Bufet Ramadan 2026 di The Pearl Kuala Lumpur: “Citarasa Antara Benua” Sajikan Pengalaman Berbuka Puasa Bertaraf Dunia

The Pearl Kuala Lumpur menjemput para tetamu untuk meraikan ketibaan bulan suci Ramadan dengan penuh keberkatan menerusi pengalaman berbuka puasa yang istimewa bersama insan tersayang. Tahun ini, hotel terkemuka ini mempersembahkan bufet Ramadan bertemakan “Citarasa Antara Benua”, sebuah konsep unik yang menggabungkan keunikan rasa dan rempah ratus dari pelbagai negara untuk mencipta pengalaman santapan Ramadan yang tiada tandingan.


Dari 21 Februari hingga 17 Mac 2026, tetamu berpeluang menikmati pelbagai hidangan eksklusif, promosi menarik serta menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama wang tunai sehingga RM10,888.

Citarasa Antara Benua” – Bufet Ramadan Antarabangsa di Kuala Lumpur
Bufet Ramadan “Citarasa Antara Benua” di The Pearl Kuala Lumpur direka khas untuk membawa para tetamu menjelajah dunia melalui keunikan masakan antarabangsa dan tempatan. Setiap hidangan disediakan oleh pasukan Chef berbakat yang menggabungkan resipi autentik dari pelbagai benua dengan sentuhan moden. 


Antara negara yang menjadi inspirasi sajian bufet Ramadan ini termasuk:
  • Malaysia 
  • Thailand 
  • China 
  • India 
  • Korea 
  • Jepun 
  • Sepanyol 
  • Itali 
Pengalaman berbuka puasa ini bukan sahaja memuaskan selera, malah memperkenalkan kepelbagaian warisan kulinari dunia dalam satu lokasi. 


Senarai Menu Istimewa Bufet Ramadan The Pearl Kuala Lumpur
Antara menu wajib cuba yang bakal disajikan termasuk:
  • Sajian Antarabangsa 
  • Seafood Paella 
  • Spaghetti Carbonara & Pasta Arrabbiata 
  • Shell Out 
  • Takoyaki & Teppanyaki 
  • Topokki 
  • Dumpling Ayam bersama Sos Istimewa 
  • Pad Thai Noodle & Som Tam 
  • Itik Panggang dengan Sos Manis dan Sos Cili 
  • Aneka Dim Sum dan Pau 


Sajian Tempatan & Klasik Melayu
  • Ulam-Ulaman Kampung 
  • Bubur Lambuk Istimewa 
  • Sate Kajang 
  • Lemang Istimewa 
  • Nasi Briyani 
  • Burger Ramly Istimewa 
  • Roti John 
  • Aneka Gorengan 
Bakar-Bakar Corner
  • Kambing Golek dengan Perapan Istimewa 
  • Ayam Golek 
  • Sosej 
  • Ikan Bakar (Ikan Cencaru, Tilapia & Selar)
  • Disajikan bersama Air Asam, Sambal Kicap, Sos Cendawan dan Sos Lada Hitam. 
Pencuci Mulut
  • Lempeng Pisang Kelapa 
  • Kuih-Muih Tradisional 
  • Aneka Kek & Puding 
  • Aneka Biskut Klasik 
  • Ais Kacang 
  • Pelbagai Ais Krim 
Secara keseluruhan, lebih 100 pilihan masakan disediakan bagi memastikan setiap tetamu menikmati pengalaman berbuka puasa yang lengkap dan memuaskan.

Cabutan Bertuah Ramadan 2026 – Menang Hadiah Lumayan
Setiap pembelian baucar bufet Ramadan bagi kategori dewasa dan warga emas layak menyertai cabutan bertuah eksklusif dengan hadiah berikut:

🏆 Hadiah Utama: RM10,888 tunai
🥈 Hadiah Kedua: RM6,888 tunai
🥉 Hadiah Ketiga: RM3,888 tunai
🎁 3 Hadiah Saguhati: RM1,000 tunai
🏨 6 Hadiah Penginapan Percuma
(termasuk sarapan pagi untuk 2 orang)

📢 Pengumuman pemenang: 19 Mac 2026

📱 Disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial The Pearl Kuala Lumpur.

Harga Bufet Ramadan The Pearl Kuala Lumpur 2026
🌙 Harga Istimewa (21 – 27 Februari 2026)
Dewasa: RM118+
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM98+
Kanak-Kanak (4–12 tahun): RM68+

🌙 Harga Biasa (28 Februari – 17 Mac 2026)
Dewasa: RM138+
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM118+
Kanak-Kanak (4–12 tahun): RM78+ 


(Cabutan bertuah terbuka kepada dewasa dan warga emas sahaja)

Bufet Ramadan Halal & Kemudahan Lengkap
Status halal merupakan keutamaan di The Pearl Kuala Lumpur. Dapur restoran telah disahkan halal oleh JAKIM dan mematuhi konsep Syariah Islam sepenuhnya.

Kemudahan surau turut disediakan di Aras 8 bagi memudahkan tetamu menunaikan solat Maghrib.

Bufet Ramadan dihidangkan di Melo Café & Deli (Aras 5) dengan pilihan ruang dalaman dan luaran. 

Kapasiti kafe: sehingga 200 orang
Kapasiti ballroom: sehingga 1,000 orang

Menjadikannya lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan sekerja, dan majlis korporat.

Pengalaman Berbuka Puasa Terbaik di Kuala Lumpur
Dengan konsep “Citarasa Antara Benua”, The Pearl Kuala Lumpur komited untuk memberikan pengalaman berbuka puasa Ramadan yang bukan sahaja lazat, malah penuh makna dan kenangan indah. Jangan lepaskan peluang menikmati bufet Ramadan terbaik di Kuala Lumpur, tawaran harga istimewa serta peluang memenangi hadiah lumayan.

📍 Lokasi: The Pearl Kuala Lumpur
📅 Tarikh: 21 Februari – 17 Mac 2026
Bufet Ramadan 2026 di The Pearl Kuala Lumpur: “Citarasa Antara Benua” Sajikan Pengalaman Berbuka Puasa Bertaraf Dunia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 15, 2026 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.