Jus Permata Zam Zam Merawat Kesihatan Badan Dari Dalam


Jus Permata Zam Zam Merawat Kesihatan Badan Dari Dalam -Saya memang sukakan jus suplemen yang berunsurkan bahan botani. Selain daripada khasiatnya yang hebat, pengambilan suplemen berunsurkan bahan botani juga dikatakan memang selamat. Antara suplemen yang memang saya boleh syorkan untuk mencubanya sendiri adalah Jus Permata Zam Zam.

Jus Permata Zam Zam ini diformulasi daripada bahan botani iaitu daripada campuran habbatus sauda, madu, halia, bawang putih, lemon juga dan cuka epal. Kebaikannya bukan sahaja bagus untuk sistem penghadaman dan perjalanan darah di badan, bahkan bagus untuk kesihatan dalaman terutamanya jantung. 


Saya sendiri setelah mengamalkannya, dapati perut tidak mudah kembung (kerap buang angin), mengurangkan rasa stress terutama sakit kepala dan paling ketara jika melakukan aktiviti fizikal seperti berriadah tidak mudah menjadi penat.

Antara Kebaikan Ramuan di Dalam Jus Permata Zam Zam



Kebaikan dan manfaat setiap satu ramuan didalam Jus Permata Zam Zam memang dikeahui semua. Namun secara ringkasnya kebaikan bahan-bahan ini adalah seperti berikut:-


Habbatus Sauda
Habbatus Sauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa yang dikatakan boleh menjadi segala penawar penyakit. Ini kerana Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%).


Mineral lain termasuklah thiamin, niasin, kalsium, folasin, zink dan fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.

Madu

Madu mempunyai hubung kait dengan fungsi penyembuhan luka. Selain itu ianya juga berperanan sebagai antibakteria Boleh digunakan untuk menggantikan gula dalam makanan, dan menjadikan ia satu pilihan yang lebih sihat. Tidak hairanlah Madu telah digunakan dalam perubatan untuk lebih 5,000 tahun.

Cuka Epal

Cuka epal mempunyai banyak khasiat. Ia digunakan dalam pelbagai situasi termasuklah dalam rawatan demam selesema. Bahkan, terdapat juga pengguna yang mengambil cuka epal untuk merawat kencing manis, masalah sakit jangtung, kolestrol tinggi, masalah berat badan dan pencegah kanser.

Halia
Halia atau dikenali sebagai Zingiber officinale dalam bahasa Latin, merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan dan komersil yang tinggi. Biasanya, halia berkualiti tinggi ditanam di kawasan tanah tinggi iaitu 1,200-1,500 meter di atas paras laut.


Halia juga ada digunakan dalam perubatan moden iaitu warfarin, sejenis ubat cair darah dan ubat sakit jantung.  Kajian menunjukkan halia segar boleh bertindak sebagai antipiretik (kurangkan demam). Ia disebabkan oleh kehadiran bahan zingiberene yang boleh menghalang jangkitan yang disebabkan oleh virus.

Bawang Putih

Bawang putih adalah sumber antioksidan yang sangat kaya dansangat diperlukan oleh badan Bukan sahaja boleh mencegah bahkan bawang putih juga terkenal sebgai anti virus dan bakteria,. Selain itu, zat yang terkandung dalam bawang putih dapat membuang angin dalam badan dan bertindak sebagai antibiotik semulajadi/ 


Cara Pengambilan Jus Permata Zam Zam

Hanya 2 sudu setiap hari. Tapi pastikan kita nikmati air putih yang banyak ya! Bagus amalkan setiap pagi tau :-)



Rasanya sedap, masam-masam manis. Macam kita nikmati cuka epal 😘


Untuk pembelian boleh beli di pautan di sini : Zam Zam Brands

Jus Permata Zam Zam Merawat Kesihatan Badan Dari Dalam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 03, 2021 Rating: 5

6 comments:

  1. Vuka epal memang elok untuk kurangkan fatty liver. Nanti nak try gak sebab nak kurangkan kembung perut.

    ReplyDelete
  2. ingredients dia semua yang sihat sihat belaka. Faiq kena cuba consume jus ni.

    ReplyDelete
  3. Apa rasa jus ni kak? Macam nak cuba je sebab bahan-bahan dia semua berkhasiat.

    ReplyDelete
  4. Makanan sunnah ni memang banyak khasiat dan kelebihan kalau amalkan kan..boleh rekomen kat ayah la nanti

    ReplyDelete
  5. Tengok video kak ayu tu. Memang bagus produk ni. Ada makanan sunnah dan berkhasiat. Nanti nak cuba lah. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba ni, ada bau tak Ayu kalau minum, sebab dia ada campuran bawang putih tu.. biasa akan ada bau hamis sikit..nanti nak try laaa

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.