Review Movie Di Netflix : Kurup (Filem Tamil)

Filem tamil ini mula ditayangkan di Nteflix pada 12 November 2021 . Kisahnya agak berat dan banyak plot twist yang kita tidak jangka tentang seorang lelaki bernama Sudhakara Kurup.  Menonton filem ini juga mengingatkan saya filem lama arahan Steven Spielberg's Catch me if you can yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio melakonkan watak seorang scamner yang diburu FBI (Tom Hanks) dan filem ini juga adalah berkisarkan kisah jenayah sebenar yang pernah berlaku.

Seperti Kurup juga seorang penipu yang pada awalnya kita akan rasakan beliau adalah pemuda naif yang biasa.  Kalau tonton filem ini, kita akan dimulakan dengan adengan flashback  tahun 60an, 70an, 80an, walaupun pada asalnya adalah mengenai majlis persaraan pegawai di pejabat polis Kerala dan membawa kepada penemuan Charlie (pegawai polis baru) pada sebuah diari yang menceritakan tentang Kurup.

Kurup seorang lelaki yang ceria mula mencari perhatian dengan perangai gila-gilanya di sekolah penerbangan. Mempunyai seorang rakan baik dan cinta hati yang akhirnya dijadikan isteri. Pada awalnya cerita biasa tentang anak muda yang gila-gila bercinta. Sehinggalah pada adengan yang serius di mana Kurup bersama rakan sekongkol mencari mayat untuk misi claim insurans nyawa miliknya. Disebabkan kawan-kawan Kurup ni pun gilakan duit, ddiaorang cubalah bantu dan akhirnya mereka terperangkap snediri.

Di mana Kurup sebenarnya mempunyai perancangan yang lebih besar dari itu.

Perancangan Kurup sebenarnya dapat dibaca oleh penyiasat handal dan hampir menangkapnya tapi malang Kurup lagi bijak dengan pebagai helah dan strateginya melepaskan diri.

Oh ya! Kurup merupakan kisah sebenar yang pernah terjadi di India. Lelaki yang menipu kematiannya menggunakan mayar orang lain bagi membuat tuntutan insurans. Lelaki yang mempunyai banyak helah dan hidup sebagai pesalah pelarian dengan menggunakan begitu banyak nama dan penampilan yang berlainan.

Filem ini diarahkan oleh Srinath Rajendran dan dibarisi oleh Dulquer Salman, Indrajith Sukumaran, Sobhita Dhulipala dan Shine Tom Chacko . Lagu didalam filem ini adalah hasil daripada komposer Sushin Shyam.

Jalan cerita best! Cuma agak berat dan panjang. 

Review Movie Di Netflix : Kurup (Filem Tamil) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 23, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.