DUKUN DIVA, Drama Komedi dan Aksi Yang Cukup Menghiburkan

DUKUN DIVA, boleh bayangkan tak seorang dukun letops mendiva, hahahah. Drama terbaru Astro Originals DUKUN DIVA, sebuah drama tempatan pertama yang mengangkat kisah 'female con artist' dan 'anti-heroes'. Jalan cerita menarik, lain daripada lain walaupun ianya adalah kisah masyarakat tempatan yang 'rare' dan pernah/mungkin berlaku.

Drama rantaian DUKUN DIVA dibarisi oleh pelakon lama dan baru yang cukup dikenali dikalangan masyarakat Malaysia. Apa yang penting setiap karektor agak istimewa serta mempunyai identiti ikonik yang cukup unik. Che Yah dengan kebaya dan dokoh, Lola dengan rantai lejer choker, Dato' DD Kipas tangan dan produk kecantikannya dan pelbagai lagi.


Lebih menarik lagi drama DUKUN DIVA ini merupakan arahan pertama pengarah muda yang cukup berbakat iaitu Ariff Zulkarnain. Manakala penulis skrip  merupakan Alfie Palermo yang memang terkenal antara pengarah kreatif dan penulis skrip drama hebat seperti Writer, The Medium. J2: J Retribusi. (2021), Projek: Anchor SPM. (TV Series 2021), Black dan banyak lagi.


Sinopsis: DUKUN DIVA

Mengisahkan Che Yah (Nadia Aqilah) pelakon sendu dan artis tidak menjadi tahun 90an menghadapi pelbagai kesukaran dalam hidup seperti dikejar ahlong dan pelbagai lagi. Keadaan semakin rumit apabila beliau harus mengambil alih untuk menjaga anak saudaranya Lola (Eyka Farhana).

Dengan bantuan Lola, Che Yah telah menyamar menjadi seorang dukun dan mula mendapat kepercayaan Dato'DD (Emelda Rosemelia) untuk melakukan pelbagai tugasan. Termasuklah menyelamatkan rumahtangganya bersama Dato' Zul (Tony Eusoff).

Lontoran dialog dan lakonan memang bersahaja. Serius! Kelakar giler. Puas hati menontonnya. Setiap episod ada isu dan ragam yang memang menghiburkan. Drama ini mempunyai 8 episod dan 1 episod istimewa yang akan bermula tayangannya di Astro Citra pada 6 Disember (Isnin), 9 malam (menggantikan drama I-Tanggang).

Antara pelakon lain didalam drama DUKUN DIVA seperti Kahoe Hon sebagai Daniel, Adlin Aman Ramlie,  Siti Khadijah Halim, Douglas Lim, Juliana Evans, Aloy Paradoks, Emma Tosh, Taqim Zaki, Anas Ridzuan, Kodi Rasheed, Mat London dan ramai lagi

Kesimpulannya DUKUN DIVA adalah drama yang berbaloi ditonton, mengangkat kisah masyarakat Malaysia dan pada masa yang sama memang banyak pengajarannya. Elemen drama, komedi, suspen, aksi dan penyiasatan dirangkum menjadi satu naskhah yang tidak mengecewakan.

Jangan lupa tonton korang!
DUKUN DIVA di Astro Citra :-)
DUKUN DIVA, Drama Komedi dan Aksi Yang Cukup Menghiburkan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 01, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. Huhuhu..... hari tu Astro Go ada iklankan movie ini. Tapi I blum sempat tengok lagi. Insya-Allah will check it out soon. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  2. Nampak dah dia nyer iklan aritu, nie yang buat Rawlins teringin nak layan gak kelak. Mesti ada lawak2 kan?

    ReplyDelete
  3. Ini movie nampak lawak sangat...

    Makes me want to watch it now.

    ReplyDelete
  4. nampak menarik drama ni. tengok sinopsis pun mcm cerita yang segar, idea baru. bolehlah nnti saya tonton & review di blog :)

    ReplyDelete
  5. Wah ... Barisan pelakon best best nih.
    Sure meletop kot drama ni nanti. Baca Jalan cerita pun cam best je. Suka drama santai gini, relax minda

    ReplyDelete
  6. Seronok juga tonton drama macam ni. Tak rasa berat kepala nak banyak fikir hehe. Boleh tonton bersama keluarga.

    ReplyDelete
  7. Menarik jalan ceritanya , tajuk pun dah tahu mesti ada unsur komedi. Best bestt nanti nak tumpang tengok kat rumah jiran yang ada Astro.

    ReplyDelete
  8. Hala hala mesti kelakar kan dah tajuk pun kelakar unsur komedi pulak. Seram tapi ketawa mesti xkering gusi kalau tonton

    ReplyDelete
  9. Can't wait to watch Dukun Diva, their preview really caught my attention I think I'll love it!

    ReplyDelete
  10. Haaa.. best kalau tgk drama lawak2 ni jd xboring tp pelakon2 dia npk mcm ramai pelakon baru nti blhlah tgk xsbr nak tgk ni.

    ReplyDelete
  11. bestnya cast dia. cannot wait to add this show to my watch list this weekend!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.