Sangat Kagum Dengan Cara Penulisan Ustaz Hasrizal dari Saifulislam.com

Salam ukhwah Hari Jumaat yang penuh barakah.
Hari ni saya berkemungkinan besar nak amik cuti emergency (siap beritahu kat blog lagi ni)
Ada banyak perkara yang perlu diselesaikan, ahem :)
Nanti saya hapdet ya!

Ok, sebenarnya saya nak berkongsi tentang satu laman web yang saya fikir sangat bagus kandungannya. Penulisan yang baik dan tertib betul gaya tulisan yang bersahaja. Ya, ianya dari Safulislam.com. Banyak juga ilmu yang saya dapat melalui pengalaman dan perkongsian cerita daripada Ustaz Hasrizal. 

Antara posting begitu membuatkan saya membaca sambil senyum sampai ke telinga, mengenai tajuk 

Kenapa Mahu Menjadi Doktor?

Sebenarnya jika baca keseluruhan mengenai kenapa kita begitu mengidam profesion sebagai seorang doktor? Adakah kerana kita sebenarnya memang berminat untuk menolong orang? Mungkin juga kerana kehendak orang tua? Kerana glamour dan sebagainya.

Secara jujurnya, saya memang mengidamkan salah seorang dari anak saya menjadi seorang doktor. Alasan utama bukan kerana seorang doktor itu berkerjaya bagus dan bergaji besar. Tapi disebabkan atas pertolongan yang diberikan, merawat orang sakit, membantu orang yang sedang memerlukan itu semua adalah jariah yang berterusan. Dan hakikatnya saya sebenarnya memang minat menjadi Doktor cuma cita-cita itu tidak kesampaian, salah satu sebabnya kerana saya tidak mengambil subjek Biologi semasa SPM dahulu. Alasan tipikal kalau ya pun amik belum tentu dapat jadi Dr., hahahaha.

Pengalaman saya sendiri bila mengajar budak Medic, sememangnya mereka-mereka ini kelompok yang hebat. Namun bila ditanya "Are u really want to be a doctor?..Ada juga yang menjawab "Not really actually it's bcoz of bla bla bla". Ada yang disebabkan ahli keluarga semuanya doktor siap ada klinik sendiri so ter"influence".  Tak kurang juga permintaan dari mak ayah nak anak jadi doktor (ahem cam saya jer ni, hik hik). Ada juga sebab result dah terlalu bagus so kursus yang paling bagus setanding dengan pencapaian ialah bidang perubatan dan banyak lagi.

Dan tidak hairanlah setelah saya bertemu kembali ex-student Medic saya ada daripadanya bertukar profesion kepada pegawai fisioterapi, pharmacist dll. Alasan takleh cope dengan suasana pekerjaan. Sibuk memanjang :p Iskhhh

Apapun menurut Ustaz Hasrizal dalam laman webnya, kerja apapun yang dilakukan ianya bergantung kepada "NILAI"nya dalam kehidupan kita. Sejauhmana kita boleh menghargai dengan pengorbanan dan harga masa yang dipertaruhkan. 

Saya copy paste isi-isi yang BEST (suku ajer) dari sini http://saifulislam.com/?p=402

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN

Panjang sebenarnya, siap dengan komen2 dari Doktor2 lain semuanya memberi ilmu manfaat. 

Doa saya seorang ibu, agar anak-anak saya semuanya berjaya dalam bidang yang dilakukan. Kalau boleh biarlah profesion yang dapat memberi manfaat dan membantu ramai orang seperti cikgu, doktor (nak jugak tu Doktor, haha) dan lain-lain. Jadi apapun janji akhlak kena baik pegang pada ajaran agama. Kalau jadi Cikgu mengajarlah seikhlas mungkin (terbatuk-batuk den), kalau jadi polis jangan amik rasuah, terjadi pulak Doktor Perubatan biarlah betul-betul membantu orang.
Wallahullalam

Dan lagi satu penulisan yang BEST di laman web Saifulislam.com yang bertajuk 

Isteri Dan Mata Hati  

dan artikel penuh disini http://saifulislam.com/?p=45

khas buat suami-suami yang skodeng baca blog saya ni. Cuba renung-renungkan nasihat Ustaz Hasrizal ini ya :)

Sebab itulah saya sering mengingatkan diri, betulkan pandangan terhadap isteri. Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita. Walaupun sudah dimamah usia, dialah separuh hidup kita. Separuh yang manis, kata pepatah Arab. Adanya isteri dan suami, sempurnalah sifat seorang insan. Bayangkan sahaja Adam di Syurga, segala-galanya sudah sempurna. Tetapi tetap terasa kurang kerana dirinya tiada pasangan…
Hargailah kasih sayang suami dan isteri, pandanglah dengan pandangan hati, kerana ia pandangan hakiki.
Phewiitt, salam Jumaat uolls... :) dan renung-renungkan
Sangat Kagum Dengan Cara Penulisan Ustaz Hasrizal dari Saifulislam.com Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 13, 2012 Rating: 5

3 comments:

  1. ila ada letak blog dia kat side bar.. ada masa ila baca utk cari ilmu & ketenangan

    ReplyDelete
  2. yang pasal doktor tu, it happens to my husband right now! 'ter'ambik bidang medic sebab tak sengaja 'ter' pandai masa kat sekolah. Bila dah kawin, jeles tgk bini dia kerja mengajar tak payah on-call segala bagai :) last2 nya sekarang sambung masters lps tu nak jadi medical lecturer je. jadi doktor private utk anak bini kat rumah jelah.

    ReplyDelete
  3. jadilah apa pun... semua kerja ada sumbangan... yg penting rezki halal & tak jadi org jahat dah...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.