Haier merangka visi 2026 dengan “Premium Intelligence, Forward Together”

Haier memperkenalkan barisan produk 2026 di bawah hala tuju strategik “Premium Intelligence, Forward Together”. Pengumuman tersebut dibuat semasa sesi pameran eksklusif, di mana ia menggariskan visinya untuk bergerak melangkaui peralatan berdiri sendiri ke arah gaya hidup pintar yang sepenuhnya bersepadu. 


Teras kepada strategi ini ialah Haier Smart Home, sebuah penyelesaian rumah pintar generasi baharu yang mengintegrasikan peralatan berkeupayaan Wi-Fi di seluruh kediaman ke dalam satu platform bersepadu. 

Melalui interaksi pintar dan operasi berasaskan senario adaptif, Haier menampilkan inovasi bermakna yang meningkatkan kualiti kehidupan seharian melalui kecerdasan premium. 

Produk baharu utama Haier termasuk:
Mesin Basuh Pelbagai Cucian 3-Dram – Mesin basuh tiga dram pertama di Malaysia yang menggabungkan dua dram atas bersaiz 1kg dengan satu dram utama 12kg, membolehkan cucian serentak bagi fabrik dan warna berbeza. Ia menjimatkan masa, tenaga dan air, sambil meningkatkan tahap kebersihan. 


Penyaman Udara UV Cool AI Voice (Siri VSC) – Dilengkapi kawalan suara AI tanpa sentuhan serta penulenan udara UV untuk keselesaan diperibadikan, udara lebih bersih dan kecekapan tenaga yang lebih pintar. 

Koleksi Horizon – Memperkenalkan teknologi kesegaran kawalan magnet pertama di dunia pada peti sejuk Haier. Teknologi ini memecahkan kristal ais besar kepada saiz lebih kecil, melindungi sel makanan, mengekalkan nutrisi dan tekstur, mengekalkan kesegaran daging sehingga 10 hari serta salmon sehingga 7 hari. 

TV QD-Mini LED 100” H100S90FUX – Paparan berskala pawagam dikuasakan Homey AI dengan pemproses Haier SR UltraSense, menawarkan kualiti gambar AI, bunyi AI, mod permainan AI, AI Connect dan perlindungan mata AI. 

Peti Sejuk Beku HCF-249MEB – Dilengkapi kawalan bau Deo Fresh, pembekuan mendalam –30°C dan pengekalan suhu sehingga 150 jam untuk penyimpanan makanan jangka panjang yang boleh dipercayai. 

Hud Dapur HH-N8908B – Reka bentuk nipis 325mm dengan fungsi auto-teleskopik bagi pengekstrakan asap yang cekap serta estetika dapur moden dan kemas. 

Mesin Basuh Pinggan HDWA18-686BK5MY – Mesin basuh pinggan pertama Haier Malaysia, direka khusus untuk keluarga Asia dengan teknologi Quattro Dual Wash, fungsi buka dan tutup pintu automatik bagi pengeringan lebih berkesan serta kemudahan penggunaan harian. 

Pemanas Air Siri K EI45E-KP5CB-FRS(MY) – menyediakan pemanasan yang pantas dan berkuasa dengan output 4,500 watt serta tangki tembaga yang diperkuat untuk ketahanan dan kecekapan. Ia dilengkapi antara muka skrin sentuh penuh untuk pengendalian yang mudah serta penapisan canggih pada tahap mikron yang menyingkirkan karat, lumpur, dan kekotoran, memastikan air yang lebih bersih dan selamat untuk setiap mandi. 

Penyaman Udara Komersial – Penyaman udara komersial terbaharu Haier direka khusus untuk iklim panas dan lembap Malaysia, menawarkan kecekapan tenaga yang tinggi, keselesaan menyeluruh serta integrasi bangunan pintar. Rangkaian LCAC memberi tumpuan kepada penyejukan pintar dan sihat menerusi pensterilan UVC serta aliran udara yang dipertingkatkan, manakala sistem MRV7 generasi baharu menawarkan pemasangan yang fleksibel, kawalan lebih pintar, kecekapan tenaga dan kebolehpercayaan jangka panjang. Melengkapkan rangkaian ini, penyejuk Super Clima menyediakan penyelesaian penyejukan yang menjimatkan tenaga dan kos untuk aplikasi komersial dan industri.

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing, berkata, 
Hala tuju 2026 menandakan evolusi Haier daripada pengeluar peralatan kepada pemudah cara kehidupan pintar. Melalui Haier Smart Home, kami menyampaikan pengalaman bersepadu dan pintar yang dibentuk berdasarkan keperluan sebenar pengguna. Seiring peningkatan keterhubungan isi rumah di Malaysia, kami terus menumpukan inovasi yang meningkatkan kemudahan, kecekapan dan kualiti hidup, sambil berkembang bersama pengguna dan rakan kongsi kami.

Mesin Basuh Pelbagai Cucian 3-Dram pertama di Malaysia
Menjadi tonggak dalam portfolio Haier 2026 ialah Mesin Basuh Pelbagai Cucian 3-Dram pertama di Malaysia (tersedia pada Jan’26), yang menetapkan penanda aras baharu dalam penjagaan dan kebersihan pakaian. Mesin basuh unik ini menampilkan dua dram kecil 1kg di bahagian atas seperti stoking, atau cucian kecil tertentu, manakala dram yang lebih besar 12kg di bawahnya digunakan untuk cucian biasa.

Direka untuk memenuhi keperluan rumah moden dari segi kecekapan dan kebersihan, mesin ini mempunyai tiga dram bersepadu yang membolehkan pengguna menjalankan cucian berasingan secara serentak, mengoptimumkan masa, tenaga, dan penjagaan fabrik. Pensterilan UV terbina dalam meningkatkan tahap kebersihan, manakala kecerdasan berasaskan AI menyesuaikan tetapan secara automatik untuk memberikan prestasi cucian terbaik bagi setiap muatan.

Gabungan ciri-ciri ini memberikan pengalaman mencuci pakaian yang lebih pintar, lebih bersih, dan sangat cekap, sekali gus mentakrifkan semula jangkaan terhadap kemampuan sebuah mesin basuh.

Penyejukan lebih pintar dengan kawalan suara AI
Berikutan pengembangan portfolio RACnya, Haier juga memperkenalkan model unggul baharu, penghawa dingin UV Cool AI Voice (siri VSC) (tersedia pada Feb’26). Direka untuk kawalan mudah dan keselesaan dalaman yang lebih baik, model ini membolehkan pengguna mengendalikan penghawa dingin melalui arahan suara AI, menawarkan kemudahan sambil mengekalkan aliran udara yang bersih dan selesa. 

Teknologi AI ECO membantu mengoptimumkan penggunaan tenaga dan membolehkan pemantauan penggunaan elektrik secara masa nyata. Dilengkapi dengan pensterilan UVC Pro untuk membunuh bakteria dan virus, serta salutan Black Fin bagi meningkatkan ketahanan dan rintangan terhadap kakisan, siri VSC baharu ini menawarkan udara yang lebih bersih, kecekapan pintar, dan prestasi tahan lama untuk kediaman moden.

Koleksi Horizon: Melangkaui Apa yang Anda Lihat
Haier memperkenalkan Koleksi Horizon (tersedia pada Q2’26), yang mentakrifkan semula dunia penyejukan melalui pendekatan inovatif dari segi teknologi, reka bentuk, dan kapasiti. 

Beyond Time: Menampilkan teknologi kesegaran terkawal magnetik pertama di dunia, memastikan makanan kekal segar lebih lama dengan melindungi selnya serta mengekalkan rasa dan nilai nutrisi. 

Beyond Space: Menawarkan reka bentuk berkapasiti besar 800L, menyediakan ruang simpanan yang mencukupi untuk kediaman moden. 

Beyond Space: Menggabungkan kemasan luaran dan dalaman premium dengan pintu lutsinar berasaskan sensor manusia. Lampu dalaman akan perlahan-lahan menyala apabila didekati, memperlihatkan makanan di dalam tanpa membuka pintu, mengurangkan kehilangan udara sejuk dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Hiburan Dipertingkatkan
Memperkenalkan televisyen bersaiz 100 inci pertamanya, TV QD-Mini LED 100” H100S90FUX (tersedia pada Feb’26) dilengkapi teknologi Mini LED canggih yang dipacu oleh Homey AI dan Haier SR Ultra Sense Processor, dibangunkan bersama MediaTek. Pemproses pintar ini memberikan kualiti imej yang dipertingkatkan oleh AI, gerakan ultra-lancar 144Hz, serta prestasi bunyi yang dioptimumkan. Dilengkapi dengan kesalinghubungan pintar dan audio yang imersif, televisyen ini mengubah mana-mana ruang tamu menjadi pengalaman hiburan sinematik.

Prestasi Sejuk yang Boleh Dipercayai dan Tahan Lama
Memperkukuhkan lagi rangkaian storan sejuk Haier ialah Peti Sejuk Beku HCF-249MEB, yang akan tiba pada Mei 2026, direka untuk memberikan kesegaran dan kebolehpercayaan unggul. Dilengkapi dengan teknologi penapisan karbon aktif Deo Fresh, ia berkesan menyerap bau yang tidak diingini untuk memastikan persekitaran penyimpanan yang bersih.

Peti sejuk ini menampilkan pintu kaca tempered yang elegan dan mudah dibersihkan dengan perlindungan anti calar, disokong oleh prestasi pembekuan mendalam –30°C. Dengan penebatan buih mikro sel bertekanan tinggi yang canggih, ia menawarkan sehingga 150 jam pengekalan suhu semasa gangguan bekalan elektrik, memastikan bahan-bahan kekal selamat walaupun dalam keadaan yang tidak dijangka.

Keselesaan Pintar di Dapur
Menjadi sebahagian daripada peralatan dapur, Hud Dapur H-N8908B (tersedia pada Feb’26) menggabungkan reka bentuk kompak dengan prestasi tanpa kompromi. Dengan profil sepenuhnya 325mm yang bersepadu dan fungsi auto-telescoping, hood yang elegan ini memastikan pengalaman memasak yang selesa sambil mengekalkan estetika bersih dan minimalis.

Haier Malaysia turut memperkenalkan mesin basuh pinggan mangkuk pertamanya, HDWA18-686BK5MY (tersedia pada Apr’26). Menampilkan teknologi Quattro Dual Wash, ia memberikan pencucian yang berkuasa dan menyeluruh pada setiap muatan, manakala fungsi buka dan tutup pintu automatik meningkatkan kecekapan pengeringan dan keselesaan harian. 

Direka khas untuk keluarga Asia, mesin ini menawarkan pencucian yang kuat dan menyeluruh untuk segala-galanya daripada pinggan mangkuk harian hingga periuk dan kuali, membawa pencucian pinggan yang lebih pintar dan mudah ke rumah.

Penyelesaian Iklim Pintar untuk Perniagaan
Mulai S2’26, segmen ‘Light Commercial Air Conditioning (LCAC)’ Haier memperkenalkan dua siri inovatif yang direka untuk kesihatan, kecekapan, dan keselesaan pintar. Smart Healthy Series menampilkan pensterilan UVC untuk udara yang lebih bersih serta kawalan WiFi pintar untuk operasi yang mudah.

 Manakala, Cabinet R32 Series meningkatkan aliran udara dengan penambahan 3D return air dan jangkauan yang diperluas, meningkatkan kecekapan tenaga dan pemindahan haba bagi penyejukan yang lebih efektif di ruang komersial.

MRV7 generasi baru Haier mentakrifkan semula fleksibiliti dan kepintaran dalam penyejukan komersial. Teknologi Space Link membolehkan pilihan sambungan bebas untuk pemasangan lebih mudah, manakala Advanced Variable Refrigerant Adjustment (VRA) meningkatkan kecekapan tenaga. 

Kotak kawalan yang sepenuhnya tertutup memberikan ketahanan unggul terhadap air, habuk, dan haba, melanjutkan hayat servis sehingga tiga kali ganda, sementara sambungan Bluetooth membolehkan pemantauan masa nyata, penyelesaian masalah pantas, dan kawalan sistem yang lebih pintar.

Keselesaan Mandian Premium
Pemanas Air K-Series EI45E-KP5CB-FRS(MY) (tersedia pada Mei’26) menampilkan tangki tembaga yang diperkuat untuk penghantaran haba yang efisien dan ketahanan jangka panjang. Dikuasakan oleh output 4,500 watt dan disokong oleh tiub pemanas tembaga berganda, ia mencapai pemanasan pantas dan prestasi yang konsisten. 

Unit ini turut dilengkapi antara muka skrin sentuh penuh untuk operasi yang mudah dan intuitif, serta sistem penapisan air canggih yang menyingkirkan karat, lumpur, alga, dan kekotoran mikro, menyediakan air yang lebih bersih dan selamat untuk kegunaan harian.

Barisan produk 2026 mencerminkan fokus jangka panjang Haier untuk menyediakan penyelesaian pintar premium yang berfungsi bersama sebagai sebahagian daripada ekosistem lebih luas. Dengan menggabungkan AI, kesalinghubungan, dan reka bentuk yang teliti, Haier terus meneroka had kehidupan rumah pintar, membawa pengalaman holistik yang meningkatkan kualiti hidup harian.

Dengan “Premium Intelligence, Forward Together” sebagai hala tuju utama, Haier kekal fokus untuk bersama-sama mencipta nilai bersama pengguna melalui inovasi berterusan, ketelitian dalam pembuatan, dan kesalinghubungan pintar yang membawa masa depan kehidupan lebih dekat ke rumah.
Haier merangka visi 2026 dengan “Premium Intelligence, Forward Together” Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 16, 2026 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.