Akid, Budak Bertuah!

Saya nak berkongsi 3 cerita tentang Akid sejak beliau mula bersekolah Darjah 1:-

Kisah 1:
Kisah ini saya ada kongsi di FB. Tentang Akid yang begitu semangat membeli makanan di kantin sekolahnya. Walaupun hakikatnya dia ada membawa bekal 5 biji nugget ayam. Sehinggalah my Yana menegurnya apabila melihat Akid bersungguh membeli nasi lemak (yg masih belum terusik) tapi terus beratur membeli bubur.

Yana: Akid, kenapa beli banyak-banyak makanan? Nugget, nasi lemak, dan ni bubur lagi .
Akid: Mummy kasi 3 hengget, nanti tak sempat nak habiskan duit.

Sabor jerlah budak2 sedang excited dapat pegang duit dan berbelanja sendiri!
:p

Kisah 2:
Hari Rabu lepas saya meminta Akid menghantar beg sandang (beg khas untuk aktiviti ko-q) Anaqi di kelasnya. Saya malas sangat nak panjat tangga setinggi 3 tingkat. Tak sampai 7 minit Akid selesai misinya menghantar beg Anaqi. So petang ketika saya menjemput Anaqi pulang ke rumah.

Anaqi: Mummy kenapa suruh Akid hantar beg kat Anaqi!
Mummy: Malas nak naik tangga, hik hik
Anaqi: Mummy tahu tak. Akid dahlah masuk kelas Anaqi tak ketuk pintu. Dia boleh lari masuk dan terus baling beg tu kat Anaqi (Anaqi duk kat tepi tingkap hujung). Dan terus lari keluar, sebijik macam pencuri. Cikgu ngan kawan-kawan semuanya tergamam.
Mummy: Hahahahah, Cikgu marah tak?
Anaqi: Tak, dia tahu Akid budak darjah satu.

Adoihai :)

Kisah 3:
Berlaku hari Jumaat semalam. Kesnya Akid ada kelas Pendidikan Jasmani. So saya suruh pakai baju sukan Yana dulu since baju sukan Akid saya tak confirm rumah apa jadi tidaklah beli terlebih dahulu. Akid memang die cam tak nak pakai sebab baju tu besar sikit. Last2 lepas dah beri pilihan samada nak pakai baju putih ada perkataan "nicklodean" atau baju sukan Yana. Akid pilih baju sukan lama Yana.

Sampai di sekolah rupanya ada perhimpunan mingguan. Dan takde sowang pun budak Darjah 1 pakai baju sukan (ekceli kalau ikut peraturan sekolah, pelajar dibenarkan memakai baju sukan sepanjang hari sekiranya ada subjek Pendidikan Jasmani). Akid buat hal, die boleh tak nak pergi perhimpunan tapi duk menangis dalam tandas. Puaslah Yana dan kengkawan pengawas dier pujuk si Akid.

Si Akid duk jerit dari dalam tandas yang die sakit perut. Tapi hakikatnya Akid malu :) + siap nanges tersedu-sedu. Dan saya memang dah kasi duit siap2 kat Yana, suh pergi jumpa guru kelas Akid minta jadual waktu + tanya rumah pasukan apa sebab nak pergi beli baju sukan kat koperasi sekolah.

Boleh ya si AKid duk dalam tandas 30 minit, tak kuar-kuar hanya kerana memakai baju sukan lama.

Bertuah punya anak!

Apapun Akid memang nampak seronok sangat pergi sekolah, setiap hari begitu bersemangat dan ada sahaja cerita baru tentang guru dan rakan-rakan baru :)

Akid, Budak Bertuah! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 14, 2012 Rating: 5

5 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.