Kempen New Normal, Same Cancer | Galakan Membuat Pengesanan Awal Penyakit Kanser

Kempen New Normal, Same Cancer | Galakan Membuat Pengesanan Awal Penyakit Kanser- Kanser merupakan punca kematian kedua utama tertinggi di dunia dan di Malaysia. Namun disebabkan pandemik, ramai pesakit kanser tidak dapat membuat pengesanan awal apatah lagi untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

 
Stigma takut untuk ke hospital disebabkan oleh penularan Covid menyebabkan diagnosis kanser mengalami penurunan secara drastik iaitu 74% (sumber rujukan : Covid-19 Impact on Cancer Care oleh IQVIA). Keadaan ini menyebabkan ramai dikalangan pesakit lambat pada peringkat pengesanan awal, pemeriksaan serta mendapatkan rawatan susulan.

Melihat pada situasi ini (penurunan kadar diagnosis dan saringan pesakit), tiga organisasi iaitu Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) dengan kerjasama AstraZeneca telah melancarkan kempen New Normal, Same Cancer.


Kempen New Normal, Same Cancer
Kempen ini dilancarkan bersempena dengan bulan kesedaran kanser payudara, paru-paru dan prostat. Lebih bermakna lagi kempen New Normal, Same Cancer ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali. Turut bersama merasmikan Dato' Dr Saunthari Somasundaram (Presiden NCSM), Dr. Murallittharan Munisamy (Pengarah Urusan NCSM), Dr, Anand Sachithanandan (Pengasas Bersama dan Presiden LCNM) dan Dr. Sanjeev Panchal (Presiden Negara AstraZaneca Malaysia).

Kempen ini antara lain bertujuan untuk mencapai 3 matlamat iaitu:-
  • Meningkatkan kesedaran kanser dikalangan orang ramai.
  • Menekankan kepentingan pengesanan awal.
  • Menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan.

Jom Jalani Pemeriksaan Bagi Pencegahan Awal
Dr Anand turut kongsikan bagaimana kempen New Normal, Same Cancer sangat membantu mereka yang hendak menjalani pemeriksaan dengan mudah tanpa banyak masalah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah,

Langkah 1 : Layari laman web https://www.newnormalsamecancer.org/
Langkah 2 : Pilih lokasi / Pilih hospital didalam senarai yang menjadi pilihan
Langkah 3 : Muat turun voucher diskaun

Sehingga kini terdapat 18 hospital menyertai kempen ini. Dan dari masa ke semasa akan ada pertambahan bilangan hospital mengikut negeri.

Menurut Dr. Anand melalui kempen ini mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang ada menghidapi kanser, perokok dan juga sesiapa sahaja boleh datang ke hospital yang terpilih untuk melakukan Low Dose CT Screening untuk paru (lungs). Untuk pengetahuan semua Low Dose CT Screening tidak memerlukan kita untuk berpuasa sebelum menjalani proses screening ini apatah lagi penggunaan branula dan sebagainya. Begitu juga dengan wanita mereka juga boleh membuat pemeriksaan momogram.


Mencegah Adalah Lebih Baik Daripada Merawat
Tertarik dengan ucap kata oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali. Dimana beliau ada menekankan tentang bagaimana seseorang itu dapat mencegah lebih awal sebelum perlu melalui proses rawatan peringkat kronik. Tambah beliau gaya hidup tidak sihat merupakan antara faktor penyumbang utama kepada masalah pelbagai penyakit selain daripada faktor umur.

Dalam kajian yang pernah dijalankan mendapati, 1 daripada 4 masyarakat Malaysia tidak menjalani gaya hidup aktif - tidak mecapai 10,000 langkah setiap hari. Manakala 95% tidak konsisten menikmati hidangan sayuran dan buahan dalam diet harian mereka. 30% daripada masyarakat Malaysia menghisap rokok. Begitu juga dengan wanita yang berumur 40 tahun ke atas didapati 3 daripada 4 masyarakat Malayisa tidak pernah menjalani pemeriksaan momogram dan pelbagai lagi.

Yang Berhormat turut melahirkan rasa syukur dengan adanya kempen ini dan sama-sama menyokong bagi membantu meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat Malaysia tentang kepentingan pengesanan awal penyakit sebelum rawatan susulan.


Perkongsian dan Diskusi Yang Bermanfaat

Turut diadakan sesi perkongsian daripada Puan Selvarani A/P Krisnan merupakan kanser survivor tentang pengalamannya menerima rawatan awalan. Menurut beliau pada awalnya beliau dalam usaha merancang untuk menambah anak. Dalam persediaan bertemu dengan gynae beliau sendiri telah membuat pemeriksaan kendiri memandangkan beliau kerap mengalami rasa sakit kepala. 

Disinilah bermula beliau rasa sesuatu yang pelik dan bertemu dengan doktor. Apabila disahkan beliau mempunyai penyakit kanser. Atas dorongan daripada suami tercinta serta semangat beliau sendiri untuk melawan penyakit ini dan rawatan terus dimulakan. Seperti mendapat semangat baru Puan Selvarani merasakan hidupnya lebih bermakna dan mahu melakukan perkara yang banyak memberi manfaat.  Dan disebabkan pengesanan awal, rawatan dapat dimulakan segera.

Begitu juga dengan perkongsian daripada ahli panel yang lain seperti Dato' Dr Saunthari Somasundaram  Dr. Murallittharan Munisamy, Dr, Anand Sachithanandan dan Dr. Sanjeev Panchal yang banyak membincangkan tentang harapan dan manfaatnya melalui pelancaran kempen New Normal, Same Cancer.


Buat pengesanan awal. Bertindak sekarang. Jika anda tidak sihat dan perlu rawatan kita boleh mula dari peringkat awalan. Jangan tunggu sehingga kemudaratan.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen New Normal, Same Cancer dan dapatkan voucher saringan, boleh layari https://www.newnormalsamecancer.org

Kempen New Normal, Same Cancer | Galakan Membuat Pengesanan Awal Penyakit Kanser Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 17, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. Subjek kanser nie sangat dekat kat hati sanubari Rawlins sebab kawan baik sekarang sedang menjalani rawatan kemo. Walaupun mengamalkan gaya hidup sihat, sudah ketentuan beliau disahkan kanser limfoma tahap 4.

    ReplyDelete
  2. Kanser hanya boleh kesan dengan buat pemeriksaan awal sahaja kalau tidak kita hidup normal sampai tahap dah teruk baru nampak kesannya.. semua orang kena buat ni...

    ReplyDelete
  3. This is a very good event in creating awareness towards cancer, thanks for sharing this & bravo to the organisers for this informative sessions
    Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Good awareness campaign kan! We need this kind of events more often to remind others! Good initiative

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.