Minggu Penuh Cabaran Still Gedix NAk Posting Pasal Hadiah

Mukadimah:
Hari ni rasanya saya menyabar tahap sifu penyabar yang tegar. Berasap jugalah bila appointment ngan doktor punyalah lama terconggok kat kerusi menunggu di PPUM. Rasanya dah sempat berkenalan dengan semua pesakit kat situ. Memang panas hati apatah lagi dari pagi sampailah jam pukul 1:30 tengahari dengan saya dan Anaqi tak sempat amik breakfast, dengan teringat Yana dan Akid kat sekolah setia menunggu. Fuhhhh meledak jer, ni kalau bom jangka ada kat tangan dah lama agaknya meletop bangunan Menara Utama PPUM hari ni. Sampai jer doktor, beliau meminta maaf sangat sebab kebetulan ada banyak pesakit di wad dan di emergency (Ai duk pikiaq kat situ, bukan ke doktor plastik surgeri ni ramai kat PPUM). Tapi disebabkan kesungguhan beliau merawat kaki Anaqi, sikap amik berat sangat-sangat..siap beria nak jumpa Anaqi balik untuk mengikuti perkembangan kaki Anaqi. Terus mak dier jadi sejuk hati. Siap abis semua rawatan kat situ, amik anak-anak dari sekolah... gi lenjan makan KFC walaupun dalam wallet ada limapuluhempatringgitduapulohsen. Stress punya pasal, alasan baekkan hahahahaha.

Balik ke topik asal, daripada saya merapu dalam keadaan separa sedar angkara snack plate ayam KFC... Cikedaut freebies yang sempat saya kaut last week. Anak sakit pun sempat lagik ya... :p
                         
Jom Bali voucher yang ada TnC "ada udang di sebalik mee". Hik hik. Voucher boleh digunakan untuk hari biasa takleh weekend. Belanja 20 hengget baru boleh pakai 10 henggat voucher untuk satu resit. Hanya boleh digunakan untuk dine-in sahaja (walaupun kat vou tak tulis tapi intulah informasi yang diberikan oleh staff Jom Bali). Kesimpulannya, kalau ada rasa nak makan pergilah makan, kalau tak kita "burn"kan ajer voucher ini dengan penuh rasa lapang dada.
Bider toilet seat... wahhh hadiah khas dari saya untuk Anaqi. Hehehehhe. Apapun motip toilet ini dicipta adalah untuk menyahut seruan dunia mengenai penjagaan alam sekitar---"ezi clean..bla bla environement" wapucitau malas nak baca details kat deskripsi di tepi kotak.
Hadiah pampers dari majalah Mami&Baby. Oklah menambah stok pampers Amani. So menambah lagi tabungan untuk membeli barang kesukaan mummy, heheheheh.
Sling porch yang comey buat Amani walaupun kemenangan atas nama Yana. Sebabnya ianya telalu comey tidak sesuai untuk Yana yang sudah meningkat remaja (hehehe, remajakah? Baru darjah 3!) Lagipun Yana dah banyak koleksi handbag Barbie so kali ni kite kasi kat Amani pulak.
Hadiah kontroversi antara saya dan Dedet, hahahaha. Yang mana ketika mendapat panggilan dari Majalah Media Hiburan, beliau tersilap dengar/buat-buat tak dengar yang menyatakan Dedet telah memenangi hadiah yang berakhir dengan beg lepas tu ada ala-ala pad. Dan seingat saya, membeli Majalah Media Hiburan pada masa itupun kerana nak join Peraduan Chantek yang memenangi iPad. Cuma kompius gaklah sebab setahu saya peraduan itu diatas nama saya, hik hik...
Lawak jer bila Dedet gi amik hadiah rupanya Beg Camel Active Solomon, t-shirt dan mouse pad...
Verangan-verangan nak menang iPad kali kedua ya cik Bedah "_" Tinggi gak beg ni... pendek sikit dari Amani ajer...
Siyes beshhhhhhhhhhh!!!!! Sebab beg travel yang besar dan mahal harganya. Saiz 30" tak tahu berapa rega (survey internet ada org nak jual saiz 20" rega RM350 woooo)... Siap muat dimasukkan Afiq dan Amani :) Agak2 nak seludup anak pergi melancong bolehlah kan? hahahahha...

Ok tu jer, saya stress bertapa hari ni... byeee..........
Minggu Penuh Cabaran Still Gedix NAk Posting Pasal Hadiah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 20, 2012 Rating: 5

5 comments:

  1. hadiah kak ayu mingguan2 yg sngt besh :D macam dah besaq cik amani skrg ni. makin bam2 pipi tu ^^

    ReplyDelete
  2. hehe.. suka tgk amani & afiq dalam beg travel tue.. :)
    tahniah.. hadiah best..
    uyun ada peluang menang voucher kfc, tapi tak pasti resit ada lagi ke tak.. :(

    ReplyDelete
  3. hehe.. ila baca post fb k.ayu. ila ketawa sorang2. pastu hubby tanya . ila pun citer dengan hubby. tau apa dia cakap "perempuan smeua benda pun kelakar" elehhhhhhhhhh..jelesla tue kita ada banyak kawan fb..kahkahkah

    ReplyDelete
  4. me singgah baca entry sambil senyum2 heheeh u pandai tulis entry yg sgt selamba, cool, cute & funny hehehe

    ReplyDelete
  5. huh stress stress pun kemain banyak gak dikautnyer tu...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.