Datuk K Dedah Perubahan Anak Tiri Datuk Siti Nurhaliza


Sudah lama tidak dengar cerita tentang Datuk K. Semuanya baik sahaja, dikatakan beliau telah menyambut hari lahir baru-baru ini. Menjadi tanda tanya juga apabila beliau telah menjemput Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk makan malam bersama.


Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anak tiri Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid yang merupakan anak Datuk K sebenarnya berada dalam program mentoring bimbingan Richworks.


Datuk K ingin berjumpa dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman ketika majlis berlangsung. Malah secara tidak langsung, Datuk K telah memberi ucapan yang sangat mengejutkan. 


Video ucapan Datuk K dapat dilihat di Instagram dari Akaun Asyraf Khalid.


Anak Datuk K Dikatakan Tidak Seperti Dahulu



Dalam diam-diam rupanya Datuk K sangat terinspirasi dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana kebolehan beliau dalam melahirkan usahawan jutawan termasuk anaknya sendiri


Sebagai seorang bapa, beliau mengenali anak beliau dengan jelas sekali. Dahulunya anaknya mempunyai sikap yang sukar diubah tetapi kini anaknya telah berubah. Bukan itu saja, selepas menghadiri kelas Datuk Wira Dr Azizan Osman iaitu Mentoring Titanium, Asyraf juga terlihat lebih berjaya dalam bidang perniagaan.


Beliau dalam perniagaannya iaitu Mutyara telah berjaya mendapatkan jualan lebih dari jutaan ringgit bahkan dari segi kehidupan juga Asyraf dilihat lebih teratur dan tersusun.








Perubahan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza ini amat menggembirakan hati Datuk K. Ashraf sendiri telah menyatakan sesuatu dalam majlis tersebut amat mengejutkan bukan? 


Rupa-rupanya mudah untuk beliau berjaya setelah mempunyai big why yang sangat kuat.  Hanya dalam tiga tahun sahaja beliau telah berjaya dalam bisnes dan kehidupan. Hebat sungguh, mereka teruskan usaha tanpa henti. Makin berjaya, makin banyak perkara yang rasa perlu dibuat.



"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.”


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.”


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"


Berikut adalah kata-kata Asyraf sebagai tanda menghargai seorang bapa dan guru. Selama masih kita bernafas di muka bumi ini, selagi itulah penting kita usaha untuk beri yang terbaik buat orang tersayang.


Sokongan Dari usahawan berjaya



Dalam program bimbingan Titanium, Asyraf dikelilingi oleh rakan-rakan usahawan lain yang ingin berjaya juga. Sepertinya, mereka tidak jemu untuk membantu satu sama lain dan tidak lokek ilmu langsung. 


Nilai ini juga telah diterap oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman di dalam kelasnya Begitu juga dengan nilai-nilai yang lain yang harus dicontohi ramai.  


Selain dari nilai yang perlu dipupuk, Asyraf juga telah melihat cara mentor usahawan berjaya ini membimbing mereka semua. Beliau yakin bahawa Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan usahawan Mentor terbaik buatnya. 


Dengan berada di bawah bimbingan RichWorks, ilmu perniagaan dan perhubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah juga diambil peduli dan diajar. Kejayaan bukanlah dari hal duniawi sahaja, tetapi perlu hal ukhrawi. 



"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," - Asyraf


Sebab Usahawan Perlu Berguru Dengan Azizan Osman


<


Dalam ucapan Datuk K, beliau juga berkata bahawa Azizan Osman adalah seorang yang berkebolehan melahirkan ramai usahawan jutawan.  Sungguh kagum dan cemburu dengan Dr Azizan Osman kerana itu tidak dapat dilakukan oleh Datuk K. 


Datuk Wira Dr Azizan Osman juga sentiasa memastikan usahawan yang berjaya kembali kepada Tuhan bukan sahaja pada masa tertentu, tetapi setiap masa. Marketing dengan Allah juga paling penting sebelum ilmu dan tunjuk ajar diketengahkan.


Di samping itu, Datuk K juga menjelaskan bahawa Beliau melihat Azizan Osman membantu usahawan bersungguh-sungguh dengan menunjuk ajar perkara yang perlu diperbaiki dalam bisnes, dan menyelesaikan masalah mereka. 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan.”


  • Datuk K



Tahniah untuk anda yang merupakan usahawan RichWorks International Sdn Bhd dan yang telah dibimbing terus oleh Datuk' Wira Dr Azizan Osman.



Perkongsian Buat Usahawan Yang Baru Bermula Dan Sudah Berjaya


Teruskan bergerak menuju kejayaan. Bagi usahawan berjaya pula, jangan tinggalkan orang lain tetapi bantulah mereka. Buang segala ego dan jangan terlalu bangga. Jadilah seorang manusia yang rendah diri serta baik hati untuk membantu orang lain mencapai kejayaan.



Datuk K Dedah Perubahan Anak Tiri Datuk Siti Nurhaliza Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 25, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.