Projek Buat Video Khas Bersama Jacobs dan Makan Best Di Restoran Besta Liyana Jasmay!


Sabtu lepas, lepas jer melenjan main sukaneka rakyat (posting lepas ni ya). Saya terus gerak ke "The Whiteroom" KL. Pada mulanya saya ingatkan Whiteroom ni ala2 kelab dangdut joget ke apa. Rasa suspen jer nak pergi. Rupa-rupanya ianya adalah sebuah bilik yang memang disewa khas oleh pihak biskut Jacobs untuk membuat rakaman video sempena dengan majlis Hi-tea Ibu dan Anak pada hari Sabtu 7 haribulan April (sooooooooooooooon). Okeh, saya memang teruja, tak sabar nak bermingle-mingle ngan mak dan juga 9 laqi pemenang bersama ibu masing-masing. Boleh lah kita hai hai kat Ila saleh, Dyat, Cma dan lain-lain :)
Proses rakaman takdelah lama mana. Sebab saya adalah owang yang last hadir, hahahaha. Sebelum saya ialah Cma, so sempatlah borak-borak jap sebelum beliau dan anak2 berangkat pulang. Rakaman mengambil masa lebih kurang 30 minit. Abih jer rakaman saya malas nak lepak dalam tu terus turun bawah carik restoran yang berdekatan untuk lepak dan makan. Nak buat camano dah datang adik yang menghantar so kena tunggulah pulok. Restoran yang saya terjah milik keluarga Liyana Jasmay. Memang dari luar sangat eksklusif. Restoran ini menyediakan makanan berlaukkan ikan sungai. Tapi kebetulan hidangan tu untuk hari biasa jer so takdelah saya dapat merasa sebab saya datang hari Sabtu. ***Adik saya cakap lauk ikan sungai dia mahal no!
 Last-last saya order nasi goreng ayam yang sangat marveleees rasanya. Siap ada ayam goreng seketul, nasi goreng yang macam2 sumber protein ada + sayuran, sup dan sambal belacan yang kaw. Dimotivasikan dengan teh ais yang menikam kalbu. Pehhhh memang syok makan sambil menonton filem Akhirat kat TV. Sahlah saya sorang jer pelanggan kat situ hari tu, ala2 makan kat kedai sendirik jer, hahaha. Total RM7.80, boleh tahan puas hati dengan nasi goreng yang sedap RM6. Sebab kalau tengok dari luar kedai ni memang nampak eksklusif sampai saya duk menepuk wallet yang ada RM50 jer... Keluarlah mana-mana duit yang terselit. Manalah tahu kot2 nasi goreng berbelas-belas tak cukup duit kena pulak basuh pinggan.

p/s: Tak sabar nak tengok video yang dirakamkan, jangan tak tahu saya menangis sakan... waaaaaaaaaaaaa hik hik...

Projek Buat Video Khas Bersama Jacobs dan Makan Best Di Restoran Besta Liyana Jasmay! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 04, 2012 Rating: 5

4 comments:

  1. macam sedap je nasi tu..awak cerita pun dah buat saya rasa berselera, huhu

    ReplyDelete
  2. oh.nk tgk jugak video klip tu..siapkn tisu skali ;p

    ReplyDelete
  3. kiki.. bukan ila sorang je yg nangis haha.. nampaknya habisla banjir full house tue nanti sbb mak2 kita plak nangis

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.