8 Fakta Menarik Tentang K-Drama All Of Us Are Dead (Netflix)

K-Drama All Of Us Are Dead kini sedang hangat diperkatakan berada di antara 10 filem/drama terbaik di Netflix (sekarang ini). Drama dibawah genre thriller ini dibarisi pelakon muda yang sedang meningkat naik di Korea. Antara pelakon utamanya seperti Chung San (Yoon Chan Young), Nam On Joo (Park Ji Hoo), Nam Ra (Jo Yi Hyun), Su Hyuk (Park Solomon) dan Gwi Nam (Yoo In Soo).


Tidak seperti drama zombie sebelum ini, konflik utama didalam  "All of Us Are Dead" adalah berpunca daripada masalah buli yang berlaku di sekolah. Mengisahkan seorang guru biologi Lee Byeong-chan yang telah mencipta virus dan dinamakan sebagai Virus Jonas (dinamakan sempena ahli falsafah Jerman Hans Jonas). Pada asalnya virus ini berfungsi untuk menjadikan sel tubuh anaknya semakin kuat. Namun eksperiman tersebut telah gagal dan akhirnya merebak ke Sekolah Tinggi Hyosan dan juga bandar tersebut. Antara 8 fakta menarik tentang K-Drama All Of Us Are Dead :-

1. All of Us Are Dead adalah adaptasi webtoon yang cukup popular di Korea Selatan, Now at Our School.

2.Lokasi pengambaraan set sekolah yang dibina setinggi 4 tingkat


3. Pengambaraan di kantin antara yang terpanjang (tanpa cut scene). Sebanyak 200 pelakon terlibat dalam babak di sini

4. Jika didalam siri Gwi Nam (watak antigonis yang dibawakan oleh Yoo In Soo) begitu bencikan Chung San (lakonan Yoon Chan Young) tetapi sebenarnya di luar filem mereka adalah kawan rapat. Berkongsi minat yang sama dan memang satu kepala.


5. Biarpun ianya berkisarkan tentang zombie, namun sebanrnya banyak isi tersirat yang cuba disampaikan. Contohnya seperti erti persahabatan, pengorbanan dan keberanian. Seperti drama korea yang lain unsur cinta turut diselitkan bagi menambah rasa dalam naskhah All Of Us Are Dead.


6. Semua pelakon didalam drama ini dapat menjayakan watak mereka dengan cemerlang. Tidak hanya bergantung kepada lakonan hebat dari 5 pelakon utama mereka. Biarpun dalam senarai pelakon dinyatakan 5 watak utama tapi bagi saya sendiri setiap seorang yang terlibat berjaya membawa watak mereka dengan baik.



7. Untuk musim pertama hanya terdapat 12 episod dan untuk satu episod berdurasi diantara 53 hingga 72 minit sahaja. Kiranya jumlah jam untuk musim ini adalah lebih kurang 12 jam sahaja.


8. Setiap pelakon mendapat bantuan serta tunjuk ajar dari kareografer yang dilantik bagi menghidupkan watak zombie. Beberapa siri latihan telah dilakukan sebelum pengambaraan dimulakan. Apa yang pasti semua pelakon adalah komited dengan latihan yang diberikan.

Antara K-Drama terbaik untuk tahun ini, namun belum dipastikan samada akan diadakan kesinambungan untuk musim ke-2. Ini kerana di episod akhir, jalan cerita agak tergantung apabila Nam-Ra memberitahu kemunculan spesis sepertinya iaitu separuh manusia dan separuh zombie. 

Jangan lupa untuk tonton K-drama All of Us Are Dead di Netflix.

8 Fakta Menarik Tentang K-Drama All Of Us Are Dead (Netflix) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 02, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. TAWARAN PINJAMAN SEGERA DALAM 1 JAM PEMINDAHAN PERBANKAN DALAM TALIAN TERMOHON DENGAN KAMI

    Adakah anda memerlukan Pinjaman?
    Adakah anda sedang mencari Kewangan?
    Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
    Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
    Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
    Orang yang berminat sila hubungi kami di
    Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
    balas e-mel di bawah ini sahaja.
    Whats-app +918256953815
    mrwilliam751@gmail.com
    Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.

    1) Nama Penuh:………
    2) Jantina: ………
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:………
    4) Tempoh Pinjaman:………
    5) Negara:………
    6) Alamat Rumah:………
    7) Nombor Telefon Bimbit:………
    8)Pendapatan Bulanan: ………………………
    9) Pekerjaan:………………………………
    )Tapak manakah yang anda lakukan di sini tentang kami…………………

    Terima kasih dan salam mesra.
    mrwilliam751@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.