Mentega Kacang Carver's | Jenama Halal Dengan 100% Bahan Semulajadi

Saya memang peminat mentega kacang. Suka dijadikan sebagai sapuan di roti ataupun sebagai bahan penambah dalam snek hidangan dan juga dalam minuman. Namun di pasaran hari ini agar sukar kita mendapatkan yang benar-benar dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi. Jadi apabila diperkenalkan oleh rakan dengan jenama Carver's (Homemade Nut Spread) memang terus teruja untuk saya mencubanya sendiri.

Terdapat 6 jenis mentega kacang yang ditawarkan dibawah jenama Carver's. Semuanya sedap tau! Antaranya seperti :-
  • Mentega Badam
  • Mentega Kacang Kasar
  • Mentega Badam & Chia Seeds Organik
  • Mentega Kacang Halus
  • Mentega Gajus
  • Mentega Badam Kasar

Apa yang menarik semua mentega kacang Carver's memang tanpa bahan tambahan ataupun gula. Disebabkan ianya dihasilkan daripada 100% bahan-bahan semulajadi tanpa pengawet jadi selepas dibuka perlu disimpan di tempat sesuai dan disarankan perlu menikmati dalam tempoh 3 bulan (dari tarikh penutup dibuka).

Dengan tanpa perisa tiruan, memang kita akan rasa kacang asli yang memang 'kick'. Bagus untuk kesihatan badan kerana bahannya memang tiada kolestrol dan sangat sesuai pada mereka yang mengambil berat tentang pengambilan kalori setiap hari.

Kita boleh pilih samada mentega kacang halus. Fuhh!! Memang sangar creamy ya!

Ataupun bersama mentega kacar kasar. Saya memang suka juga yang kasar, kerana kita dapat mengigit setiap butiran kacang didalamnya. Memang memberi kepuasan :-)

Disebabkan tiada minyak terhidgrogenasi. Kita akan nampak minyak di bahagian atas ketika pertama kali dibuka penutupnya. Keadaan ini adalah normal memandangkan tidak ada pengemulsi digunakan semasa penghasilan mentega kacang. Apa yang perlu anda lakukan, kaca rata sebelum menikmatinya.

Di setiap botol mentega kacang ada diletakkan manfaat nutrisi yang diberikan. Ternyata memang banyak! Oh ya, mentega kacang Carver's juga sesuai untuk mereka yang vegan.


Dua Resepi Mudah Yang Boleh Dicuba

Disini saya kongsikan dua resepi yang cukup menarik dan boleh anda boleh cuba sendiri di rumah. Apa yang penting hanya tambahkan mentega kacang Carver's dalam hidangan yang disediakan.


Cheesecake Milkshake with Carver's Cashew Butter.

Bahan: (resepi ini untuk satu gelas besar)
2 susu besar cream cheese
1 cawan susu segar
2 scoop ice cream vanilla
2 sudu kecil Carver's Cashew Butter
Sedikit ais (air batu)

Kaedah:
Kisarkan bersama cream cheese, susu segar, ice cream dan ais.
Tambahkan Cashew Butter. Kacau rata.
*Saya tak suka manis jadi saya tiada tambahkan dengan sebarang manisan. Tapi jika anda mahukan sedikit rasa manis boleh tambahkan dengan 1 sudu pekat ataupun madu.

Waffle With Carver's Chunky Almond Butter

Bahan:
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 biji telur
3 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/2 paket mauripan ( yis segera)
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan minyak masak
2 sudu makan susu tepung
Esen vanilla
2 cawan air
Carver's Chunky Almond Butter
Ais krim vanilla

Kaedah:
Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, gula, mauripan, susu tepung dan baking powder. Gaul hingga sebati.
Kemudian masukkan minyak, esen vanilla dan air. Kisar atau adun hingga sebati. Lagi mudah jika adun guna blender.
Setelah siap mengadun, pastikan adunan betul-betul sebati dan tidak berketul. ( TIP RASA: kalau berketul boleh tapis)
Panaskan pembuat waffle dan oles sedikit minyak dipermukaannya.
Tuang 1 senduk atau penuhkan permukaan acuan waffle. Tutup penutup dan biarkan masak.
Setelah siap masak, boleh sapukan dengan Carver's Chunky Almond Butter dan letakkan ais krim vanilla. Memang sedap!

Saya dah cuba memang puas hati. Paling penting kita boleh jadi kreatif dalam menghasilkan pelbagai hidangan menarik menggunakan mentega kacang sihat - Carver's! Pembelian yang berbaloi untuk harga sebuah kesihatan menerusi manfaat nutrisi yang diberikan.

Anak-anak saya termasuklah dak Ameer suka meratah mentega kacang Carver's macam itu sahaja. Snek sihat dan mengenyangkan.

Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari;
Mentega Kacang Carver's | Jenama Halal Dengan 100% Bahan Semulajadi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 03, 2021 Rating: 5

6 comments:

  1. Baru tau boleh letak dalam ninuman. Bagus jenama ni sebab 100% organik kan.

    ReplyDelete
  2. 100% bahan semulajadi eh? mesti sedap giler mentega kacang ni. nyummmmm

    ReplyDelete
  3. tengok carvers peanut ni pon dah nampk sedapnya..ni belom cuba resepi yang ayu share..especially letak dlm minuman...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya dah lama tak beli mentega kacang. Suka makan dengan apple as snack. Nak try brand ni la next

    ReplyDelete
  5. omg so excited nk cuba sbb dia 100% natural. so healthy!

    ReplyDelete
  6. Uii nampak sedaplah, Sis suka tekstur dia yang macam lembik gitu, tak suka jenis pekat... nak cubalah..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.