Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama Giant

Giant, salah satu peruncit peneraju nilai di Malaysia yang dikendalikan oleh GCH Retail Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi kempen harga yang akan menyaksikan Giant menurunkan harga pada ratusan barangan keperluan harian termasuklah barangan segar dan runcit yang terpilih. Kempen ini akan bermula sekarang di semua kedai Giant dan Giant Mini untuk enam bulan akan datang bagi
membantu rakyat Malaysia membuat perbezaan ketara dengan dompet mereka. Harga Lagi Rendah Lagi Lama! 

Bersempena dengan pelancaran Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama Giant, satu majlis pelancaran diadakan di Giant Kota Damansara yang turut bersiaran secara LIVE di facebook. Lebih meriah majlis ini telah dikendalikan dua pengacara versatil Hafiz dan Sharifah Aleya.  Penonton di rumah turut berpeluang memenangi hadiah sempena dengan pelancaran kempen dengan menjawab soalan yang dikemukan ketika FB Live.


Giant telah lama sinonim dengan nilai – dan kini ia mengukuhkan lagi kedudukan ini dengan pelancaran kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama, dengan pelaburan sehingga RM 22 juta dalam pengurangan harga bagi ratusan barangan keperluan harian. Pelaburan ini adalah hasil daripada penyelidikan Giant tentang perkara yang paling penting bagi pelanggan, iaitu produk segar dan berkualiti pada nilai yang hebat bagi membantu mereka dalam penjimatan.


Ini adalah bukan promosi jualan tergempar, tetapi pengurangan harga jangka panjang bagi produk yang paling penting untuk pelanggan. Giant komited untuk mengekalkan harga rendah ini lebih lama supaya lebih ramai pelanggan dapat memanfaatkannya, memandangkan peningkatan inflasi dan tekanan kewangan yang dialami oleh kebanyakkan keluarga akibat kesan pandemik. Dengan Harga Lagi Rendah Lagi Lama, Giant memainkan peranannya dalam menyokong Malaysia pada masa yang mencabar ini.

Harga yang lebih rendah yang lama bagi barangan keperluan yang paling banyak dibeli oleh pelanggan
Sebagai sebahagian daripada pelancaran, pelanggan boleh melihat penurunan harga lebih 460 produk penting utama termasuklah barangan segar, runcit, penjagaan diri dan keperluan rumah yang paling banyak mereka beli, termasuklah:


• Bawang Putih kini hanya 55sen/100g (SEBELUM INI 75sen/100g)
• Udang Vannamei (60 ekor-70 ekor) pada harga hanya RM2.50/100g (SEBELUM INI
RM3/100g)
• Aneka Susu UHT DUTCH LADY (6x200ml) pada harga baru yang lebih rendah iaitu
RM7.50 (SEBELUM INI RM8.90)
• Aneka Pelembut Fabrik DAIA (1.6L-1.8L) pada harga hanya RM5 (SEBELUM INI
RM6.75)
• Aneka isian semula sabun LIFEBUOY (2 x 850ml) pada harga baru yang lebih rendah
iaitu RM18.90 (SEBELUM INI RM20.90)
• Ubat Gigi COLGATE Max Fresh Cool Mint (2 x 160g) pada harga baru yang lebih
rendah iaitu RM16 (SEBELUM INI RM21)
• DUGRO 3/4 Biasa/Madu (850g) kini hanya RM22.95 (SEBELUM INI RM27.70)
• HUGGIES Dry Pants Super Jumbo Pack S66+4/M60+4/L50/XL42/XXL36 hanya pada
RM28.90 (SEBELUM INI RM41.69)

Kualiti pada nilai hebat dengan jenama sendiri Meadows dan Giant yang memenangi anugerah Untuk membantu pelanggan lebih jauh, GCH Retail (sebahagian daripada DFI Retail Group) melancarkan Meadows, jenama sendiri yang menawarkan makanan berkualiti tinggi dari negara-negara di seluruh dunia, dengan harga yang jauh lebih berpatutan daripada jenama yang setara, selalunya pada 20% lebih rendah.

Dicipta hasil daripada beribu-ribu ujian rasa yang dijalankan dengan pengguna, setiap produk dalam rangkaian Meadows telah dipilih khas dengan teliti dari negara-negara di seluruh dunia, dengan tumpuan pada kualiti, nilai dan persembahan. Meadows sudah pun menjadi jenama terkemuka di Giant, lebih popular daripada kebanyakan jenama antarabangsa yang terkenal.

Pelanggan yang mementingkan nilai juga boleh melihat pelbagai jenis keperluan rumah dengan harga rendah dan berkualiti seperti beras, minyak, telur dan bekalan pembersihan dengan rangkaian produk jenama Giant yang dipertingkatkan yang tidak menjejaskan nilai, kualiti dan kemudahan.


Harga dan nilai yang menakjubkan bagi produk jenama sendiri ini telah dicapai melalui perkongsian rapat dengan pembekal utama, petani dan nelayan untuk memastikan produk segar kekal sebagai tumpuan utama di kedai kami supaya pelanggan sentiasa boleh bergantung pada kualiti segar pasaran pada harga rendah dan nilai hebat setiap hari.


Chris Bush, Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group untuk Perniagaan Makanan Asia Tenggara berkata 

Kami tahu ini adalah masa yang sukar bagi semua orang, dan pelanggan kami menghadapi pelbagai kebimbangan kos yang semakin meningkat, daripada jaminan pekerjaan kepada peningkatan kadar inflasi. Kami mempunyai sejarah panjang sebagai peruncit makanan terkemuka di Malaysia, dan kami kekal komited untuk menyokong pelanggan kami.
Ini merupakan pelaburan tunggal terbesar kami lebih satu dekad dalam menurunkan harga dan kami telah mendengar dan bertindak mengikut apa yang pelanggan kami maklumkan tentang perkara yang paling penting bagi mereka - harga yang lebih rendah dan nilai yang lebih baik bagi barangan keperluan yang paling banyak mereka beli, serta pengalaman membeli-belah yang positif.
Beliau juga menambah, 

Saya berbangga untuk berkongsi bahawa kami melaksanakan komitmen ini, dan ini berikutan daripada kerja menyeluruh yang dilakukan pada awal tahun ini dengan penyegaran semula jenama bagi kedai Giant yang telah memberikan pelanggan kami pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan - tawaran baharu yang menarik ditambah dengan wajah baharu di dalam dan juga luar kedai.
Sambutan daripada pelanggan mengenai penyegaran semula jenama Giant adalah luar biasa. Dengan HLRLL - harga lebih rendah lebih lama, menawarkan produk berkualiti yang mampu beli dan juga memberi pengalaman membeli-belah yang hebat. Kerana di Giant, “Kami sentiasa berusaha untuk memberi anda pengalaman terbaik di Giant”

Untuk maklumat lanjut mengenai Giant Malaysia, sila layari www.giant.com.my

Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama Giant Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 12, 2021 Rating: 5

1 comment:

  1. wah banyak promo. Suka juga ke Giant, dekat dengan rumah dan selesa

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.