Ibis Styles Sri Damansara Perkenal Bufet ‘Cita Rasa Ramadan’ dengan Sajian Tradisional Lebih 100 Menu

Ibis Styles Sri Damansara mencuri tumpuan apabila memperkenalkan bufet Ramadan istimewa, Cita Rasa Ramadan, menerusi sebuah Ramadan Preview eksklusif yang berlangsung penuh meriah di Bandar Sri Damansara. Majlis pratonton ini menyatukan kehangatan hospitaliti, suasana Ramadan yang menyentuh hati serta kepelbagaian juadah tradisional Malaysia yang autentik.


Bufet Cita Rasa Ramadan akan berlangsung dari 23 Februari hingga 15 Mac 2026 di Streats Café, Aras 2, setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Menampilkan lebih 100 pilihan hidangan, bufet ini mengetengahkan kekayaan warisan kulinari tempatan yang digemari ramai.

Antara tarikan utama termasuk ulam-ulaman segar bersama pelbagai sambal buatan sendiri, diikuti pembuka selera tradisional seperti kerabu, acar-acar, ikan masin, jeruk dan rojak buah. Hidangan berkuah yang menyelerakan seperti sup tulang kambing mamak bersama roti bangali serta laksa kari nyonya turut melengkapkan pengalaman berbuka.



Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai juadah ringan dan kudapan popular seperti keropok, pisang goreng, samosa, popiah goreng dan cucur manis. Dari stesen panggang, satay ayam dan daging, roti john serta murtabak ayam disajikan ala bazar Ramadan, manakala menu Barat seperti aglio olio, baked pasta, sup cendawan dan kambing panggang lengkap dengan kentang panggang serta sos istimewa menjadi antara hidangan kegemaran.

Hidangan utama bufet ini menampilkan sajian klasik Malaysia seperti nasi putih kukus, nasi briyani berempah, ayam masak minang, kambing masala serta pelbagai menu makanan laut dan sayuran yang dimasak secara tradisional.

Sebagai pelengkap, pelbagai pencuci mulut tradisional Melayu dan Nyonya disediakan termasuk bubur kacang hijau, sago gula Melaka, ais kacang, cendol, buah-buahan tropika segar serta ais krim. Minuman panas dan sejuk seperti teh, kopi hitam dan minuman dingin turut disediakan.

Menambah nilai kemanusiaan dan kemesraan Ramadan, majlis pratonton ini turut diserikan dengan kehadiran kanak-kanak dari Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni dan Maahadtahfiz Muhammadi, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dan kasih sayang sepanjang bulan mulia ini.

Promosi Early Bird ditawarkan pada harga RM78 nett seorang dewasa, RM48 nett kanak-kanak dan RM58 nett warga emas, manakala harga biasa dewasa adalah RM88 nett. Tetamu juga boleh menikmati Pakej Bilik Ramadan pada harga RM175 nett, termasuk penginapan satu malam di Bilik Standard bersama sahur atau sarapan untuk dua orang serta diskaun 10% untuk iftar di Streats Café.



Ibis Styles Sri Damansara menjemput semua untuk menyambut Ramadan dengan penuh makna menerusi Cita Rasa Ramadan, sebuah pengalaman berbuka puasa yang menjanjikan rasa autentik, suasana mesra dan detik indah bersama insan tersayang.


Untuk tempahan dan pertanyaan:

📞 +603-6287 070 – Ibis Styles Sri Damansara
Ibis Styles Sri Damansara Perkenal Bufet ‘Cita Rasa Ramadan’ dengan Sajian Tradisional Lebih 100 Menu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 23, 2026 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.