Anak Korang Pernah Rasa Frust?

"FRUST",Tidak Boleh Terima Kritikan, Kecewa...dan banyak lagi sebenarnya yang adakalanya akan menyebabkan anak kita berasa berjauh hati atau rendah hati. Apatah lagi jika mereka sudah mula bersekolah dan bergaul dengan rakan-rakan yang seusia mahupun lebih muda atau tua daripada mereka.


Contohnya, anak kita sudah berusaha untuk mendapat tempat terbaik dalam kedudukan kelas. Kesungguhan dan semangatnya mengejar kedudukan itu tinggi. Bukan hanya untu kepuasan dirinya bahkan anak kita sebenarnya mahu kita terus berbangga dengan pencapaiannya. Tapi dia gagal mencapainya itu. Tidak dinafikan mereka akan "Frust" a.k.a kecewa.

Begitu juga jika beliau sudah mewarna lukisan pada tahap pemikirannya sudah terlalu cantik dan sempurna. Tetapi malangnya penilaian daripada guru hanya layak untuk diberikan gred B sahaja.

Dan sebenarnya ianya pernah terjadi pada anak saya Afiq. Pada satu kisah yang mana beliau begitu teringin mewakili sekolah didalam bola sepak bawah 10 tahun. Kegigihan beliau berlatih hampir setiap hari, mengikuti latihan daripada guru pembimbing. Sampai waktu pemilihan, beliau gagal dipilih. Alasan guru saiz badannya terlalu kecil dan juga mendahulukan pelajar yang berumur 9 dan 10 tahun. Afiq yang ketika itu hanyalah berusia 8 tahun dan walaupun begitu minat dengan sukan bola, namun masih banyak skil yang perlu didalaminya untuk melayakkan beliau menjadi sebahagian daripada pasukan bola sepak sekolah.



Afiq memang kecewa...

Saya masih ingat lagi ketika mengambilnya di sekolah usai latihan bola sepak pada hari tersebut. Beliau hanya berdiam diri dan terus tidur. Jangkaan saya beliau terlalu penat. Malam tersebut Afiq bertanyakan saya satu soalan "Teruk sangatke kalau badan kita kecil dan pendek?

Mulanya saya agak pelik dengan pertanyaan Afiq. Tetapi apabila Afiq bercerita tentang nasibnya tidak terpilih dan mula kaitkan dengan fizikalnya. Barulah saya faham kenapa Afiq terlalu kecewa. Sebagai ibu, saya memang perlu memberi beliau kata-kata semangat dan motivasi. Saya masih ingat lagi antara yang saya katakan pada Afiq ketika itu ialah tentang 3  perkara yang perlu kita ada untuk atasi masalah kecewa iaitu :-

1. Redha tapi bukannya mengalah
"Redha" ni memang perkataan yang kerap saya guna untuk mengurangkan rasa kecewa. Dalam apa perkara jika kita berjaya atau tidak, harus terima 'redha' itu. Sebab bila sentiasa bersangka baik dengan ujian yng diberikan, dan yakin sesuatu yang lebih baik pasti akan berlaku. Dan juga kita tidak perlu mengalah walaupun dah kalah. Kena sentiasa bangkit.

2. Hidup ini banyak pilihan dan  kekalahan ianya bukan pengakhiran
Bila kita tidak capai sesuatu. Tidak semestinya kita tidak bagus,tetapi mungkin kita bagus untuk perkara yang lain. Dalam hidup ini sebenarnya kita diberi banyak pilihan samada kita mahu atau hendak teruskan.

3. Just be you. Buat yang terbaik
Sebagai manusia kita bukanlah begitu 'sempurna'. Masih banyak sifat dan perkara dalam diri yang perlu diperbaiki. Namun kita tidak perlu jadi orang lain semata untuk nampak lebih baik. Kita perlu jadi diri sendiri dan sentiasa lakukan yang terbaik



Saya katakan pada Afiq mungkin rezeki tidak pada sukan seperti bola tetapi lebih  ke arah aktivti lain. Nah! Ternayata Afiq rupanya cenderung ke arah seni mempertahankan diri. Beliau menyertai karate dan berjaya mewakili sekolahnya dalam beberapa pertandingan. Turut membanggakan, kerap juga beliau memenangi pertandingan yang disertai :-)

Sebenarnya saya juga suka menerapkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan harian anak-anak Terutama mengajar mereka untuk lebih bertanggungjawab dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik dan rasional. Saya juga dedahkan anak-anak dengan aktiviti seperti yang ada didalam KidZania Malaysia, contohnya aktiviti ala-ala CSI dan juga 'wall climbing'.



Melalui aktiviti CSI, anak-anak akan belajar memahami masalah dan cara mengatasinya.


Menerusi aktiviti ini juga membolehkan anak-anak bertindak dan berusaha untuk menyelesaikan masalah/tugasan yang telah diberikan.


Di mana anak ini akan diuji dengan beberapa laluan dan ujian sepanjang perjalanan. Dan mereka harus cekap dan perlu mencari jalan keluar. Banyak lagi sebenarnya permainan/aktiviti di KidZania yang dapat membantu anak-anak ini berfikir tentang risiko yang dihadapi dan bagaimana hendak mengatasinya bagi mencapai satu kejayaan.

Anak Korang Pernah Rasa Frust? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 29, 2019 Rating: 5

22 comments:

  1. yeah not easy being parents, even results being compared by teachers on the exams.

    ReplyDelete
  2. bila dah mula sekolah ni, anak -anak kami memang depa cpt kecewa dan frust

    ReplyDelete
  3. bila dah mula sekolah ni, anak -anak kami memang depa cpt kecewa dan frust

    ReplyDelete
  4. Bukan mudah jadi parents sekarang. Bebudak sekarang banyak cabaran. Semua nya bersaing. Kesian kadang tu... As parent kita kena tetap kan semangat mereka untuk tidak putus asa berusaha dan percaya ketentuan Allah. Selalu pesan kat anak, kalah atau mengalah bukan gagal dalam hidup. Nangis dan luahkan rasa frust tu puas-puas tapi jangan lama sebab tak de guna pun. Hayati setiap kenangan yang tercipta ni. Look forward. Banyak lagi yang perlu diteruskan

    ReplyDelete
  5. Memang selalu sangat. Cepat frust si Aeysha ni..kalau tak dapat buat sesuatu kerja tu..dia akan frust n terus tk nak buat, geram gak le kenkadang. Mak mak ni kena banyak bersabar gan kerenah diaorg, bagi semangat dan perangsang agar. Kalu x jalan jugak..mulut lah mak bebel..hehehe

    ReplyDelete
  6. Pernah terjadi perkara yg sama dgn anak bonda....beliau begitu meminati sukan bola sepak...masa tu beliau dh sekolah menengah...kalo xsilap form 2 masa tu...ada pemilihan utk wakili sekolah...beliau berlatih sungguh2...tp x terpilih...atas alasan yg sama....fizikal xmenepati...terlalu kurus...cikgu takut jika ada kesilapan kemalangan boleh berlaku...sbb ank Bonda kurus sgt...bg cikgu tulangnya xkuat...maka dia xterpilih...balik dari penilihan dia diam...bonda dh bolah agak apa keputusannya...”adik x terpilih?”...”iya” jwpnya ringkas...”apa alasan cikgu?”...”cikgu ckp adik kurus sgt, takut kalo org tersalah tendang kena kaki, takut patah”...sedih kan...tp xpe...ada hikmah kenapa allah xberikan jalan itu...bonda berikan pandangan buruk dan dan baiknya tidak terpilih...mungkin begitu mungkin begini...alhamdulillah kecewa itu lama2 hilang dgn sendirinya...pupuklah semangat anak2 kita..

    ReplyDelete
  7. Kecewa itu biasa. Sebagai anak kecil, beruntung sekiranya parents dapat mendekati mereka dan bersama-sama mendalami sekaligus membantu menyelesaikan punca kekecewaan mereka. Kalau tak pun, sama-sama cari alternatif untuk mengubatinya.

    Tahniah Afiq.

    ReplyDelete
  8. Setiap orang passtikan akan merasa kecewa. Bila anak anak hadapi kekecewaan kita sebagai parent memang kena mainkan peranan untuk memberi mereka kata kata semangat supaya mereka tak kecewa dengan hodup yang dilalui. Macam saya kalau anak kecewa saya akan beritahu apa hikmah disebaliknya supaya mereka lebih bersemangat.

    ReplyDelete
  9. Betul tu akak. Kadang2 masa kecik dulu kita sendiri pun selalu rasa frust dan kecewa. Sampao rasa down dan tak yakin diri. Emi dulu pernah tau cikgu mintak tlg buatkan jadual kelas tampal kat board cantik2. Emi dah buat sehabis cantik dah emi rasa pastu cikgu tu mcm kritik certain part. sampai habis skolah emi jd tak yakin nak berdepan dgn cikgu tu dah.

    ReplyDelete
  10. So far tak pernah lagi berhadapan dengan situasi macam ni. Maybe sebab anak kecik lagi hehe. But its okay to feel like this. Orang cakap pengalaman hidup. Sebagai parents kita kenalah bagi nasihat berguna untuk anak kan. Inshaallah semua akan okay

    ReplyDelete
  11. Kadang2 kita terlepas pandang dgn emosi anak, kita rasa kita je penat, stress, kecewa, padahal anak2 pun rasa semua tu cuma cara diorang x reti nak luahkan tu je lain.

    ReplyDelete
  12. Hahhaha suka baca entri ni.. am having the same scenario. My son pun sgt sgt suka main bola. Sampai cita2 nak jadi footballer.sizs pun kecik mcm ur son. Kita mak mak mmg kena ada skill nak tangani problem
    Nj

    ReplyDelete
  13. hmmmm so sorry for him not being selected. i can totally understand his feeling. but good for you as the parent to communicate with him and guide him the right way. bravo!

    ReplyDelete
  14. Anak tahun 1 last year macam ni lah. Kita kata ok. Result memang nombor banyak tapi percentage elok dah. 89%. Sampai terpaksa bagitahu cikgu dia, kemudian kata-kata cikgu berjaya buat dia ok. Haha. Sampai macam tu sekali. Kalau tidak hari-hari nangis. Sedih. Anak lelaki pulak tu.

    ReplyDelete
  15. Bukan anak je yang kena, kadang org besar pun boleh frust bila tak terpilih..hehee..bgus afiq tak pernah putus asa..kidzania best..nak bawa anak ke sini nanti

    ReplyDelete
  16. Jadi ibu bapa bukanlah senang, lelagi bila anak kecewa. Masa ni lah ibu bapa perlu memainkan peranannya menjadi ibu bapa yang supporttive and bukan kecewakan lagi.

    ReplyDelete
  17. Faaa mereka masih lagi mencari identiti dan minat untuk difokus. Sebagai ibu bapa, kita kena bantu sama2 menemukan minat dan kecenderungan mereka. Baguslah ada tempat seperti Kidzania nie. Dapat memupuk minat dan sekaligus kita boleh tahu anak kita minat apa

    ReplyDelete
  18. Kite pun pernah rasa frust masa kecik even dh besar ni pun. Bila dah aim something tpi x berjaya. Tak pe kak. Teruskan bagi semangat sebab gagal tu actually pendorong untuk berjaya. hehehe

    ReplyDelete
  19. jangankan budak-budak, saya yang tua-tua ni pun selalu juga frust haha-- tapi apa yg penting jangan pernah mengalah dengan sikap frust tu ! terus bersemangat ^^

    ReplyDelete
  20. Bukan mudah untuk membentuk kanak-kanak. Saya yang perlu menjaga sepupu pernah rasa peritnya melayan mereka bila mereka tiada keyakinan dan frust. Tapi sebagai penjaga dan ibu bapa, kita perlu sentiasa be posituve dan bantu mereka mencari minat dan membentuk mereka menjadi anak yang terbaik.

    ReplyDelete
  21. Kesian afiq... Xpa afiq.. Jauh lagi perjalanan.. Jangan mudah mengalah...
    Saya pun tengah struggle dengan ank sulung saya.. Nk built confidence dia

    ReplyDelete
  22. ganbatte... there's always ups and downs... watever it is... there's always family members around to support...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.