Review Filem The Best of Me

Filem tahun 2014, bukanlah filem baru. Tetapi memandangkan promo filem ini berlegar time buka Netflix so terujalah tengok. Apatah lagi penulis cerita ini juga penulis yang sama untuk filem The Notebook. Kalau siapa dah tengok filem The Notebook, mesti tahu.. cerita cinta yang sangat sedih.

Filem The Best of Me (adaptasi dari novel) berkisarkan tentang percintaan antara Dawson Cole dan Amanda. Nak kata cinta dua darjat iyer jugaklah. Cuma part darjat takdelah 'highlight' besar sangat untuk jalan cerita filem ini. Kalau kita ikut cerita ini ianya lebih kepada kisah flashback dan juga apa yang berlaku hari ini dan semalam. Jadinya watak Dawson dan Amanda dilakonkan oleh oleh James Marsden dan Michelle Monaghan (watak ketika mereka sudah tua/dewasa), manakala Luke Bracey dan Liana Liberato.(watak ketika waktu remaja). 

Filem ini dimulakan dengan Dawson dan Amanda dapat penggilan telefon dari peguam Tuck. Memberitahu mereka yang Tuck dah mati dan tinggalkan wasiat. So peguam tetapkan satu tarikh untuk mereka berdua datang dan ambil wasiat tersebut. Sebenarnya wasiat tu adalah surat yang ditujukan khas untuk Amanda dan Dawson.. sedih giler tulisan Tuck dalam surat tersebut.

Berbalik pada kisah percintaan...Kisahnya mengenai Dawson, seorang lelaki yang sangat baik dan rajin tapi nasibnya malang kerana ayah dan kedua abangnya jahat. Dia selalu jadi mangsa buli dan kena bekerja untuk keluarga. Selalu kena pukul.

Jadi satu hari ini dia lari dari rumah dan curi-curi tinggal di bengkel kereta Tuck. Dan akhirnya Tuck mengetahui mengenainya dan ada satu kejadian yang mana Dawson diberikan bilik didalam rumah. Tuck merupakan pesara askar, seorang yang sangat mencintai isterinya (sudah meninggal). Jadi dia hidup seorang diri dan suka menanam bunga yang menjadi kegemaran isterinya yang sudah tiada. 
Pada yang sama dalam satu kejadian, Dawson bertemu dengan Amanda. Dan Amanda memang sangat suka dengan karektor Dawson. Laki yang baik dan sangat 'gentleman'. Jadinya bermula episod Amanda dan Dawson bercinta. Macam-macamlah benda jadi tapi cinta diaorang sangat strong. Apatah lagi Tuck, Bobby (sepupu yang paling dia rapat) sangat menyenangi kehadiran Amanda dalam hidup Dawson.
Ketika cinta diaorang betul2 tengah kuat tiba2 satu hari Tuck kena serang dengan bapa dan abang Dawson, teruk jugala. Dawson mengamuk dan pada masa yang sama sepupu dia Bobby ikut dia untuk tenangkan Dawson. Tapi masa tengah bergelut dengan bapa dia, Dawson dan bapa dia secara tidak sengaja tertembak kepala Bobby.

Dawson down teruk dan dia admit semua kesalahan dia dan dipenjarakan 8 tahun. pada masa yang sama bapa dan abang-abang ia pun kena tangkap juga. Sepanjang tempoh dipenjara Amanda memang tidak putus-putus datang jumpa Dawson. Tapi Dawson memang nak putuskan hubungan dengan Amanda sebab dia tak nak Amanda sia-siakan masa depan dia. Kebetulan Amanda dan Dawson masing-masing dah apply masuk kolej, berjaya pulak tu dapat tawaran. Jadi Dawson tak nak Amanda stuck dalam kehidupan dia yang belum tentu ada masa depan. Setahun Amanda ulang-alik pergi penjara dan Dawson still tak nak jumpa dia.

Kira break-up lah. So Amanda move on dan kahwin dengan Frank (lelaki yang bukan dia cinta pun). Dapat 2 anak tapi salah seorang anak dia meninggal dari kecil sebab kanser. Amanda tak happy dengan Frank. Sebab dia memang tak cinta lelaki tu. Sama juga Frank tak pernah amik kisah segala perasaaan Amanda pun.

Jadi bila diaorang dapat paggilan dari peguam Tuck dan balik ke rumah yang biasa diaorang berjumpa time masa muda. Kiranya cinta masih adala.. Masa ini kesian juga kat Dawson sebab dia memang takde perempuan lain selepas Amanda. Dia still single. Jadi bila jumpa Amanda dia macam happy giler tapi pada yang sama dia akur yang Amanda ni isteri orang. Amanda pula yang memang tak bahagia dengan Frank sebab dia pun still x boleh move on dengan cinta masa muda bersama Dawson.

So..u know lah what happen. cuma Dawson ni baikla.. Dia let go Amanda sebab dia tak nak Amanda ni terbeban dengan tanggungjawab. Tapi dia akan sentiasa berada di situ (rumah yang diaorang selalu jumpa dulu). In case satu hari mana tahu, Amanda akan datang balik pada dia.

Tapi rupanya tidak. Masa malam Amanda berterus terang dengan suaminya Frank tentang hubungannya dengan Dawson, dia dapat panggilan kecemasan yang anak dia kemalangan. Teruk juga sebab 'hati' anak dia pecah. Dan pada malam yang sama, Dawson ni kena pukul dengan abang dia dan ditembak mati oleh ayahnya sendiri.

Sedihla sebab Dawson matikan... Anak Amanda akhirnya dapat diselamatkan sebab ada orang derma hati dan pada masa yang sama ibu Amanda datang beritahu Dawson dah mati kena bunuh. Setahun kemudian, Amanda dia kerja as profesion yang berkait dengan perundangan (tak sure peguam ke apa, hahah), seperti impian dia bersama Dawson dulu. Anak dia call dari universiti beritahu tentang orang yang menderma hati pada dia masa kemalangan hari tu. Terkejut Amanda bila dapat tahu Dawson Cole yang derma.

So scene last. Amanda datang balik rumah tempat dia bertemu dengan Dawson dan dekat belakang tu kebun bunga yang penuh dengan bunga sedang berkembang hasil peninggalan Dawson untuk Amanda sebelum dia mati hari tu. Dan Amanda pun jumpa dengan surat Dawson kepadanya tentang luahan Dawson betapa dia begitu mencintai Amanda sampai bila-bila... ok sedih giler....korang kena tengok sendiri. Penat dah menaip.

Cerita ni best. Maybe sebab pelakon dia pun hensem dan cantik. Bagaimana cinta sesorang yang begitu kuat. Macam masing-masing tak boleh move on walaupun ada kehidupan lebih baik di hadapan mereka.


Review Filem The Best of Me Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 16, 2021 Rating: 5

12 comments:

  1. Macam best pulak baca sinopsis akak ni. Iza nak masuk listcla citer ni. Tapi nnti mesti nangis tgk. Huhu

    ReplyDelete
  2. oh, abis taip komen ni, aida nak klik netflix.
    nak masok list citer ni, ayu.
    nampak menarik jalan citernya ni. pelakon pun not bad tu.

    ReplyDelete
  3. kak saya baca dari awal sampai habis sinopsis cerita ni, sedihnya ending dia macam tu, cinta sejati sampai akhir hayat dawson kepada amanda

    ReplyDelete
  4. ala cerita cinta ke? hahahaa macam lambat je lagi kita nak tengok. kadang bukan apa, jalan cerita meleret lalu kita pun leret di atas bantal haha apa pun tq kongsi nanti terbuka hati kita tengok tau! jhanjiii

    ReplyDelete
  5. Fuuhh jalan cerita memang menarik dan teruja lak nak tengok sendiri . Ok kita save dulu tajuk .. weekend ni Sal try layan . Ok Netflix ...

    ReplyDelete
  6. Rawlins takleh tengok cerita begini. Kang menangis non stop. Bahaya sebab Rawlins nie feeling melampau especially berkenaan hati dan perasaan.

    ReplyDelete
  7. Baca preview pun dah rasa macam best. Kalau nak fefeeeling deep memang kena tengok sendiri. Ada kat Netflix kan , nanti nak cari...lagi satu jangan l;upa tengok cerita I Care A Lot...geram jer dengan watak Marla Grayson tu

    ReplyDelete
  8. Oh mai,, touching sungguh jalan cerita "The Best Of Me" ni.. kalau Nell tengok sure berkotak2 tisu dihabiskan... nak check kat Netflix la lunch time nanti..

    ReplyDelete
  9. Alamakk sedihnya bab last tu, mesti masa Amanda nampak semua bunga tu dia terkejut dan menangis kann.. bolehlah masuk list ni tengok dengan anak..

    ReplyDelete
  10. Okay nnt nak tgk lah..best pula baca review kak ayu ni.. Kita suka pelakon2 dia.

    ReplyDelete
  11. this movie looks really good, so surprised i've never seen it before since it was released in 2014!

    ReplyDelete
  12. Alamak... Touchingnya! Baca sinopsis pun dah sedih. Sesekali melayan emosi best jugak. Nak layan laaa nanti

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.