Proton Exora Bold Premium - Apa itu butang S.A.T?

Ok, nak buat review sket pasal Exora Bold sebagai panduan kepada yang berminat… Sekarang ni ada 5 variasi Exora (termasuk manual) yang dijual di pasaran. Darinya hanya 2 varian yang menggunakan enjin turbo iaitu enjin Campro 1.6 CFE (Charged Fuel Efficiency) iaitu Exora Bold Premium & Exora Prime. Dan juga hanya varian enjin turbo sahaja yg di kombinasikan dengan transmisi CVT (Continuously Variable Transmission).
So apa kaitannya dengan butang S.A.T? Pertamanya kenalah faham apa itu transmisi CVT. CVT berbeza dengan transmisi Automatik biasa kerana CVT tidak mempunyai gear (cogs).  Secara mudahnya, satu set gear ialah satu set ‘cogs’ yang dipadankan bersama untuk membolehkan kelajuan input (enjin) diselaraskan dengan kelajuan output (kereta) untuk kegunaan yg bersesuaian. Sistem gear membolehkan kelajuan, daya kilas (torque) & arah sumber kuasa di ubah mengikut nisbah (ratio) yang diingini.  Contohnya kereta Automatik 4 kelajuan mempunyai 4 set gear (plus 1 reverse) yg mempunyai nisbah berbeza untuk kegunaan yg bersesuaian.  

CVT tidak mempunyai gear, binaan asasnya ialah belt yg bergerak di atas satu shaft berbentuk kon (pulley) mengikut kelajuan . So jumlah nisbah kelajuan input berbanding kelajuan output yg boleh wujud adalah tak terhingga (infiniti). Juga bermaksud jumlah ‘gear’ yg mungkin adalah infiniti! Kesannya ialah kelajuan kereta terus meningkat mengikut pendikit tanpa ada rasa pertukaran gear (kerana ianya tiada gear!) seperti transmisi Automatik biasa. Kelebihan menggunakan transmisi CVT ialah ianya lebih efisien yang seterusnya turut menyumbang kepada penjimatan bahanapi.
Sesetengah pemandu sukakan rasa pertukaran gear so disinilah kegunaan butang S.A.T (Stepped Auto Transmission). Seperti namanya ianya ialah satu sistem yg meniru (mimicking) rasa pertukaran gear seperti yang dirasai pada transmisi Automatik biasa. Dalam kes ni jumlah ‘gear’ yang di ‘pre-set’ ialah 6. Maksudnya ada 6 set 'gear' di mana pulley akan bergerak megikut nisbah yg telah ditetapkan. Actually nak letak 10, 100 or 1000 gear pun boleh sebab seperti yg diberitahu tadi jumlah gear yang boleh wujud dalam CVT ialah infiniti! 

Transmisi CVT yg digunakan dalam Exora ni adalah buatan ‘Punch Powertrain’ dari Belgium, sama seperti yang digunakan dalam Saga FLX cuma berbeza dari segi torque rating & oil cooler (Exora lebih besar sebab torque-nya lebih tinggi).  Punch Powertrain ni bukan asing dalam industri pembuatan CVT & mempunyai pelanggan seperti BMW Mini, Volvo, Rover,Hyundai dll so tak perlu risau sangat dari segi pembuatan & kualitinya (as long as not made in China mah!). 
Malam semalam berpeluang menggunakan butang S.A.T ni buat pertama kali (masa TD dulu lupa lak kehkeh). Tekan butang untuk aktifkan (lampu butang bernyala & gear display akan paparkan huruf ‘S’) dan tekan sekali lagi untuk matikan. Boleh tekan pada bila2 masa samada semasa berhenti atau semasa  pemanduan. Malam tadi juga berpeluang memandu masa jalan jammed (bumper to bumper).

So macam mana? Sebelum ni saya hanya pernah cuba sistem seperti ini pada tiga model iaitu Mitsubishi Lancer, Honda City (4th gen) & Toyota Altis. Terbaik ialah Mitsu yang mana mimicking-nya lebih meyakinkan (menggunakan CVT dari Jatco). Dari pemanduan dalam bandar selama lebih kurang 1 jam rasanya ianya tak sebaik sistem yang ada pada Mitsubishi Lancer. Tapi oklah, it’s not that bad. Pertukaran gear rasa lembab sikit & rasa ‘jerking’ tak jelas. Bagi sy yg bagusnya bunyi 'pertukaran gear' tidak terlalu kuat. Untuk lebih pasti rasanya perlu buat lebih ‘mileage’ & pada situasi yg pelbagai (sy baru guna 34km je hehehe).

Apa2 pun, sy yakin my wife takkan perasan apa2 perbezaan, ntah2 tak tahu pun kewujudannya tapi ianya tak penting. Pemanduan MPV lebih kepada santai. Lagipun seriously, sistem yg dibina untuk MENIPU & mengurangkan keefisianan nih penting ke? Miahahaha…. 

p/s: Credits to my best bro for additional info... :P

Hermit
Proton Exora Bold Premium - Apa itu butang S.A.T? Reviewed by Hermit on January 20, 2012 Rating: 5

24 comments:

  1. harga pasaran berapa ek? akak tgh buat perbandingan rega, rasanya kat sini jauh lebih mahal

    mgkn boleh email je
    umialeeya@gmail.com

    ReplyDelete
  2. diselitkan juga nama ambo yang tak pernah amik kesah pasal keta. janji enjin hidup, ada minyak, jalan jor...

    umialeya- nanti ayu suh hubby ayu email ya, bagi menjawab segala persoalan :)

    ReplyDelete
  3. @umialya,

    malas lak nak buka e-mail:)OTR price list;

    1)Exora 1.6 Standard (MT) RM59,998
    2)Exora Bold 1.6 Executive (MT) RM70,998
    3)Exora Bold 1.6 Executive (AT) RM74,998
    4) Exora Bold 1.6 Premium (CVT)RM79,998
    5)Exora Prime 1.6 (CVT) RM88,998.

    ReplyDelete
  4. yg penting gear auto heheh me tak leh drive keta manual ;)

    ReplyDelete
  5. Aik, takde credit kat aku ke? Semalam baru borak panjang pasal CVT. Muakakakak.

    ReplyDelete
  6. @BestBro,

    alamak... sori2, dah hapdet... nak kena letak no fon skali ke? muakakaka

    apa2pun jgn lupa elo aku bila nak TD Orlando bro... ;p

    ReplyDelete
  7. Bereh bro.

    Nanti aku anak 5 nanti boleh la ada MPV cam ko gak.

    P/S: No fon tu kasi no fon ko la. Engko kan Jantan terhangat dipasaran. Huhuhu, Ayu jangan marah ek. Gurau2 jer ngan ur hubby.

    ReplyDelete
  8. ROFL!!! Gong Xi Fa Cai bro... jgn lupa angpau anak2 aku 5 wokeh! :p

    ReplyDelete
  9. saya tengah pakai exora dekat 2 minggu. sbl ni tak pernah try SAT. semalam try rasa ada kelainan sikit. pendikit minyak rasa lagi ringan. bila ringan rasa lebih selesa. pickup pun rasa macam lebih sikit. ataupun ini hanya perasaan saya semata? nak tanya penggunan minyak SAT dgn non-SAT sama ke? terima kasih.

    ReplyDelete
  10. @Anonymous,

    1)Saya tak berapa pasti ngan perasaan pendikit yg rasa lebih ringan bila guna S.A.T.. Bagi saya sama je...

    2)Perasaan pick-up lebih tu adalah disebabkan S.A.T sebab ianya tengah mimicking (meniru) gear auto normal, so bila ianya membenarkan enjin'revving' lebih tanpa pertukaran 'gear' maka kita rasa ianya lebih 'pick-up'.. semakin pandai S.A.T meniru gear auto normal semakin bagus sistem tsbt.

    3)Perasaan CVT kurang pick-up berbanding gear auto normal juga disebabkan oleh 'the rubber band effect' dari penggunaan tranmisi CVT itu sendri...

    4)CVT terbukti lebih effisien berbanding gear auto biasa disebabkan 'nisbah gear yg infiniti'... so pemilihan 'gear' terbaik dapat dilakukan mengikut kesesuaian/ setiap masa... penggunaan S.A.T yg meniru gear auto normal (dalam kes ni,menggunakan 6 set nisbah gear yg dah di pre-set)hanya akan mengurangkan keefisianan sistem transmisi (i.e lebih penggunaan bahanapi)

    Harap dah menjawab persoalan... Cheers:)

    ReplyDelete
  11. Info yg aaamat berguna....saya dah amik EB nii dah 1 minggu...mmg best/berbaloi...dan persoalan ttg SAT dah terjawab...thanks...

    ReplyDelete
  12. cvt ni mmg best..,tp kena servis mengikut jadual..takut kalo belt tu putus mampuss keta xleh jln..,pulley nya pun perlu di servis secara berjadual..,sbb kalo tidak servis dgn betul ia boleh kurangkn jangka hayat belt tersebut..,konsep cvt ni sbenanya dah digunakn pd moto skuter moden sbelum ni

    ReplyDelete
  13. for me manual tetap terbaik..nak pickup pkai gear rendah..,nak high speed pkai top gear..,bole dpt highest rpm on every gear, cuma jln jem je buatkn kaki lenguh..,at least less maintenantce for long term ..,pasal jimat minyak ni sbenarnya atas kita..,kalo nk dok merembat je pkai kancil pun minyak jd kuat

    ReplyDelete
  14. Salam. Baru pakai my Rexona Bold 2 hari.. Alhamdulillah di pagi akhir ramadhan ni terjwb apekebendenya SAT tu. Thx so much bro! :)

    ReplyDelete
  15. Salam. Baru pakai my Rexona Bold 2 hari.. Alhamdulillah di pagi akhir ramadhan ni terjwb apekebendenya SAT tu. Thx so much bro! :)

    ReplyDelete
  16. Ooo kalo pakai SAT minyak jadi kuat la yek..kira salah ar salesman yang jual kete kat saya..dia kata nk jimat mnyak tekan ar button SAT..

    ReplyDelete
  17. apa pulak fungsi 'L' dekat gear CVT ni.Saya terbaca 1 artikel L kat gear ni bukan utk low gear tetapi sport mode.ada komen x?

    ReplyDelete
  18. nak tanya sikit pasal g/boc cvt guna belt, belt perlu ditukar setaip berapa km,

    ReplyDelete
  19. Wah.. mcm best jer main tuko2 gear nih yer... Agak2 same ke sistem SAT yg ada pada exora nih dgn saga FLX cvt eh?? hehe..

    *jom tengok blog saya
    http://vitaminformeandyou.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. Itu SAT switch dekat tombol gear pun mudah rosak lo (kalo proton). Satu set kalo tukar rm150 + rm50 com scan.

    ReplyDelete
  21. Sy nk tanya..kerta sy gear auto jd xbtul..sy msuk R pon dia nk kdepan..msuk N brgerak ke dpan..apa mslah ye?pening sy..makenik pon xthu sbbnya..

    ReplyDelete
  22. kalau naik parking mall yang curam skit tu nak kena pakai gear S atau SAT...sbb ada org kata gear S tu low gear ada pulak kata gear S tu untuk pecut...konpius lanak

    ReplyDelete
  23. Sy br br bli exora turbo 2015. So x pasti la psl SAT ni. Lps 2/3 hr br try.1st try Ms brenti nk jln je rs mcm x de pickup so tkn balik SAT br ok. 2nd Ms kt h/way meter cecah 120 tkn SAT br trasa power skjp he cecah 140. So rekemen gn 120+ je tkt 110- x yah le

    ReplyDelete
  24. I'll appriciate it if more information about Proton Saga 2020 or other Proton cars could be provided here!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.