RAKYAT MALAYSIA BERBELANJA UNTUK BARANGAN KEPERLUAN SEMASA JUALAN HARI GAJI

Data Shopee Malaysia mendedahkan bahawa pengguna-pengguna Malaysia beralih ke platform e-dagang untuk mendapatkan barangan keperluan mereka secara berkala, terutamanya pelitup muka.
Kesimpulan ini terhasil apabila Shopee menganalisa trend membeli-belah pada hujung bulan untuk memahami bagaimana rakyat Malaysia membelanjakan gaji mereka dan ia menunjukkan rakyat Malaysia kini beralih ke Shopee untuk mendapatkan barangan keperluan.


Data ini yang didapati daripada tabiat perbelanjaan setiap akhir bulan dari Jun 2021 hingga Januari 2022 di seluruh platformnya, mendedahkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan gaji bulanan mereka untuk memenuhi keperluan isi rumah mereka. Ini kerana barangan keperluan seperti MILO, mi segera, biskut, sambal, bijirin, tisu tandas, lampin antara lain muncul secara konsisten dalam 20 barangan paling banyak dibeli oleh pembeli di seluruh Malaysia.

Data ini juga mendapati salah satu keperluan yang dicari oleh rakyat Malaysia adalah pelitup muka, yang merupakan produk paling popular di kalangan pembeli dari Kelantan, Pahang dan Putrajaya. Ini kerana pelitup muka pelbagai jenama merupakan 11 daripada 20 barangan yang paling banyak dibeli oleh pengguna di lokasi-lokasi tersebut.
 
Ini diikuti oleh pengguna dari Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu – pelitup muka pelbagai jenama adalah 50 peratus daripada 20 produk paling banyak dibeli oleh para pembeli ini.
Sebaliknya, pembelian pelitup muka mempunyai keutamaan lebih rendah di kalangan pengguna dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang - pelitup muka pelbagai jenama masing-masing menduduki tempat keempat dan ketiga untuk 20 produk paling banyak dibeli di kalangan pengguna ini.

Selain itu, baucar tambah nilai prabayar mudah alih dan minyak semakin popular di kalangan pengguna Shopee yang menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh e-dagang.
 
Para pembeli Malaysia juga mengambil peluang untuk mencari produk-produk lain semasa Jualan Hari Gaji Shopee. Kategori-kategori lain yang popular di platform termasuk Peralatan Rumah, Telefon Bimbit dan Aksesori, Kesihatan dan Kecantikan dan Pakaian Lelaki seperti yang dilihat dalam tabiat pembelian rakyat Malaysia. Item-item popular daripada kategori-kategori ini ialah penggoreng udara, pembersih vakum tanpa wayar, fon telinga Bluetooth, fon kepala permainan, oksimeter, produk penjagaan kulit seperti serum dan mask muka, kit membentuk kening, seluar trek dan tali pinggang kulit.

Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia mengulas, 

Ia amat menarik untuk mengetahui trend membeli-belah atas talian di kalangan pengguna Malaysia menjelang akhir bulan. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa tabiat membeli-belah hari gaji Malaysia didorong oleh keperluan lebih daripada barangan lain – yang berbeza berbanding dengan hari lain. Dengan pemahaman ini, kami dapat menganjurkan kempen yang akan menyokong penggunaan dan gaya hidup rakyat Malaysia dengan lebih baik supaya kami boleh terus menawarkan tawaran yang lebih menarik serta penjimatan yang relevan kepada pengguna tempatan kami.

Beliau menambah bahawa Shopee Feb 25 Jualan Hari Gaji tahun ini akan berlangsung hingga 25 Februari dan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM5. Para pengguna boleh temui telefon bimbit dan gajet, aksesori fesyen, barangan keperluan dan banyak lagi dengan harga RM25 semasa sesi Shocking Sale setiap hari.

Untuk menyambut peningkatan permintaan untuk tambah nilai prabayar mudah alih, kempen ini menawarkan 25% Pulangan Tunai untuk tambah nilai mudah alih, pembayaran bil serta pembayaran balik Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui ShopeePay. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Shopee Prizes menawarkan peluang kepada para pengguna untuk memenangi hingga 10 juta Syiling Shopee dan hadiah-hadiah menarik seperti Samsung Note 20, baucar Pizza Peribadi Domino’s dan banyak lagi. Main Shopee Farm, Spin & Win, Shopee Bubble, Shopee Candy, Shopee Claw, Shopee Go, Shopee Pets dan Shopee Shake untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Rakyat Malaysia juga boleh menantikan tawaran dan diskaun menarik daripada jenama - jenama seperti Dr Cardin, Enfagrow, Gabor, Pediasure, Tefal dan vivo semasa Shopee Feb 25 Jualan Hari Gaji.
Untuk maklumat lanjut mengenai Feb 25 Jualan Hari Gaji, sila layari https://shopee.com.my/m/PaydaySale.

RAKYAT MALAYSIA BERBELANJA UNTUK BARANGAN KEPERLUAN SEMASA JUALAN HARI GAJI Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 23, 2022 Rating: 5

3 comments:

  1. Very nice post.. [url=http://contentwritingservice.ae/]website content writer dubai[/url] also give you the more information.

    ReplyDelete
  2. Nice post.. Really nice.. Are you looking for logo's? Here is cheapest logo design service for you.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.