IIUM Education Division Menerima Tajaan RM150,000 dari ETIQA dan Pelancaran Program ‘Certificate In Islamic Banking And Finance For Legal Practitioners' (CIBFL)

Majlis Minum Petang bertemakan ‘ Division: Moving Forward 2022’ anjuran IIUM Education sebagai tanda penghargaan kepada Etiqa General Takaful Berhad di atas tajaan sumbangan pembiayaan Pendidikan kepada pelajar Kolej Islam Antarabangsa yang terpilih.


Tajaan sebanyak RM150,000 ini khas untuk pelajar International Islamic College (IIC) yang datangnya daripada keluarga B40. Selain itu sedikit peruntukan daripada tajaan juga akan dibawa ke projek animasi 2D yang memberi fokus kepada pendidikan islamik dan dakwah yang melibatkan pelajar tahun akhir Diploma Animasi Kreatif.


Di majlis yang sama turut diadakan pelancaran program ‘Certificate In Islamic Banking And Finance For Legal Practitioners' (CIBFL). Di mana IIUM Education Division telah bekerjasama dengan IIUM Institute of Islamic Banking and Finance (lliBF) peneraju perbankan dan kewangan islamik di Malaysia menawarkan program khas untuk peguam yang menambahkan pengetahuan dan skill dalam  bidang ini.


Tajaan Pendidikan Oleh ETIQA

Salah satu usaha dari organisasi korporat dalam membantu mereka yang memerlukan dengan memberi sejumlah sumbangan terutama dalam bidang pendidikan. Usaha yang proaktif menyokong pembangunan modal insan dengan membantu pelajar yang  terpilih mencapai cita-cita mereka di IIC.


Penyampaian tajaan yang diadakan di Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur telah dilaksanakan oleh salah seorang Ahli Lembaga ETIQA, Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor kepada Ketua Pegawai Eksekutif International Islamic College, Encik Shamsul Kahar Haron. Turut hadir menyaksikan majlis penyampaian ini ialah Timbalan Menteri Kewangan I, YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah dan Datuk Seri Dr. Nik Nodzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengerusi IIUM Holdings Sdn. Bhd.

Datuk Seri Dr. Nik Nodzrul Thani dalam ucapan terima kasihnya berkata;

Menerusi tajaan ini  dapat membantu dan memperkasakan pelajar dengan ilmu yang tepat, skill dan sumber dalam menghadapi cabaran global serta membantu IIUM Education Divisions untuk bergerak lebih ke hadapan pada tahun 2022.

Pelancaran Program Sijil Perbankan dan Kewangan Islamik Kepada Pengamal Undang-undang (CIBFL)

IIUM Education Division turut melancarkan program perdana Sijil Perbankan dan Kewangan Islamik Kepada Pengamal Undang-undang (CIBFL).  Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah. Turut sama didalam majlis pelancaran ialah Datuk Seri Dr. Nik Nodzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengerusi IIUM Holdings Sdn. Bhd, YBhg Prof. Dr. Rusni Hassan, Dekan lliBF dan YBhg Puan Ratna Sha'erah Kamaludin, Pengarah Eksekutif Association   of Islamic Banking and Financial Instituition Malaysia (AIBIM).


'By the professionals for the professionals'. CIBFL telah mendapat sokongan AIBIM untuk pelaksanaan program lliBF dengan memberi pendidikan tentang perbankan dan kewangan islamik melalui ilmu asas syariah dan Fiqh Muamalah. Dari segi pelaksanaan dan servis, apa yang diperlukan dalam merangka dokumentasi perundangan yang melibatkan perkara perbankan dan kewangan islamik.

Program CIBL ini menggabungkan proses pembelajaran sendiri dengan dibantu oleh pensyarah yang memang mahir dan mempunyai pengetahuan tinggi dalam perbankan serta kewangan islam dari lliBF dan industri. Program ini akan mengambil masa selama 60 jam iaitu lebih kurang 3 bulan.

Untuk info, terdapat 6460 firma perundangan di Malaysia Barat yang berdaftar dengan Malaysian Bar dan terdapat lebih kurang 20,000 pelaksana undang-undang. Untuk itu IIUM Education Division telah menyasarkan seramai 1500 pelajar akan mendaftar untuk Program CIBFL menggunakan Open EdEx sebuah sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang telah dibangunkan oleh Universiti Harvard.


Syabas buat IIUM Education Division kerana telah mengambil langkah proaktif dalam mendepani cabaran ekonomi semasa yang tidak menentu. Moga IIUM Education Division terus mampan sebagai institusi Pendidikan yang terulung dan cemerlang di persada dunia.
IIUM Education Division Menerima Tajaan RM150,000 dari ETIQA dan Pelancaran Program ‘Certificate In Islamic Banking And Finance For Legal Practitioners' (CIBFL) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 19, 2022 Rating: 5

6 comments:

  1. Moga bantuan ini dapat disampaikan kepada pelajar yang betul-betul memerlukannya agar mereka dapat meneruskan impian masa depan mereka kan

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada bantuan pelajaran macam ni untuk mereka yang betul2 layak.

    ReplyDelete
  3. Terbaik dgn adanya bantuan utk pelajar yg memerlukkannya

    ReplyDelete
  4. nice job, congrats to IIUM Education. wish the best for all the beneficial

    ReplyDelete
  5. Thaniah buat IIUM Education Division, moga dapat membantu ramai anak muda untuk terus maju...

    ReplyDelete
  6. Syabas buat IIUM Education Division. Satu inisiatif yang bagus untuk bantu anak2 yg kurang berkemampuan. mereka ni ramai yg pandai2, jadi harap mereka manfaatkan peluang yg ada ni 🤗

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.