Adik Beradik Berlainan Agama Menjadi Penerima Anugerah di Konvensyen Tahunan Yang Ke-17 As- Salihin Trustee Berhad

Sesuatu yang cukup membanggakan apabila Nur Elaine Aisyah binti Abdullah bersama adiknya Jocelyn Ong Siew Feng menjadi salah seorang penerima anugerah di Konvensyen Tahunan Yang Ke-17 As- Salihin Trustee Berhad. Atas usaha kegigihan dua beradik ini walaupun berlainan agama untuk mengajak lebih ramai masyarakat di luar sana untuk mendaftar sebagai penasihat hibah dan wasiat, sekaligus melayakkan mereka menerima Anugerah Perancang Harta Pusaka Islam bagi Kategori Rekruit Tertinggi untuk tahun 2021.


Pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Dr. Ashar Abdullah Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah as-Salihin Trustee Berhad  serta Tn. Hj Abdul Aziz Peru Mohamed, Pengarah dan Ahli Lembaga as-Salihin Trustee Berhad. Majlis in turut dihadiri lebih 50 tetamu undangan khas dengan masing-masing cantik menggayakan pakaian batik yang menjadi tema majlis tersebut.

Kejayaan Elaine Aisyah Top Recruiter

Kejayaan yang diperolehi kedua adik beradik ini telah disatukan dalam satu kejayaan yang sama sebagai Perancang Harta Pusaka Islam, dimana kedua mereka ini juga mempunyai lesen Certified Financial Planner (CFP) dan telah menubuhkan agensi yang dinamakan ERA ADVISORY. Agensi ini telah didaftarkan dibawah as-Salihin Trustee Berhad sebuah syarikat amanah yang telah ditubuhkan sejak 18 tahun yang lalu oleh Allahyarham Tun Mohd Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Nagara.


Penuh optimis Elaine Aisyah berasa begitu teruja dan bersyukur atas kejayaan anugerah yang dimiliki, katanya;

Alhamdulillah kami berdua adik-beradik amat teruja dan rasa syukur atas anugerah yang kami terima pada mala ini. Kami percaya bahawa anugerah ini adalah hasil usaha dan berkat doa dari semua. Misi kami adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan perancangan pusaka dan fokus kami adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang minat untuk menceburi bidangan Perancangan Kewanagn ISlam, khususnya bidang perancangan harta pusaka bagi umat Islam.

Melalui agensi ERA ADVISORY telah disediakan pelbagai latihan dan khusus bagi membimbing ahli-ahli untuk menjadi perancang harta pusaka yang berkualiti dan bertauliah. Keunikkan agensi ERA ADVISORY ini antaranya adalah penyampaian latihan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan juga Bahasa Inggeris. Ini merupakan salah satu tarikan untuk orang ramai yang ingin menuntut ilmu dalam bidang Harta Pusaka Islam dalam bahasa Inggeris ataupun Bahasa Mandarin.

Tambah Jocelyn Ong
Hukum Faraid bagi umat Islam sangat lengkap dan terperinci berbanding dengan Distribution Act 1958 bagii orang bukan Islam. Saya rasa bersyukur kerana mendapat banyak ilmu dan pengetahuan yang saya belajar selama menceburi  bidang ini. Niat saya untuk memberi kesedaran dan peluang pasaran perancangan pusaka Islam kepada rakan saya melalui bahasa yang mereka selesa untuk belajar.

ERA advisory - Top recruiter
Elaine -  Silver Club Achiver
Elaine - Destination Incentive HoChi Minh

Elaine Aisyah dan Jocelyn Ong muncul sebagai penerima “Anugerah Top Recruiter Tahun 2021” atas kejayaan mereka mencatatkan bilangan recruit tertinggi di seluruh Malaysia. Kini, ERA Advisory mempunyai lebih 100 orang perancang harta pusaka yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, latar belakang termasuklah akauntan, auditor, guru, engineer, pengurus hotel, professional kewangan, ustaz dan sebagainya yang berlokasi di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

Elaine Aisyah, Dato' Dr Ashar, ahli Lembaga as-Salihin Trustee , En Johari Lau, chairman Rockwills Trustee & the Penasihat as Salihin Trustee dan Jocelyn Ong

Dan tidak dinafikan kerjaya sebagai Perancang Kewangan khususnya dalam bidang Perancang Harta Pusaka Islam ini dapat merapatkan lagi silaturrahim kedua-dua dik beradik berlainan agama ini.


Jadi pada sesiapa yang berminat untuk menceburi kerjaya bukan sahaja akan dapat manfaatnya di dunia bahkan juga satu saham yang baik untuk bekalan akhirat bolehlah menyertai agensi ERA ADVISORY dengan menghubungi Elaine Aisyah ataupun Jocelyn Ong.

Adik Beradik Berlainan Agama Menjadi Penerima Anugerah di Konvensyen Tahunan Yang Ke-17 As- Salihin Trustee Berhad Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 20, 2022 Rating: 5

8 comments:

  1. Tahniah kepada dua adik-beradik nie. Inspirasi tau bila yang bukan Islam pun dah mendekati hibah nie. Takkan kita semua tak ambil hibah kan

    ReplyDelete
  2. Wow... what an interesting story about these two sibling. Congratulations to them on winning this award. Thank you for sharing this story, Ayu.

    ReplyDelete
  3. Setinggi tahniah untuk keduanya. Alhamdulilah, semoga usaha mereka dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ilmu faraid dan harta pusaka Islam.

    ReplyDelete
  4. Woww menarik betul. Walaupun berlainan agama tapi yang bukan beragama islam pon tahu ala itu hibah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah, bagusnyaaa.. manfaat buat semua orang.. jadi contoh terbaik dalam dunia Islam kita, walau berlainan agama kan..

    ReplyDelete
  6. Ohh wow ..so so touching to read this sharing here, thanks for sharing this inspiring story. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. this is such an interesting story, very happy for these siblings

    ReplyDelete
  8. Congrats to both sisters, their hard work and dedications are appreciated.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.