The Grand Oasis Seri Kembangan Menawarkan Ruang Acara Lebih Esklusif, Mewah Dengan Dekorasinya Memang Astetik!

The Grand Oasis menyediakan tempat acara untuk meraikan sebarang majlis dalam suasana esklusif, mewah dengan dekorasinya yang sememangnya sangat astetik. Terletak di Seri Kembangan Selangor berdekatan dengan pelbagai kemudahan akses memudahkan tetamu untuk ke tempat acara - The Grand Oasis.


Foto dari FB The Grand Oasis

Dewan yang dapat memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir ini mempunyai keluasan ruang hampir 10,000 meter persegi, boleh memuatkan sehingga 44 meja buffet, dengan setiap satu meja hanya 8 orang pax sahaja.


Apa Yang Menarik Tentang The Grand Oasis


Selain daripada lokasinya yang agak strategik dan privasi. Dewan dua tingkat menawarkan 5 ruang yang boleh sewa untuk sebarang acara iaitu:-

✅GRAND BALLROOM

Foto dari FB The Grand Oasis

Dewan berkaca eksklusif dengan pemandangan sebelahnya di tepi tasik. Cantik dan luas, dipenuhi dengan kerusi dior mewah serta meja bulat atas bercermin.

Dekorasi didalam dewan memang tampil mewah menggunakan elemen lutsinar (cermin) dan dekorasi minimal yang astetik.

✅GARDEN WEDDING/LUAR DEWAN
Foto dari FB The Grand Oasis

Bagi yang mengimpikan majlis perkahwinan di taman. The Grand Oasis turut menyediakan ruang di bahagian luar di kawasan rimbunan pokok-pokok kehijauan. 


Foto dari FB The Grand Oasis

Begitu juga sebarang jalan yang ingin dilakukan di tempat terbuka seperti taman, segala fasiliti serta kemudahan ada ditawarkan oleh pihak The Grand Oasis.


✅ROOFTOP/RUANG ATAS
Foto dari FB The Grand Oasis

Boleh diadakan majlis lebih esklusif di atas bangunan dengan kemudahan meja, kerusi,lampu dan pelbagainya disediakan oleh pihak The Grand Oasis.

Foto dari FB The Grand Oasis


✅THE DECK
Foto dari FB The Grand Oasis

Salah satu di kawasan luar dewan dengan pemandangan dermaga yang cukup cantik. 


✅RUANG NIKAH/BERTUNANG

Untuk acara yang lebih privasi yang hanya memerlukan lebih kurang 100 jemputan untuk acara seperti akad nikah, pertunangan dan sebagainya. Bolehlah menyewa di bahagian ruang atas di tingkat 1.

Di sini disediakan ruang acara akad nikah untuk bakal pengantin lelaki, saksi, tok kadi dan wali.

Begitu juga dengan mini pelamin yang sangat cantik dekorasinya. Pemilihan tema mengikut kesesuaian dan kehendak seperti yang diinginkan oleh pelanggan.

Terdapat juga meja santapan untuk tetamu yang hadir ke acara majlis.

Selain mini dapur, surau dan tandas disediakan di tingkat 1 ini. Turut disediakan bilik persalinan untuk rehat dan mekap kepada pelanggan (bakal pengantin).


Pelbagai Pakej Ditawarkan

Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan oleh The Grand Oasis. Daripada ruang acara, kerusi meja buffet, pelamin, dekorasi, fasiliti dan hidangan. Dengan adanya pakej seperti ini bukan sahaja memudahkan perancangan perjalanan majlis/acara yang dingin dijalankan. Bahkan pada masa yang sama The Grand Oasis turut menawarkan diskaun hebat mengikut pakej dan bilangan pax yang ditempah.

Antara pakej yang ditawarkan seperti :-
  • Pakej Diamond - Main Ballroom
  • Pakej Sappire - Main Ballroom
  • Pakej Emerald - Main Ballroom
  • Pakej Crystal - Main Ballroom
  • Pakej Akad Nikah
  • Pakej Akikah
  • Pakej Outdoor Garden
  • Pakej Rooftop

Natara hidangan dari katering yang telah saya cuba dan ke semuanya memang sedap dan menyelerakan. antaranya seperti :-

Nasi Pandan


Nasi Minyak


Ayam Kalio


Ayam Masak Merah


Daging Masak Hitam


Daging Dendeng


Pajeri Nenas


Sayur Campur




Sandwich


Mini Wrap


Kuih-muih Tradisi


Sago Melaka


Minuman Sejuk


Minuman Panas


Gerai Masakan panas


Dan ada juga ayam korea, meatball cheese, nasi butter dan pelbagai lagi.


Fasiliti Lain Yang Ditawarkan Di The Grand Oasis

Selain itu The Grand Oasis turut menawarkan pelbagai fasiliti bagi kemudahan tetamu yang hadir ke majlis pelanggan. Kemudahan ini terletak di tingkat 1 dan juga di tingkat bawah berdekatan dengan Main Ballroom.


Surau dan tandas untuk lelaki dan juga perempuan (asing)


Bilik Mesyuarat


Pentas kecil untuk band (kumpulan pemain muzik) yang dijemputkan untuk menghiburkan tetamu


Ruang untuk acara catwalk, jika ingin diadakan majlis pelancaran produk dan sebagainya.


Foto dari FB The Grand Oasis

Ruang di bahagian tepi dewan bersebelahan taman. Dengan cermin kaca memerlihatkan tempat i i begitu santai dan selesa (di bawah bumbung)


Pentas utama untuk acara pelancaran, majlis persandingan dan sebagainya.

Menarik! Pastinya setiap majlis di The Grand Oasis Seri Kembangan akan meninggalkan momen yang begitu manis. Apatah lagi dengan lokasinya yang cukup strategik dan privasi, dewan besar yang begitu indah dekorasi didalamnya, kemudahan pakir serta pelbagai fasiliti menarik yang disediakan.

Untuk pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi :-
The Grand Oasis Seri Kembangan Menawarkan Ruang Acara Lebih Esklusif, Mewah Dengan Dekorasinya Memang Astetik! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 14, 2022 Rating: 5

8 comments:

  1. Cantik betul kelengkapan di sekitar Grand Oasis ye. Mana-mana lokasi pun memang nampak grand. Yang bestnya, semua ada di satu lokasi, so senang la takyah berpindah randah bila nak buat majlis kan

    ReplyDelete
  2. Beautiful venue for an event. Sri Kembangan is nearby my home. Thank you sharing some information about this venue.

    ReplyDelete
  3. cantik tempatnya, fasiliti pun lengkap memang sesuai sangat nak dijadikan tempat untuk sebarang acara..

    ReplyDelete
  4. Perghhh... Lawa giler Grand Oasis Seri Kembangan ni. Paling suka the deck outdoor tuu. Any majlis pun lawa grand buat kat sini. Food pun nampak sedap, facilities lengkap

    ReplyDelete
  5. Absolutely a lovely & nice decorated space for event hosting, also the food varieties just so so tasty looking. Thanks for sharing about this space. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Cantik dan nampak sgt mewah ye event space ni! Nak buat wedding boleh, product launching or events pun boleh kan! Foods also nampak sgt delicious bah’ boleh consider ni if nak buat event next time!

    ReplyDelete
  7. Wah! The Grand Oasis Event Hall looked exclusive and amazingly impressive. Memang sesuai untuk dijadikan venue kalau nak buat majlis kan. Love it! Menu lauk-pauk pun kelihatan menyelerakan bethollll. Bestnya makan nasi kenduri kahwin kan. Rasa lain maciam gitu.

    ReplyDelete
  8. Best juga tempat The Grand Oasis ni. I suka sebab dia luas, decorations cantik, dan makanan pun sedap

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.