Filem Spain Lakonan Javier Gutiérrez Álvarez Semuanya Best!

Saya memang peminat filem dari Spain, Italy dan negara-negara luar  lain termasuklah Thailand, Korea dan Jepun. Eh! Banyaklah pulak filem dari negara luar yang saya ikuti dan minat. Ini terutama kisah-kisah yang berat, walaupun jalan cerita ada yang agak 'slow' tapi ending yang "oh wow!". Memang rasa kepuasan sangat menontonnya. Tapi saya perasan untuk filem Spain, semua filem lakonan dari  Javier Gutiérrez Álvarez memang mantap dan best!


 Javier Gutiérrez Álvarez , tahun ini berusia 50 tahun. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang lakonan sejak berumur 19 tahun lagi. Tapi ketika itu beliau hanyalah pelakon pentas sahaja. Mula keluar di kaca televisyen pada tahun 2000 dan filem pertamanya adalah filem muzikal komedi yang bertajuk El otro lado de la cama. Bermula dari sinilah,  Javier Gutiérrez Álvarez mendapat pelbagai tawaran berlakon sehinggalah sekarang.

Jika dilihat dari segi fizikal  Javier Gutiérrez Álvarez bukanlah kita kategorikan sebagai pelakon yang kacak di Spain. Namun bakat beliau melakonkan pelbagai jenis watak membuatkan beliau antara pelakon yang menjadi rebutan pengarah di Spain. 


Untuk pengetahuan semua dari awal kemunculan  Javier Gutiérrez Álvarez di layar perak, beliau pernah memenangi 2 award sahaja iaitu Goya Award For Best Actor pada tahun 2017 (The Motive) dan 2014 (Marshland).  Javier Gutiérrez Álvarez pernah mendirikan rumahtangga tetapi telah berpisah pada tahun 2016. Bekas isterinya orang biasa sahaja bukanlah artis ataupun orang yang cukup dikenali.

Setakat hari ini saya dah menonton 3 filem lakonan  Javier Gutiérrez Álvarez, antaranya :-



Filem ini mula-mula masa menonton kita akan rasa pening dan pelik sikit. Biarpun Javier Gutiérrez Álvarez bukanlah watak utama. Tapi peranan beliau dalam filem ini pada babak-babak dekat penghujung itu agak pentinglah jugak, hahahah. Mengenai kuantum antara ruang-waktu yang mana membolehkan Vera menyelamatkan nyawa anak lelakinya untuk 25 tahun di masa yang lepas. Bagaimana Vera mengubahnya samada untuk memilih nyawa anaknya atau kehidupannya menjadi lebih baik jika tidak mengubah kejadian tersebut. Banyak konflik. Memang kalau kita terlepas satu babak, kita akan keliru dan tak paham dengan jalan cerita filem ini.


The Occupant. Cerita ni memang kita kena banyak bersabar. Rasa nak mencarut dari pertengahan cerita sampai ke akhir. Cuma kreatifla cara penulis skrip dan pengarah buat cerita macam ni. Suka dengan lakonan mamtap Javier Gutiérrez Álvarez dalam filem ini. Kisah bagaimana dari seorang yang berjaya dalam hidup dan keluarga tiba-tiba hilang sekelip mata. Dan beliau bangkit mendapatkan balik apa yang beliau hilang tetapi dengan cara paling keji.

Ini adalah filem terbaru lakonan Javier Gutiérrez Álvarez, Below Zero. Bagi saya jalan ceritanya memang best. Tentang bagaimana sekumpulan banduan yang terperangkap dalam satu serangan ketika proses transit penjara. Pada mulanya kita dapat rasakan ianya satu pakatan yang melibatkan kumpulan penjenayah luar. tetapi dia akhir cerita baru tahu ianya hanyalah dilakukan oleh seorang bapa (bekas polis juga) yang menuntut keadilan ke atas kematian anaknya. Beliau hanya mahu mendapatkan salah seorang banduan yang terlibat dalam transit tersebut iaitu Nano. Kenapa beliau nak jumpa sangat Nano kena tontonlah filem ini. Dan Javier Gutiérrez Álvarez berlakon sebagai pegawai polis yang terlibat dalam proses transit tersebut. dan beliau satu-satunya pegawai polis yang masih hidup.

Kalau korang perasan, ekspresi wajah Javier Gutiérrez Álvarez ni macam watak jahat pun boleh, watak sedih dan baik pun boleh,. tetapi tak boleh bayangkan kalau di bawa watak kelakar. Sebab muka dia jenis macam seroang yang sangat serius. 

So, korang ada tak pelakon dari negara luar (foreign filem) yang menjadi kegemaran. Bolehlah kongsi dengan saya. Mana tahu kalau saya ada masa boleh tonton filem lakonan pelakon kegemaran korang pulak, hiks.

Ciau!!
Filem Spain Lakonan Javier Gutiérrez Álvarez Semuanya Best! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 08, 2021 Rating: 5

18 comments:

  1. Wah peminat filem Spain rupanya. Sis jrg tgk sb takot tak best. Dia pki alih bahasa inggeris ke ori bhs Spain ya? If best kita nk tryla tonton.

    ReplyDelete
  2. dulu2 suka tengok cite spain. tapi lani macam tak femes je. ke saya yang tak tau hahaha

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka tgk filem international selain Hollywood/Bollywood. Especially kalau ada festival filem antarabangsa, sebab semua filem yg dicalonkan dah tentu la yg bagus2. Kita dapat belajar banyak tentang negara tu yg kita tak pernah tau sebelum ni.

    ReplyDelete
  4. Filem2 dan drama dari sana pun sebenarnya best & berkualiti. Jalan cerita yg menarik, pelakon hebat-hebat.

    ReplyDelete
  5. Aku layan the Occupant semalam sebab ko share nie. Sakit hati part last tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann cam kurang ajar kan buat macam tu...stress aku hahahahahah

      Delete
  6. Oh za dh tgk cite the occupant tu.. Psiko gila perangai. Haha tapi best dia ni berlakon. Below zero pun best gak.

    ReplyDelete
  7. Below Zero tu Sis tengok.. yaaa lakonan dia hebat, walau bukan dalam list pelakon kesukaan Sis laa hehehe..

    ReplyDelete
  8. Kalau SPain bukan drama bolehlah tak guna masa berbulan-bulan nak habis..haha ^^ kalau movie fine, saya pun suka & actor dia tu memang kacak :p lagipula, skarang ni musim PKP memang semua movie kena tengok hihih

    ReplyDelete
  9. Saya belum ada chance lagi untuk tengok wayang ini lagi. Tapi saya kenal pelakon ini. Banyak wayang yang dia lakon tu memang best.

    ReplyDelete
  10. Wahhh,, kalau K.yu yang recommend then wajib la tengok kan.. so far ketiga2 filem dia ni tak pernah layan lagi.. boleh la masukkan dalam list time cuti CNY nanti... no house to house visiting, boleh spend time tengok movie ni..

    ReplyDelete
  11. Husband kita suka tonton movie dari spain. Terutama citer yang ada banyak konflik. Kita selalu temankan jer... Tapi memang best best cuma tak ingat tajuk nya

    ReplyDelete
  12. Ha'ah lakonan dia best. Saya pun suka. Tak sangka akak cuci mata semua filem dia. Ekekekeke.

    ReplyDelete
  13. how is it possible that i have never seen Javier Gutiérrez Álvarez or watched any of his movies! he seems so popular and his stories are amazing!

    ReplyDelete
  14. Saya bukan jenis mengenali pelakon tetapi lebih kepada watak sahaja. Jadi takda sangat pelakon yang digemari untuk luar negara melainkan yang femes2 je la. Btw nice sharing about this acter from spain. Ada dalam netflix tu, mungkin boleh consider nak tengok lepas ni

    ReplyDelete
  15. Kalau cerita luar negara ana byk layan korea je. Thailand pun ana suka juga. Tapi spain, italy tak pernah lagi. Tapi bila baca sinopis akak tu rasa mcm nak tgk juga..nampak best sgt jln cerita dia.

    ReplyDelete
  16. Baca review jalan cerita dari akak nampak menarik cerita ni. chinese new year ni cuti panjang boleh la tengok nanti :)

    ReplyDelete
  17. Kak pun pernah tgk sekali filem spain, best jgk tgk sekali sekala

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.