SnowPlus Jenama Vape Yang Bebas Nikotin dan Praktikal Di Bawa Ke Mana Sahaja

Jika dulu pengguna vape begitu skeptikal untuk menggunakannya terutama jika berada di tempat awam. Risau akan keadaan asap yang akan menganggu orang disekelilingnya. Tetapi tidak dengan SnowPlus. Ini kerana produk vape SnowPlus mempunyai ciri bebas asap. Sekaligus membolehkan pengguna SnowPlus menggunakan vape ini di mana sahaja mereka berada.


Suami saya juga antara pengguna SnowPlus. Untuk pengetahuan semua, suami saya memang seorang perokok yang sangat tegar sebelum ini. Jadi untuk mengatasi masalah ketagihan rokok beliau telah mengambil inisiatif mencuba produk vape SnowPlus. Apatah lagi SnowPlus merupakan jus vape pertama seumpamanya di Malaysia yang  bebas nikotin.

Jenis SnowPlus Yang Ada Di Pasaran
Peranti vape SnowPlus mempunyai dua jenis pilihan iaitu Pro dan Lite dengan harga antara RM85 hingga RM120 seunit. Dilengkapi dengan ciri keselamatan yang tinggi dengan teknologi pengecasan pantas dalam masa 18 minit sahaja.

Sangat ringan, bersaiz poket dan mempunyai jangka harian hayat yang agak lama tanpa perlu pengguna membawa alat pengecas ke mana sahaja. Ini kerana SnowPlus mempunyai ciri kuasa bateri yang effisyen tahan untuk seharian. Peranti vape ini juga boleh membakar dengan stabil meskipun dalam keadaan bateri lemah,

Terdapat enam warna pilihan dengan ciri premium termasuk teknologi pengaliran udara aeroflow dan teknologi ceramic atomization iaitu panel sentuhan seramik berbentuk sarang lebah pada peranti.


SnowPlus turut memperkenalkan peranti pakai buang dikenali SnowPlus Go dengan harga RM19 dan boleh didapati secara eksklusif di kedai MyNews.com. Istimewa untuk edisi pakai buang, pod SnowPlus Go boleh digunakan mencapai sehingga 350 sedutan. 


Pod perisa vape ini juga dilengkapi dengan teknologi anti bocor yang menghalang ia meleleh keluar. Oh ya! SnowPlus juga mempunyai tiga edisi perisa perisa vape iaitu classic, zero nicotine dan smokeless. 


Semua perisa vape yang ditawarkan sangat menarik dan paling penting ianya bersesuaian dengan citarasa penduduk di Malaysia. Contohnya seperti perisa mangga, laici, vanilla dan pelbagai lagi. Jadi kita boleh pilih mengikut kegemaran dan pilihan hati. 


Pasaran SnowPlus Bukan Hanya di Malaysia Sahaja
Jenama vape SnowPlus bukan sahaja dikenali di Malaysia bahkan ianya juga menjadi pilihan pengguna vape di Kanada, China, United States, Dubai, United Kingdom, Korea dan Rusia. Memandangkan ianya ada permintaan, tidak hairanlah SnowPlus turut membuka peluang perniagaan bagi menjana pendapatan kepada ejen mereka terutama dalam situasi untuk kembali memulihkan ekonomi masing-masing di era pandemik Covid-19.

Sehingga kini lebih kurang 6,000 ejen sudah berdaftar dan memperolehi pendapatan bersih antara RM2,000 hingga RM3,800 sebulan. Siapa sangka majoriti daripada ejen yang mendaftar terdiri daripada mereka yang diberhentikan kerja serta hilang mata pencarian sejak Covid melanda negara.

Vape SnowPlus sering mendapat permintaan bukan sahaja ianya sangat praktikal bahkan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

SnowPlus Dapat Membantu Mengatasi Ketagihan Merokok
Saya percaya ramai perokok pasti inigin memulakan tahun baharu dengan azam berhenti merokok. Dan  ini bukanlah sesuatu yang mudah namun pasti ada caranya. Sepertimana yang dikatakan oleh Profesor Emeritus Perubatan Pernafasan, University of Nottingham, UK, Prof John Britton,
Penilaian menyeluruh semua data mengenai keberkesanan rokok elektronik dalam usaha membantu orang ramai berhenti merokok nyata mengesahkan bahawa rokok elektronik (vape) menyediakan cara yang berkesan kepada perokok untuk berhenti merokok, malah lebih berkesan daripada sesetengah ubat berhenti merokok yang berlesen.
Jadi ayuh untuk perokok di luar sana, gunalah SnowPlus untuk atasi masalah ketagihan rokok anda dan pada masa yang sama dapat jauhi penggunaan nikotin yang boleh memberi kesan kepada kesihatan badan.


Jadi korang kalau nak dapatkan vape SnowPlus, boleh hubungi ejen SnowPlus yang dilantik ataupun dapatkan di Kedai MyNews yang berdekatan.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:
Instagram @snowplus.malaysia.

SnowPlus Jenama Vape Yang Bebas Nikotin dan Praktikal Di Bawa Ke Mana Sahaja Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 27, 2021 Rating: 5

3 comments:

  1. Vape siap ada perisa lagi haa....tapi kalau I tak suka duduk berdekatan dengan orang vape ni sebab asap dia banyak. Katanya salah satu nak kurangkan merokok ya?. Nasib hubby I tak merokok. Dua2 adik ipar pun tak merokok...

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing this alternative for the smokers to have a less harmful option.

    ReplyDelete
  3. This is very appealing, however , it is very important that will mouse click on the connection: airo pro

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.