The Audition 2021 Mengangkat Muhammad Shauqi Danial Sebagai Juara!

The Audition 2021 Mengangkat Muhammad Shauqi Danial Sebagai Juara!- Berlabuhnya tirai pencarian bakat baru untuk pertandingan The Audition 2021 pada hari Ahad 19 Disember 2021. Acara akhir berlangsung  di Atrium, The Strand Mall, Kota Damansara  dengan 27 peserta yang berjaya sehingga ke peringkat ini.



Pencarian Bakat Baru The Audition 2021
 The Auditon 2021 merupakan pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG). Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak komedi.  Apa yang menarik uji bakat The Audition adalah 100 peratus daripada pihak juri. Para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja. 

Fasa Pertama : Peserta perlu memuat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing berserta hashtag wajib. 

Fasa kedua : Peserta akan dipanggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan. 

Bermula Oktober lalu, ujibakat secara langsung telah diadakan di Kuala Lumpur diikuti Kuantan (Pahang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah), Kuala Terengganu dan berakhir di Pulau Pinang. 

Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua berkata, sepanjang tempoh ujibakat itu ternyata Malaysia mempunyai ramai bakat baru dan mereka bersemangat tinggi untuk menceburi industri hiburan negara. 

Senarai Pemenang The Audition 2021

JUARA/TEMPAT PERTAMA - Muhammad Shauqi Danial Ma’Amal Hajri

Muhammad Shauqi Danial juga tidak menyangka beliay boleh menjadi juara untuk penyertaan beliau didalam The Audition 2021,

Saya tak sangka menang kerana saya rasa persiapan hari ini 60 peratus saja. Alhamdulillah, rezeki saya dan sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Saya memilih lagu nyanyian asal, Hafiz Suip berjudul Ku Akui dan masa agak suntuk untuk saya menggubah semula lagu itu tetapi saya nekad mempersembahkan yang terbaik pada peringkat akhir ini.

Sebelum ini saya hanya pernah masuk pertandingan karaoke dan Battle of the Band. Untuk perancangan selepas ini, saya akan ikut apa yang diaturkan AEG dan kemenangan ini diharap dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi penyanyi terkenal.
 
Pemenang Tempat Pertama The Audition 2021 akan menerima kontrak bernilai RM50,000 termasuk latihan dan pembangunan. Selain itu, penyanyi akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik. Manakala buat pelakon pula, pemenang akan mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Michael Ang dalam drama terbaru beliau

TEMPAT KEDUA - Kedua - Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri

TEMPAT KETIGA - Wann Nashrinie Bin Zafri


Persembahan Terbaik



Juri The Audition 2021
Juri pertandingan akhir The Audition 2021 adalah Michael Ang, Datuk KK Chua, Cikgu Sarah Ismail, dan Amira Othman.

Selaku rakan strategik dan juga juri untuk program The Audition 2021, Michael Ang ternyata berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh ke semua peserta.

Saya terkejut apabila ada peserta daripada awal ujibakat sehingga ke final menunjukkan peningkatan ketara. Ini kerana mereka mendengar pendapat kami selaku juri ketika mereka beraksi pada ujibakat. Ramai yang menyanyikan lagu Anuar Zain tetapi mereka mengalunkannya mengikut lenggok mereka sendiri.

Persembahan nyanyian dan lakonan mereka sangat bagus. Ada dua peserta yang saya lihat kualiti persembahan mereka banyak ‘improvement’ sehingga mereka layak terpilih untuk peringkat akhir The Audition 2021 dan tidak mustahil jika mereka terus berusaha dan bekerja keras, mereka bakal mencabar pelakon yang ada sekarang.

Industri memang perlukan ramai bakat baru dalam bidang lakonan tetapi di Malaysia, orang suka yang tengok pelakon yang ‘elok-elok’ walaupun tidak berbakat. Hendak cari pakej lengkap yang cantik dan tampan serta berbakat, memang susah. Penonton ‘tengok’ ikut mata bukan ikut otak.
Kalau ada rupa tetapi tak berbakat, hantarlah ke kelas lakonan Fauziah Nawi atau Ogy Ahmad Daud pun, mereka tak akan mengajar. Mereka yang cantik ini, ‘self- concious’. Apabila berlakon mahu nampak cantik saja.

Pada pertandingan ini, sebenarnya ramai yang layak menang tetapi tempat untuk yang terbaik ada tiga saja. Jadi selepas berbincang dengan Datuk KK Chua, kemungkinan kami akan menyerapkan mereka yang berbakat ini untuk berada di bawah pengurusan AEG.

Datuk KK Chua selaku Ketua Pegawai Eksekutif AEG turut tidak menafikan kehebatan peserta The Audition 2021 kali ini;

Mereka semua bercita-cita tinggi, ada misi dan visi untuk menjadi anak seni yang dikagumi ramai. Bagaimanapun mereka masih memerlukan panduan dan bimbingan untuk mengorak langkah yang lebih jauh dalam dunia seni. Untuk menempatkan diri dalam industri tidaklah terlalu sukar namun cabaran yang mereka perlu hadapi adalah persaingan dan menempatkan diri dalam industri untuk jangka masa lama.

Mereka perlu bersedia untuk menghadapi segala rintangan dan tekanan. Oleh itu, AEG bukan saja menyediakan platform untuk mereka mengejar cita-cita menjadi penyanyi atau pelakon yang berjaya tetapi juga akan membimbing mereka untuk berhadapan dengan cabaran sebenar.


AEG pastinya akan menjadi platform untuk merealisasikan impian mereka yang mempunyai cita-cita untuk menjadi anak seni yang berjaya asalkan mereka sanggup berusaha. Bahkan untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik. 

Menggunakan tagline ‘Good Talent and Great Character’, dalam pencarian ‘bakal bintang’ ini, AEG bukan saja mencari peserta yang berbakat tetapi juga mempunyai karektor yang bagus.

Mereka mesti sentiasa positif, sanggup bekerja keras dan mempunyai disiplin yang tinggi.
Mereka mesti ‘memandang’ bidang seni adalah satu kerjaya bukan untuk suka-suka.

Syabas untuk semua peserta peringkat akhir dan juga yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Moga anda terus berjaya dan mewarnai dunia seni industri Malaysia. 
The Audition 2021 Mengangkat Muhammad Shauqi Danial Sebagai Juara! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 23, 2021 Rating: 5

5 comments:

  1. bukan bidang seni aje, apa jua bidang, kena buat bersungguh sungguh.. barulah ada kejayaan

    ReplyDelete
  2. Suka tagline tu Good Talent, Great Character. Satu pakej dah tu. Tahniah buat pemenang. Moga berjaya nanti dalam bidang seni. Banyak onak dan duri kena tempuh tu...

    ReplyDelete
  3. Ada terbaca pasal program ni. Rupa-rupanya dah ada pemenang ya. Rasa Cikgu Sarah Ismail sekarang popular kat YouTube buat reaction untuk gegear vaganza. Apapun tahniah buat pemenang.

    ReplyDelete
  4. Tak tahu pun tentang The Audition ni kalau tak boleh masuk join hehehe kit buat lawak lah wakakakaka...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.