Kempen "Ready Set Glow" 2019 Oleh Guardian Malaysia

Saya percaya ramai diantara kita yang mempunyai misi untuk mendapatkan berat badan ideal, lebih sihat dan personaliti menyerlah (glowing) untuk tahun 2019 ini. Orang kata tahun baru kena tanam azam baru yang lebih baik dari tahun sebelumnya :-)

Atas keprihatinan terhadap impian kebanyakan rakyat Malaysia, Guardian telah melancarkan Kempen Set Glow yang mengajak pelanggannya untuk sama-sama menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Kempen ini juga berkaloborasi bersama dengan Fitness Youtuber No. 1 di Asia iaitu Joanna Soh. Kita boleh ikuti siri video didalam channel youtube Joanna untuk mempelajari beberapa asas senaman ringkas yang boleh diamalkan bila-bila masa dan di mana sahaja. Memang menarik tau korang!!

Gimmick tarian bersempena dengan pelancaran kempen Ready Set Glow 2019

Selain itu Guardian juga mengajak semua pelanggannya untuk menyertai 'Guardian Glow Squad' yang mana kita boleh lihat 3 video tutorial senaman ringkas (https://www.youtube.com/user/joannasohofficial) yang boleh diamalkan setiap hari. Menariknya dalam setiap video yang dipaparkan di bahagian akhir ada memaparkan voucher istimewa. Kita boleh 'screenshot' dan gunakannya dalam pembelian seperti yang dinyatakan. Contohnya potongan harga sebanyak RM5 untuk Good Morning V-Grains 2.5kg, Kinohitmitsu Snow Lotus Bird's Nest jika dibeli 2 unit akan diberikan diskaun sebanyak RM5 dan banyak lagi.

Contoh senaman yang boleh kita lakukan ketika pemanduan. terutama ketika ita berhenti seketika di lampu isyarat merah dan sebagainya. Sangat mudah dan menyeronokkan sebenarnya, hehehe.

 Begitu juga jika berada di pejabat. Beberapa senaman renggangan yang ringkas boleh kita lakukan setiap hari bagi memastikan badan kita sentiasa berada dalam keadaan cergas. Selain itu ianya dapat membantu kuruskan di bahagian tertentu badan seperti di bahagian perut dan peha.

Seperti saya yang kerap berada di dapur. bolehlah mencuba beberapa gaya senaman ringkas yang mudah tapi memberi impak yang hebat dalam personaliti diri.

 Sambil masak sambil bersenam. Ibarat sambil menyelam kita minum air, heheheh.

Serius, saya beria cuba. Memang best.

Antara mesej yang saya masih ingat nasihat Joanna kepada semua terutama wanita seperti saya yang idamkan berat badan yang ideal (dengan erti kata lain kurus, hehehe). Pertama kita kena konsisten dan fokus dengan matlamat kita. Jika kita fokus nak bersenam setiap hari maka kena konsisten bersenam mengikut apa yang kita rancang. "Be genuine" , be real. Joanna juga galakkan kita sentiasa menyuntik aura positif setiap hari seperti lemparkan senyuman pada semua orang. Ini kerana untuk kelihatan 'glowing di luar' ianya perlu bermula 'glowing' dari dalam. Badan sihat, hati bersih sangat membantu dalam menyerlah persona dan aura diri.

Hiks....hokeh saya dah join Glow Squad! Jom glowing bersama Guardian Malaysia!
Kempen "Ready Set Glow" 2019 Oleh Guardian Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 03, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.