mandian yang biasa digunakan.
2. Selepas itu kita bilas bersih.
3. Kemudian kita mula menggunakan NIVEA In-Shower Whitening Skin Conditioner.

4. Hanya picit sedikit mengikut amaun yang dikehendaki.

5. Ianya tidak seperti sabun dan tidak berbuih. Cuma akan rasa sedikit melekit. Sapu seluruh badan uolls
       6. Akhirnya, bilas badan dengan air sampai bersih.

Ternyata uolls akan perasan kulit akan terasa lebih lembut, bertenaga, tidak kering serta tidak kusam. Paling penting ianya mampu meninggalkan kelembapan yang lama, lebih 24 jam uollss…

See walaupun warna kulit berbeza, namun kelembutan memang sangat ketara. Sama kelembutannya seperti tangan anak saya J. Paling BEST, saya tidak perlu menyapu losyen setiap kali sebelum bersiap keluar. Ini kerana kulit badan saya sudah terpelihara kelembapannya, terasa begitu selesa dan bersedia untuk ke mana sahaja.

Jika sebelum ni saya hanya memakai perapi untuk rambut dan kini saya juga sudah punyai pilihan sendiri perapi untuk badan ~ NIVEA In-Shower Skin Conditioner!

Dan uolls NIVEA kini dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bagaimana kita mampu memaksimumkan kelembapan ketika waktu mandi. Jesteru itu, NIVEA telah melancarkan kempen “I LOVE NIVEA In-Shower Body Lotion” dan mengajak rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada revolusi ini. Para peminat NIVEA In-Shower Skin Conditioner dialu-alukan untuk mengunjungi laman Facebook NIVEA https://apps.facebook.com/iloveniveainshower/ bagi berkongsi keterujaan mereka terhadap inovasi pertama ini.


So uolls jika hendak memiliki kulit yang lembap berkilau lebih daripada 24 jam,  
kita perlu menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner dalam setiap mandian.

Selamat mencuba!
MASA MANDI ADALAH TERBAIK UNTUK MELEMBAPKAN KULIT, SAYA GUNA NIVEA In-Shower Skin Conditioner! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 03, 2014 Rating: 5

4 comments:

  1. Menarik gak ni!! I suka produk nivea ♡

    ReplyDelete
  2. I love Nivea too, tapi cuma deodorant. Jadiklah...support the brand.

    ReplyDelete
  3. Not everyone has the same kind of hair, so it only makes sense that you use products that cater to yours. From thinning hair and oily strands to voluminous curls and sleek-straight style, Dermstore offers a curated collection of hair care products to improve the condition of your hair.  BLACKWOOD FOR MEN

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.