Baby & Junior Fair 2011 - Day 1

Saya cuti hari ini. Sebab saya nak bawa Amani dan Akid ke Mid Valley untuk menyertai acara di Baby & Junior Fair, selain nak jalan-jalan menghilangkan stress bersama 2 anaknda terchenta. Anak yang lain tak boleh join sebab sekolah. Huhu.
Cam biasa mesti ada event kat atas pentas dari awal pagi hinggalah ke petang. Tapi di Baby & Junior Fair 2011, untuk Q&A session memang hadiah simple jer dari Link Evet iaitu ubat gigi Kodomo ataupun coklat sugus. Ahaks. Melainkan sesi tersebut adalah anjuran company dsb baru hadiah grand sikit. Lucky draw pun untuk wanita yang mengandung sahaja. Sebab hadiahnya merupakan hamper susu Friso untuk wanita berbadan dua :p So saya miss that chance lah... Hahaha
Booth takdelah banyak saangat seperti Baby Fair anjuran Mami Baby dan yang lain2 sebelum ini. Rasanya untuk produk pakaian kanak-kanak kurang dari 10 booth. Tapi OKlah sebab baju yang dijual harga agak berpatutan tapi tidaklah terlampau murah cam kat warehouse sale. Saya sempat rembat 2 gaun untuk Amani dari brand Winnie the Pooh.
Lepas tu ada satu booth dari E Photography Studio buat promosi. Ambil gambar dan dapatkan 1 free photo. Cam biasa dia akan ambil lebih dari satu gambar, then dia akan tanya minat yang mana. Saya sebab nak free, nekad hanya pilih satu gambar jer. Huhu. So saya akan dapat satu gambar Amani yang comel bersaiz 5R (harga Rm25 dan ianya free) dan janjinya akan pos kepada saya sebelum bulan 3... lama-nya-lah pulak.
See, my Amani masuk Nestle Baby Crawling Contest. Bersaing hebat ngan baby kat sebelah tapi my Amani menang ngeh :0 sebab baby boy tu suddenly berhenti sebelum garisan penamat. Cam lawak giler.
Ni belum kes baby yang merangkak dan alih-alih buat u-turn, ada yang sambil menangis dan tak nak gerak-gerak, ada yang merangkak keluar dari kawasan, ada yang merangkak tiba2 tidur kat tengah. Memang mak bapak kat tepi tu pakat duk gelak2 termasuklah saya. Siyes memang cute baby ni, sebab kebanyakan hari ni parent yang join memang daftar anak2 mereka untuk fun semata-mata. Sebab saya pernah tengok anjuran Combi last year kot, disebabkan hadiah dia stroller mak bapak jenis jerit and sampai satu tahap boleh marah baby dia sebab tak merangkak. Menyampahlak tengok. Hmmm..
Amani bukanlah top 3, tapi top 5... huhu masa yang diambil untuk merangkak sampai ke garis penamat adalah 1 min..lama gak ehh hehehe. First winner 22 saat, laju tu... Selain itu Amani menyertai acara Baby Genius dan Amani dapat hadiah set pakaian Pooh. Ni tukar baju paling cepat so memang organizer plan nak bagi baju yang disediakan kepada semua peserta yang berjaya menukar baju anak dalam 10 minit. Tak de hadiah utama, kedua atau tiga. Beshh kan?
Akid masuk bowling untuk kids, takde satu pin pun jatuh tapi still dapat hadiah :)... Bagus gak macam ni, so kanak-kanak dia tak rasa down sangat sebab tak dapat buat yang terbaik. Sekurangnya mereka tetap hepi sebab join acara kan? Tapi dalam banyak acara saya sertai memang buat online pre-registered dulu. Saya buat last minute hari terakhir. Sebab dia ada kuota untuk sertai dan kalau walk in kira ikut nasib kalau ada kosong tempat baru boleh join :)
Hadiah/souvenir hasil masuk acara dan layan kuiz kat atas pentas. Cam selipar Pallas 2 pasang itu saya main games kat booth Pallas... So overall aktiviti, beshhla sebab Amani sangat baik tak meragam langsung dan Akid pun seronok cuma dia cam miss beraktiviti bersama adik-beradik yang lain... uol tak nak jengah fair ni ke? Sabtu dan Ahad ni still berlangsung lagi...

Baby & Junior Fair 2011 - Day 1 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 15, 2011 Rating: 5

7 comments:

  1. I nak pergi.. hari ni.. memang tunggu update dari any bloggers je pun.. jumaat emir sekolah.. thanks for the update

    ReplyDelete
  2. wah..memang besh!!~~ jeles..kat ganu ni non adooo macam gini!!

    ReplyDelete
  3. congrats amani!! tersenyum2 me dpn lappy baca part yg baby merangkak dan tido etc heheheh

    ReplyDelete
  4. tahniah lepas ne masuk lumba lai pulak ye amani

    ReplyDelete
  5. amira- yeay i met u there (3 min lps tu ilang) ngeh

    waffa- happening sokmo kl akt gini... :)

    ezz- dia mmg jaguh merangkak satu rumah

    suzz- mmg sweet tau suzz..cute pun ade

    kaseh- hari kegigihan Amani..

    ila- in the making...heheh

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.