Laman Sendayan 2 Menawarkan Kediaman Impian Semua

Laman Sendayan 2 Menawarkan Kediaman Impian Semua | Memiliki rumah kediaman yang terletak di kawasan perbandaran yang membangun sememangnya menjadi impian semua orang. Apatah lagi di kawasan yang cukup strategik, tenang , selamat serta dilengkapi dengan segala fasiliti dan kemudahan. Yup! Laman Sendayan 2 di Bandar Sri Sendayan memiliki semua ciri kediaman yang diinginkan.


Dengan rekaan infrastruktur moden yang dapat menyokong kehidupan yang selesa dan sihat. Aksesibiliti terbaik dengan adanya jaringan lebuh raya utama ke hab perniagaan dan sebagainya. Sekaligus memudahkan perjalanan ulang-alik ke tempat kerja, sekolah, mendapatkan barangan keperluan harian dan lain-lain


Paling menyeronokkan kawasan Laman Sendayan 2 persekitarannya dikelilingi dengan pohon-pohon kehijauan, berdekatan dengan sekolah dan institusi pendidikan yang berprestasi serta pelbagai kemudahan hab rekreasi. Begitu juga dengan aspek keselamatan, disediakan pos pengawalan 24 jam. Secara tidak langsung menjadikan Laman Sendayan 2 cukup ideal untuk kediaman mereka yang sudah berkeluarga. 


Fasiliti Terbaik Disediakan
Tidak dinafikan  selain daripada rekabentuk rumah, fasiliti yang ditawarkan juga memainkan peranan dalam keputusan membuat pembelian rumah kediaman. Jadinya antara fasiliti yang boleh digunakan oleh penduduk Laman Sendayan 2 adalah seperti :-
  • d’Tempat Country Club – Rumah kelab ekslusif yang menyediakan pelbagai kemudahan sukan dan juga riadah.
  • Sekolah Global Matrix – Sistem sekolah antarabangsa dan swasta yang terulung.
  • X-Park Sendayan – Salah satu taman sukan ekstrem yang paling menarik di Malaysia yang menawarkan aktiviti sukan lasak seperti Go-kart, Futsal, Paintball, Flying Fox dan pelbagai lagi.
  • Sendayan Merchant Square – Hab komersial yang meriah dengan kemudahan kedai makan, kedai runcit dan perniagaan.
Terdapat juga jenama-jenama besar dalam franchise makanan dan barangan penjagaan diri seperti McDonald's, Watsons, Coffee Bean, Family Mart, A&W, Zus Coffee dan banyak lagi terletak berdekatan dengan hab perniagaan di Bandar Sendayan.


Laman Sendayan 2 bukan hanya sekadar rumah bahkan ianya adalah tempat di mana keluarga tinggal selesa bersama di bawah satu bumbung, keakraban komuniti dan dikelilingi dengan persekitaran alam semulajadi yang cantik dan tenang.


Contohnya seperti Taman Hijau Rimbun disediakan untuk kemudahan komuniti Laman Sendayan 2 datang bersantai, berjoging dan beriadah. Pembinaan taman ini membolehkan setiap keluarga menghabiskan masa bersama terutama pada hujung minggu.


Kemudahan sukan juga mesra keluarga dengan adanya gelanggang Futsal, bola keranjang, trek berbasikal dan banyak lagi juga disediakan. Ini membolehkan komuniti aktif beraktiviti dan sekaligus menyokong gaya hidup yang sihat. Nah! Kejiranan yang ceria menjadikan ukhwah silaturrahim sesama ahli komuniti hebat.

Pembelian Berbaloi Kediaman di Laman Sendayan 2
Kediaman di Laman Sendayan 2 menawarkan 1,601 kaki persegi keluasan, saiz 20'x70', rumah teres 2 tingkat berharga dari hanya RM 400K. Rekaan rumah sangat cantik dengan 4 Bilik Tidur & dan bilik air.


Harga rumah yang ditawarkan cukup berpatutan dan jika dibuat perbandingan dengan kediaman yang sama rekaannya yang terletak di pembangunan berdekatan ditawarkan pada harga RM500K. manakala untuk kediaman yang berharga 400K di kawasan seperti Kuala Lumpur atau Lembah Klang hanyalah sebuah pangsapuri kecil.  Harga dari RM 405,000 (Bumi) & RM 450,000 (Bukan Bumi)


Pembangunan di Laman2 Bandar Sendayan ini  cukup eksklusif  dan matrik. Satu pelaburan hebat yang bukan sekadar membeli rumah bahkan hartanah yang mempunyai nilai yang tinggi pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut boleh hubumgi melalui Whatsapp Matrix Concepts di https://wa.link/6c2qtc atau layari lamansendayan2.com 

Jom dapatkan rumah kediaman di Laman Sendayan 2 yang bukan hanya sekadar kawasan kediaman. Bahkan ianya adalah pusat satu komuniti berkembang maju dan pesat yang mempunyai potensi sebagai salah satu kawasan dengan nilai hartanah yang tinggi pada masa hadapan.
Laman Sendayan 2 Menawarkan Kediaman Impian Semua Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 05, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.