Tahun 2019, Moga Yang Baik-Baik Sahaja.

Tahun 2018 yang saya tinggalkan banyak meninggalkan kenangan manis dan juga sedikit pahit.  Biarpun saya boleh luahkan segala kepahitan, namun biarlah ianya tertanam di lubuk hati paling dalam. Hehehe. Tutup buku sebenarnya, habis cerita.

Di awal tahun 2019, saya mula berdoa untuk perkara yang baik-baik namun pada hari kedua saya sudah mendapat berita sedih yang tidak diduga. Saya REDHA. Rezeki di bumi tuhan ini sangat luas dan kita jangan pernah jemu untuk berusaha. Selagi ada kudrat dan daya. Saya akan terus mencuba.

Dalam kalut saya mahu bangkit, tidak sampai 5 jam saya dikhabarkan berita gembira. Lumrah kehidupan manusia. Sedih dan gembira salih berganti, adakalanya ianya datang bertimpa tanpa berhenti dan pernah juga lama mahu muncul kembali.

So, senyum sahaja :-)

Apa yang pasti, keutamaan sekarang lebih kepada anak-anak yang dikasihi. Dengan sokongan suami (read: dedet) yang tidak berbelah bahagi. Setiap hari saya bangkit dengan semangat. Moga hari ini lebih baik dari semalam dan tepohari. Jika adapun kesukaran dan perkara menyedihkan, cepat-cepatlah ianya berlalu pergi...


Gemercik air membasahi bumi
indahnya dunia layaknya muncul si mentari

dinginnya embun segarkan suasana
ku sambut tahun baru dengan sejuta warna

Hari ini adalah kenyataan
semalam adalah kenangan
esok adalah impian


selamat tahun baru 2019

Nukilan,
Tahun 2019, Moga Yang Baik-Baik Sahaja. Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 03, 2019 Rating: 5

2 comments:

cik puan rrai said...

In Sha Allah.. semoga dipermudahkan semuanya...

Mama Zharfan said...

happy new year ayu!

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.