Bengkel Bento Box Bersama Milo 2019

Tidak dinafikan anak-anak memerlukan tenaga yang secukupnya bagi memastikan mereka kekal aktif dan bertenaga setiap hari di sekolah. Untuk belajar dan bermain pada tempoh yang agak panjang memerlukan mereka sentiasa bertenaga bagi terus kekal fokus.

Namun tidak dinafikan faktor seperti lambat bangun ke  sekolah, tidur agak lewat malam sebelumnya dan kehidupan yang kadang-kalanya kelam kabut di waktu pagi hari  menyebabkan anak-anak kita tidak sempat bersarapan sebelum ke sekolah.

Sebagai alternatifnya, anak-anak juga perlu diberi bekalan makanan ke sekolah. Selain daripada dapat memastikan anak-anak kita mendapat pemakanan yang lengkap dan berkhasiat. Kita juga dapat menyediakan makanan yang mereka gemari. Namun demikian, tidak dinafikan tidak semua anak-anak berminat membawa bekal ke sekolah. Jadi sebagai ibu, kita perlu berbuat sesuatu dalam usaha mereka mahu membawa dan menikmati makanan yang dibekalkan.

Antaranya sebagai ibu kita boleh menyediakan Bento Box mengikut kreativiti sendiri. Dan saya telah  menyertai Bengkel Bento Box bersama MILO untuk mendapat lagi informasi pemakanan berkhasiat serta mempelajari 'food arts' dalam menyediakan Bento Box.

Bengkel ini turut dihadiri dengan jemputan yang terdiri dari ibu-ibu yang merupakan personaliti TV, selebriti sukan, ahli Kelab Bento. media cetak dan juga pengamal media sosial. Masing-masing hadir bersama anak yang mana akan meneyertai juga Cabaran Membuat Bento Box paling kreatif.

Menurut Angeline Lim, Senior Brand Manager of Nestle Malaysia, anak-anak yang bersekolah memerlukan tenaga sebanyak 1500 kalori setiap hari. Jadi sebagai ibu kita perlu mengambil berat tentang keperluan makanan yang sihat bagi memastikan mereka mendapat bekalan tenaga yang secukupnya.

Menurut kajian yang telah dijalankan anak-anak yang tidak bersarapan sering keletihan sepanjang waktu pembelajaran, tidak fokus ketika belajar, tidak aktif ketika bersukan dan sering mendapat gred yang tidak memuaskan. 

Saya juga banyak mempelajari tentang penyediaan pemakanan lengkap dan sihat daripada Georgen Thye (Dietitian and founder of Georgen Cooking) .

Untuk pengetahuan semua satu hidangan pemakanan lengkap perlu ada 1/2 sayuran dan buahan , 1/4 protein dan 1/4 karbo + bijirin. Boleh rujuk pada gambar diatas.

Lebih kurang 1/4 adalah saiz satu genggam tangan. Ini adalah mengikut nisbah keperluan yang perlu oleh badan setiap hari.

Selain itu adalah digalakkan perlu ada sekurang-kurangnyanya 5 warna makanan dalam setiap hidangan. Ini adalah cara terbaik untuk menarik minat anak-anak menikmati makanan berkhasiat setiap hari. . Terutama warna sayuran dan buahan! Dan sebenarnya untuk satu hidangan buahan sangat membantu meningkatkan imunisasi badan dan membantu sistem penghadaman.

Mr Georgen juga telah membuat demonstrasi 2 jenis hidangan lengkap. Dan paling best, saya juga dapat belajar teknik “food art” dari ibu kreatif Samantha Lee. Di mana kita boleh berekspresi seni dalam menghasilkan hidangan yang kreatif dan menarik hati terutama kepada kanak-kanak.

Gambar dari FB Milo Malaysia

Pelbagai hasil kreatif Bento Box yang menarik berjaya dihasilkan oleh semua peserta. Memang agak sukar untuk anak-anak (peserta) dan juri sendiri membuat pemilihan. Semuanya sangat cantik! 

Saya sendiri tidak menduga dapat menghasilkan Bento Box, heheh. Apa yang menarik selain daripada kita dapat menyediakan hidangan terbaik untuk anak. Melalui bengkel membuat Bento Box ini juga membolehkan saya lebih banyak berkomunikasi dan memahami tentang selera anak. "Bonding time" yang sangat berharga untuk ibu dan anak pastinya.

Inilah Bento Box hasil kerja bersama saya dan Amani. Pada mulanya memang saya tidak ada idea untuk menghasilkan rekaan seni Bento Box ini. Tapi soalan pertama yang saya tanya pada anak, "Amani suka karektor apa?" Amani dengan pantas menjawab "Princess!!"

Tadaaa!!!! Dengan roti bijirin bersama tuna. Dan juga telur serta buah-buahan kegemaran Amani iaitu beri dan strawberi. Paling penting ada minuman MILO untuk tenaga agar lebih fokus di sekolah.

Siapa sangka Bento Box yang dihasilkan ini berjaya mendapat hadiah saguhati. Yeay!!! Dapat hadiah 'gift card' bernilai RM100 serta beg sekolah MILO yang sangat cantik. Pastinya Amani paling gembira, satu pencapaian dan kepuasan baginya yang bersungguh-sungguh membantu saya menyediakan Bento Box ini.

Gambar dari FB Milo Malaysia

Tahniah juga kepada semua peserta Bento Box bersama MILO 2019. Moga kita jumpa lagi untuk bengkel seperti ini pada tahun depan :-)

Keterangan lanjut mengenai MILO dan aktiviti terkini boleh layari www.milo.com.my dan www.facebook.com/milomalaysia :-)
Bengkel Bento Box Bersama Milo 2019 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 07, 2019 Rating: 5

21 comments:

  1. diet yang memang disarankan..terbaikk

    ReplyDelete
  2. Dari kanak-kanak lagi kita memang disarankan untuk mengajar anak²tentang amalan makan makanan sihat. Jadi mereka akan terus amalkan sehingga mereka besar kelak.

    ReplyDelete
  3. Amani, boleh tak buatkan satu bento? Nak bawa ke opis everyday agar dapat mencapai impian menjadi lebih kurus dan sihat. Hehe

    ReplyDelete
  4. Best event macam ni. Dapat cuddle time dengan anak², berkongsi idea dan citarasa. Program macam memang sepatutnya selalu dibuat , dalam dapat kita perkenalkan produk milo, kita juga ada idea how to make a bento box . Anak² semestinya gembira dan bertenaga sepanjang hari apabila cukup mengambil kalori yang diperlukan oleh badan. Terbaik! Comel je princess tu.

    ReplyDelete
  5. Wow! bestnya. untung dapat join ni. Kalau sy dapat join pun mesti nak pergi. Dah la siap ajar ikut pinggan sihat as recommended pulak tu. Pasni leh slalu buat bekal kat anak. hehe

    ReplyDelete
  6. Terbaik lah kak.. Ada bengkel bento mcm ni... N dpt belajar jugak psal diet walaupun berbento kan.. Good job milo... Saya x sabar nak anak darjah 1..boleh la buat bento kt dia.. Hehehhe

    ReplyDelete
  7. wa cepatnya blog haha. My girl and I love the workshop. Kan best gile learning from the expert and create our own bento box. I did the bento box this morning too for my girl to bring to school. Hope can do it more often in future hehe

    ReplyDelete
  8. I love milo. My favourite drink since childhood until now. And yeah bento is very good. Can teach the kids to eat healthy from small. Good to attend workshops like this. Can learn more.

    ReplyDelete
  9. wah nampak sedap sangat! tetiba teringat milo punya food truck. hahaah bento tu pun nampak cantk sesuai sangt utk tarik selera kanak2

    ReplyDelete
  10. wah...best nya dpt join prog mcm ni..

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat belajar bento ni... orang kata if kita dah masuk sebelah kaki ni .. dah beljar mesti kena praktikkan. Baru ilmu tak hilang. Anak2 pun seronok kan dpt makan makanan yg cantik2 mcm tu.

    ReplyDelete
  12. great event! hopefully they do one in penang so that i can join too! im always a big fan of milo since young. i can easily finish a 2kg milo packet within 2 weeks. everytime when there's football matches to watch, i will make myself satu kole of milo ice! haha

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  13. Bestnya event macam ni. Seronok tengok masing-masing dengan Bento. Milo ni antara brand yang paling Saya Suka sejak kecil ni. Minuman favorite ni. Bagus Milo nuat program macam ni. Bagi exposure untuk kids

    ReplyDelete
  14. Wahh bestnye dapat buat aktiviti mcm bento bersama anak.. ena sendiri memang tak kreatif. Hehe.. tak sempat nak buat bentuk anak dah laju mintak makan. Haha.. tahniah sebab dapt saguhati. Tu pon kira terror taw dapat jugak gift. Milo memang sedap. Dan tak pernah rasa muak. Macam2 minuman boleh dihasilkan termasuk makanan seperti kek batik.

    ReplyDelete
  15. Bestnya ada program macam ni. Spend time dgn anak buat aktiviti mcm ni. Memamg terbaik. Bento yang dihasilkan pun cute sgt dan nmpk sihat dan sesuai untuk sarapan kanak2. Fav air milo tu. huhuhu

    ReplyDelete
  16. Pinggan sihat tu hari-hari onie tengok kat office tapi buatnya dok,haha.. apapun, onie respek kalau mak-mak mampu sediakan bekalan jenis bento macam ni, memang ada masa untuk menyiapkan bento buat anak-anak ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  17. Anak sis dah besar..susah dah nak paksa dia bawak bekal..lebih suka beli kat kantin je. Kalau dia kecik2 dulu boleh gak paksa bawak bekal..hehehe.
    Tapi syiok je tengok set bento ni kan..cNtik je

    ReplyDelete
  18. bagus juga kalau buat bento ni... dengan menyediakan sarapan yang sihat dan dihiasi mengikut kekreatifan diri masing2 akan membuat kanak2 lebih tertarik untuk mengambil sarapan setiap pagi jika melihat hiasan bento mereka. hehehe...

    ReplyDelete
  19. Seronok buat bento sebenarnya tapi kena kreatif kan?.. liez pun nak buat bento utk abak liez bila masuk sekolah tahun depan.. bukan apa sekurang-kurangnya dia dapat cukup nutrisi sebelum mulakan pelajaran.. anak pun seronok nak belajar

    ReplyDelete
  20. wah seronoknya buat bento, I suka patut take part aktiviti macam ni memandangkan i sebagai seorang ibu memang kena rajin rajinkan diri bawa bekal untuk anak-anak I sebab dekat sekolah tengok gaya macam tak sempat anak i beli makanan sambil beratur... tengok tengok je dah 20 minit... tu sebab I decided bawa bekal untuk dia so far so good dia makan apa yang I bekalkan... heeee.. kalau milo i prefer beli pukal la sebab kat sekolah dia 1 kotak je 1.80 huhuhu

    ReplyDelete
  21. wahhh bestnya ada bengkel bento ....jenuh nak hias tapi hasilnya memang superb , nak2 buat dengan anak kan mesti lepas ni dia bertambg rajin dan kreatif ....kalau nak tahu , milo memang jadi pilihan sewaktu sarapan untuk anak2....

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.