Shopping Baju Raya di Butik Haqqi Shah Alam

Hari tu saya ke Butik Haqqi Shah Alam untuk mendapatkan kain telekung tapi untuk kali ini saya kembali disini untuk membeli baju raya. Seperti yang kita ketahui Haqqi adalah hab produk kelengkapan ibadah haji, umrah dan fesyen patuh syariah.

Butik Haqqi juga ada menawarkan pelbagai jenis rekaan baju raya untuk lelaki dan perempuan. Rekaan yang ada disini semuanya yang terkini dan mengikut perkembangan trend fesyen pakaian muslim dan muslimah.

Terdapat juga label baju dari selebriti tempatan seperti Owl by Nora Danish, Dara By Fathia Latiff, El by Elfira Loy dan Izzuexclusive, RTW by NurSajat, Adelle, Al Amein, Ameera Zaini dan ramai lagi. 

Untuk pengetahuan semua Butik Haqqi Shah Alam agak besar juga, ianya meliputi 3 buah kedai yang disambung menjadi 1 kedai yan luas. Antara sebahagian koleksi pakaian yang terdapat di Butik Haqqi seperti:-

Koleksi Pakaian Jubah

Untuk koleksi jubah terdapat pelbagai rekaan yang ditawarkan. Samada kita berminat untuk mendapatkan jubah biasa (seperti gaun labuh) mahupun jubah berseluar. Didatangkan dengan variasi corak dan warna serta potongan  dan rekaan mengikut peredaran masa. Walaubagaimanapun ianya masih tetap mengikut syariat Islam.
  




Antara rekaan jubah terbaru yang sememangnya agak 'outstanding'. Ianya boleh dipakai di majlis keraian atau jamuan istimewa, selain daripada melaram di pagi raya.

Kurung Moden
Pakaian kurung moden antara yang paling banyak mendapat permintaan untuk raya tahun ini. Kebanyakan potongan kurung moden didatangkan pelbagai jenis potongan dan rekaan dengan warna-warna yang sememangnya sangat menarik.



Warna mint epal ini memang cantik. Apatah lagi ianya mempunyai kain lace di bahagian luar menjadikan baju kurung moden ini begitu terserlah. Selain daripada warna ini terdapat juga warna biru muda, merah jambu, kelabu dan peach.

Tarikan kepada kurung moden ini adalah potongan pakaian ini, terutamanya di bahagian tangan. Memang cantik. Mempertaruhkan warna yang lembut sebagai warna asas dan ditaburi dengan corak bunga berwarna kontra.

Ini adalah salah satu dari koleksi RTW by NurSajat.

Walaupun nampak simple tetapi ianya tetap cantik. Rekaan pakaian ini inspirasi dari cerita "Mok Cun". Ada pelbagai pilihan warna ya!

Comel bila tengok adik manis ini berbaju kurung moden yang menggunakan kain kapas bercorakkan Mickey Mouse. Sekaeang ada promosi, untuk 2 pasang pakaian ini harganya adalah RM150.

Kurung moden pilihan saya. Memandangkan tema raya tahun ini adalah silver/kelabu. Untuk pengetahuan korang, koleksi ini dijual pada harga tawaran istimewa iaitu RM155 daripada harga asal iaitu RM199.

Koleksi Baju Melayu, Kurta dan Jubah
Untuk koleksi pakaian lelaki terdapat jubah, kurta dan baju melayu. Rekaan baju melayunya memang cantik dan terdapat banyak label yang menawarkan baju ini. Apa yang membezakannya adalah potongan dan rekaan pakaian tersebut.

Seperti yang digayakan oleh rakan blogger untuk pakaian baju melayu berwarna hijau adalah dari jenama Haqqi. Manakala untuk warna ungu adalah daripada koleksi Izzue Islam.

Lihat sahaja perbezaan rekaan terutama di bahagian kolar dan poket. Untuk rekaan dari Izzue Islam yang lebih 'simple'.

Manakala dari koleksi Haqqi mempunyai logo esklusifnya di depan poketnya.

Muka happy sebab baju pilihan hati telah ditemui :-)
Banyak betul pilhan pakaian menarikdi Haqqi!

Butik Haqqi Shah Alam,
No 13 & 15 Jalan Plumbum S7/5,
Seksyen 7, Shah Alam
Selangor
03-55234798


Shopping Baju Raya di Butik Haqqi Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 29, 2018 Rating: 5

13 comments:

  1. Dulu ingat Haqqi tu jual barangan umrah/haji je. Sekarang ni pelbagai pulak i tengok. Amboi RTW Nur Sajat pun ada?....macamana la fesyen baju Sajat ni ye?

    ReplyDelete
  2. cantik-cantik kan kak baju kat sini. banyak pilihan betul. semalam sampai tak tahu nak pilih yang mana. last-last sampai dua kita grab. hahaha

    ReplyDelete
  3. cantik sangat dan banyak pilihan sampai rambang mata kan. Sy pun dah beli kurta Izzue Islam untuk suami, mmg nampak macho la raya nanti hehe

    ReplyDelete
  4. menarik baju-baju nya tapi tak pasti mungkin bukan taste kita hehehe..
    sebab nampak macam kena gosok selalu, boleh nampak kedut kedut tu... heheheh... apa pun sesiapa nak beli pakaian baju raya boleh beli di sini...

    ReplyDelete
  5. Wahh bergaya cantiklah akak kita sorang ni di Hari Raya nanti.
    Cantuk cantik baju2 di butik ni..s8s pun minat dan dah rembat 2 pasang jugak hehehe.

    ReplyDelete
  6. There are so much choices. WIll visit and buy a pair or two

    ReplyDelete
  7. Seronok tengok korang shopping kat Haqqi ni..SA blom berpeluang join..sibuk dan rasany paling dekat ngan SA kat Butik Haqqi TTDI..nanti nak terjah la..

    ReplyDelete
  8. Orang perempuan ni kalau pergi mana-mana butik mesti baju mereka jer paling banyak sekali sebab tu orang perempuan boleh duduk berejam-rejam kat satu butik hehehe jangan marah akak. Kat Haqqi memang cantik semua saya suka..

    ReplyDelete
  9. Nice and fashionable clothing, the style is really minimalist but I like it, it's clean and sassy, perfect for raya shopping kan?

    ReplyDelete
  10. Banyka pilihan baju yang cantik cantik. Kalau saya dah rambang mata dah tak tahu nak pilih yang mana saty. Semua dwsign xantik dan up to date

    ReplyDelete
  11. Memang rambang mata betul kalau dh masuk butik haqqi nie. Macam2 design ada dan semuanya cantik2 pulak tu. Harga pulak tgh promosi. Tambah2 time happy hour. Fuhhh rasa nak sambar je semuanya.

    ReplyDelete
  12. banyak nya pilihan baju raya ni... boleh lah shop sampai sepuas-puasnya.... happy shopping!

    ReplyDelete
  13. Wah cantiknya koleksi Haqqi Shah alam. Harapnya walaupun bukan hari raya semoga banyak koleksi untuk ke pejabat juga :D

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.