Hafal dan Memahami Sifir Dengan Mudah dan Seronok Bersama Pentagon Sifir

Hafal dan Memahami Sifir Dengan Mudah dan Seronok Bersama Pentagon Sifir- Konsep mengingati dan memahami terutama yang berkaitan dengan nombor sememangnya satu cabaran terutama buat anak-anak yang lebih cenderung kepada otak kanan. Apatah dalam mengingati sifir! Saya percaya kita sebagai ibubapa akan sedaya upaya membantu anak-anak untuk menguasai sifir biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan. Dan sebenarnya ada teknik yang perlu diikuti bagi anak seronok dan minat untuk menghafal sifir. Caranya adalah melalui penggunaan alat bantuan mengajar Pentagon Sifir.



Pengenalan Kepada Pentagon Sifir
Syarikat Asas ILM Sdn Bhd telah menghasilkan satu inovasi Sifir iaitu alat bantuan mengajar yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk meminati dan menguasai sifir dalam masa sesingkat 3 jam. Mungkin kedengaran mustahil dengan logik akal, namun jika di amati cara pengunaannya pasti ibu bapa akan tersenyum bangga apabila anak-anak sudah dapat menjawab soalan sifir yang diajukan tanpa menghitung menggunakan jari sepuluh. Seperti semuanya sudah ada jawapan di fikiran.

Sepertimana yang dikatakan oleh Pengarah Pemasaran syarikat, Tuan Sulaiman Syah Bin Ab Rahman (Che Man), ramai ibu bapa mengeluh dengan pendekatan dan minat anak-anak untuk mengusai sifir. Untuk menghilangkan gusar ibubapa, beliau dan rakan kongsi Addie Humaizie Bin Abu Hassan, Selaku Pengarah Syarikat, yang juga antara pakar dalam motivasi matematik telah membuat kaji selidik bagaimana untuk mengeluarkan satu produk bantuan kondusif yang mana pelajar dapat belajar dengan lebih kreatif, mudah difahami dan cepat tertarik angka.

Setelah dirumuskan, sebenarnya terdapat elemen penting supaya anak-anak cepat tertarik untuk mempelajari dan menguasai sifir. Antara 5 elemen tersebut adalah seperti:-
  • Formula yang mudah
  • Kurang penghafalan
  • Sistem ganjaran (reward)
  • Video penerangan supaya anak-anak tidak cepat bosan 
  • Sokongan kelas atas talian seperti Google Classroom.

5 Elemen Yang Diperkenalkan

Bayangkan menerusi 5 elemen ini anak dapat menguasai sifir dalam masa 3 jam Menurut beliau lagi, kanak kanak seawal umur 9 tahun sepatutnya sudah boleh menguasai sifir dan apabila meningkat umur 12 tahun, sifir sudah menjadi satu kebiasaan dan sudah dapat menguasainya dengan baik.



Set bantuan Pentagon Sifir ini dilengkapi dengan:-


  • Buku Manual iaitu panduan menggunakan Pentagon Sifir


  • Flash card bewarna yang menarik 

Sticker Gem Reward

Setiap kali anak anda berjaya menghafal sifir dari flash card. Jangan lupa lekatkan sticker gem reward yang disediakan.

  • Gem Reward dalam bentuk pelekat sebagai hadiah jika dapat hafal dan faham setiap flash card danj juga melalui tontonan pembelajaran menerusi video


  • Revision Chart


Pastinya setelah berjaya menguasai Pentagon Sifir, pasti anak-anak akan tertunggu-tunggu dan akan lebih cepat mengusai sifir kerana ada sesuatu yang menarik sebagai hadiah menunggu mereka (BIG REWARD). Sesuatu yang sangat menarik dan mengujakan benarkan?

Pengenalan Pentagon Sifir Di Negara Asia
Pentagon Sifir bukan sahaja sudah mendapat tempat di Brunei dan Indonesia malah ianya juga sudah menjadi buah mulut di seluruh Negara. Telah bertapak di Negara Brunei sejak tahun 2011 dengan menerbitkan beberapa buku formula matematik bagi kegunaan pelajar dan buku-buku tersebut juga telah di edarkan di seluruh perpustakaan sekolah rendah di sana. Modul sifir ini juga telah diguna pakai dalam sistem pembelajaran di Brunei.


Antara pelajar yang dapat menguasai dan mengikuti aktiviti Pentagon Sifir adalah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil, cucu Baginda Sultan Brunei sendiri.
Banyak aktiviti seperti kelas seminar dan program telah dijalankan di dalam dan di luar negara bagi memperkenalkan Pentagon Sifir ini. Setiap kali program ini dijalankan pasti kanak-kanak ini akan pulang dengan satu matlamat bahawa sifir adalah sesuatu yang menyeronokkan dan mudah untuk dikuasai.


Review Pentagon Sifir Bersama Amani (11 tahun) dan Ameer (7 tahun)

Biarpun Ameer baru berusia 7 tahun, beliau sudah mula mengenali angka. Untuk silibus 7 tahun, pendedahan adalah lebih kepada pembelajaran matematik yang melibatkan operasi tambah, tolak, nombor yang lebih besar dan nombor yang lebih kecil.

Ganjaran untuk Ameer dan Amani

Jadinya apabila saya mula memperkenalkan Pentagon Sifir untuk Amani dan Ameer. Nampaknya mereka mudah memahami konsep mengingati melalui pemahaman dan aktiviti yang menarik. Dimulakan dengan ganjaran apa yang mereka inginkan seterusnya cabaran untuk mendapatkan ganjaran tersebut.


Memang seronok! Konsep yang sangat mudah. Hanya perlu mengingati beberapa nombor. Dan diuji samada mereka boleh mengingatinya ternyata ianya berkesan. Untuk Ameer, siapa sangka beliau mengingati hasil darab untuk nombor yang agak besar pada tahap usianya baru menjangkau 7 tahun. Begitu juga Amani yang semakin lancar dan yakin dengan cabaran sifir yang diberikan.


Dengan adanya formulasi Pentagon Sifir ini akan menarik minat anak-anak untuk belajar sifir dan seterusnya menguasai mata pelajaran matematik dengan baik. Ini bukan sahaja dapat memudahkan ibu bapa di dalam pemantauan pembelajaran tetapi ianya juga dapat meringankan beban guru-guru di sekolah.

Apabila anak-anak dapat menguasai sifir melalui kaedah Pentagon Sifir, secara tidak langsung mereka akan dapat menyiapkan kerja rumah dengan lebih pantas. Bukankah ini perkara yang dapat menggembirakan hati ibu bapa semua? 


Selain itu, Pentagon Sifir juga menyediakan pembelajaran secara atas talian iaitu Google Classroom bagi membolehkan anak kita melakukan pelbagai aktiviti serta memperkukuhkan penguasaan mereka dalam matematik terutama sifir.

Harga yang ditawarkan untuk satu set Pentagon Sifir ini adalah RM60. Walaubagaimanapun sekarang ini terdapatnya promosi bersempena pembelajaran dalam talian (PDPR) secara meluas akibat pendemik covid-19 dengan harga yang ditawarkan adalah RM50. Apa yang perlu korang lakukan dengan hanya menggunakan kod kupon PS50 di www.pentagonmath.onpay.my/order/form/pentagonsifir/4 . Promosi ini untuk 100 pembeli terawal sahaja

Ayuh! Dapatkan satu untuk anak korang. Alat bantuan mengajar yang banyak membantu anak-anak mengukuhkan lagi pemahaman mereka tentang sifir. 

Produk Pentagon Sifir juga boleh didapati dari laman sesawang www.pentagonmath.com dan juga www.facebook.com/pentagonmath . Dan jangan lupa untuk sertai program Pentagon Sifir Champion bagi anak-anak yang sudah menguasai sifir. Apa yang perlu dilakukan, ibubapa hanya perlu merekod video bertanyakan soalan dan berkongsi pengalaman menggunakan Pentagon Sifir secara bertulis atau raakaman video. Ada hadiah untuk 50 video terawal di mana mereka akan memenangi Pentagon Sifir Champion Medal, T Shirt dan Face Mask


Jom mencongak sifir dengan cepat, mudah dan seronok!
Hafal dan Memahami Sifir Dengan Mudah dan Seronok Bersama Pentagon Sifir Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 18, 2021 Rating: 5

10 comments:

  1. Smart laaa.. Tentu style hafal sifir gini mampu membuatkan anak-anak lebih berminat sifir. Cute! Nak belikan untuk Eilhan

    ReplyDelete
  2. Rawlins nak beli untuk 4 orang anak saudara Rawlins yang lemah sikit matematik diorang. Menarik betul kaedah nie

    ReplyDelete
  3. kaedah pembelajaran yang menarik dan kreatif. nanti nak inform kakak

    ReplyDelete
  4. menarik ni. something new to catch anak's attention.
    bagi dia excited nak hafal sifir.
    tak la cara tradisional aje kan.
    ada revision chart, and guna kuasa dua, interesting!

    ReplyDelete
  5. Interesting way for the kids to hafal the sifir kan macam ni.. good initiative too siap ada Google Classroom session and harga pun sangat berpatutan tool ni..

    ReplyDelete
  6. Nak rekemen kat anak sedara laa, bagus ni kalau dari kecil dah boleh hafal sifir..
    Kita dulu kemain susah nak menghafalkan.. harga pun boleh sangat tu,.

    ReplyDelete
  7. Best konsep pentagon sifir ni.tak sangka anak2 laju jer hafal sifir. memang terbaik dan rekemen pada semua parent beli

    ReplyDelete
  8. these materials make learning such an exciting experience for young children!

    ReplyDelete
  9. Best juga ya bila dapat mengajar anak dengan aktiviti berkonsepkan kreativiti... takdelah anak-anak boring nak menghafal kan... basically, kami suami-isteri pun selalu menggunakan kaedah penceritaan beserta aktiviti bagi memudahkan lagi pemahaman mereka...

    ReplyDelete
  10. Interesting book for the kids to learn fast and easily. Can buy this for gift as well kan!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.