Kena Naik Kenderaan Ambulans!

Hari Rabu 10 Ogos 2011, my Amani tak berapa sihat, batuk walaupun badan tak berapa panas tapi saya bawa juga ke klinik. Dengan harapan doktor boleh bagi ubat antibiotik. Tapi setelah diperiksa doktor yang bertugas mengesyorkan agar Amani dihantar untuk menjalani X-ray. Sebab bunyi kahak yang teruk di dadanya. Kami dirujuk ke Klinik Daya X-ray Specialist Centre Petaling jaya.
Asalnya saya semahu-mahunya membawa kereta sendiri, tapi pihak klinik mengesyorkan agar saya menaiki ambulans memandangkan kawasan klinik Daya tersebut kekurangan tempat parking kereta. So nak tak nak saya akurkan jerlah. Kira dalam sejarahlah naik ambulans buat pertama kalinya.
Amani yang begitu teruja didalam ambulans. Kejakunans, hehehe.
Tak reti duk diam. Dengan pemandu ambulans tu drive cam ala2 merempit di litar, kus semangat. Sib baek tak dipasang sekali siren, kalau tak memang nampak happening jer kita owang dalam ambulans.
Menunggu untuk di X-ray lama gila hokeh. Dekat 2 jam, saya rasa kalau berurusan dengan tempat kecemasan Paed PPUM pun tak selama ni. Memang tersangat bosan + jemu + tensen menunggu. Paling sedih Amani kena amik X-ray 2 kali. Satu gambar tak jadi sebab goyang. Amani lak sangat takut menangis sampai shaking badan dia. Masa tu memang saya pun rasa sedey dan down, bergetar bibir tengok Amani nangis camtu sekali :(
Tengok report X-ray saya jadi down sikit sebab suspek ada sedikit shadow ~ so mungkin pneumonia. Saya dan Amani balik ngan ambulans terus jumpa doktor. Amani kena neb dan ada 2 jururawat start buat rawatan tepukan dada belakang, sambil ajar saya untuk melakukan kepada Amani setiap pagi.

Tiada antibiotik. Hanyalah ventamol dan sirup panadol. Again, kali ketiga Doktor yang berbeza mengesahkan Amani hanya mendapat penyakit "Viral Infection"...

Dan saya tidak gembira tentang itu :(
My Amani antibodi memang lemah. Last 2 weeks baru jumpa Paed kat PPUM, abis antibiotik dia dah sangat OK. Lepas tu silapnya dia gi minum air tebu sejuk masa berbuka kat rumah mak ditambah pula di nursery ada baby sebaya die yang batuk dan demam, berjangkit balik.

Saya stress melihat kesihatan Amani yang tidak menentu :(
Apapun peringatan buat diri, selepas ini saya perlu memastikan tiada sebarang air sejuk diberikan Amani dan jika ada baby yang sakit di Nursery saya akan cuti menjaga Amani sendiri. Rasanya tak mahu lagi berulang-alik ke klinik dan hospital setiap minggu. Sesungguhnya bila anak sakit, hanya tuhan jer tahu betapa sedeynya perasaan seorang ibu.

Doa saya moga amani cepat sembuh, ceria dan sihat semula.

Kena Naik Kenderaan Ambulans! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 11, 2011 Rating: 5

6 comments:

  1. kalo psang siren lg laju ye dak..smoga amani cpt baik

    ReplyDelete
  2. kesian amani.....ehm...kalau dok nursery gitulah....senang berjangkit....sama macam dania dok nursery dulu....

    get well soon ya amani!!!

    ReplyDelete
  3. me paham, sbb anak me pun ok nursery--my zharfan dok nursery dari usia 3 bulan..
    memang sedey bila anak2 sakit..me doakan agar amani cepat sembuh...amiin

    ReplyDelete
  4. bkn budak je, kita yg dewasa ni pn kalau antibodi lemah, minum tebu seteguk boleh sakit2 badan. bisa air tebu ni. Penangan berbuka baru2 ini. Kesannya sampai sekarang :(

    Aunty wan doakan amani comey cepat sembuh... amin....

    ReplyDelete
  5. semoga amani cepat sembuh.. sabar ye ayu sbb dulu amna bawah setahun tiap2 bulan sakit sampai habis cuti sbb dia je.. tapi makin besar makin kuat & syukur tahun ne tak sakit langsung

    ReplyDelete
  6. yup,kt umh kitorg pon no air sejuk rules =), semoga amani cpt2 baik k

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.