Kempen Together-gether Fund Dari Domino's Malaysia


Istimewa Ramadan tahun ini, Domino sekali lagi meraikan kedatangan bulan baik ini dengan menganjurkan Kempen, Together-gether Fund. Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial  dan komited Dominos untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Ini terutamanya kepada Unsung Hero.

Together-gether Fund adalah platform yang dianjurkan oleh Domino's yang mana setiap pembelian kombo Ramadhan akan membantu dalam memberi sumbangan dbergantung jumlah pizza yang terjual dalam promosi Kombo Ramadhan dalam membantu Unsung Hero merealisasikan misi meraka. Bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 3 Jun 2018, dengan setiap pembelian mana-mana Kombo Ramadan iaitu Ssamjeang Buddy Combo atau Ssamjeang Super Combo, satu 'slice' pizza akan disumbangkan kepada dana. Setiap enam keping pizza akan menjadikan satu biji pizza.

Di majlis pelancaran kempen Together-gether Fund turut dihadiri individu dalam masyarakat yang telah membantu komuniti melalui usaha peribadi mereka sendiri dan juga kumpulan istimewa
individu yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan bangsa. Antara Unsung Hero seperti doktor dan Jururawat Hospital UMRA, Bomba dari Stesen Bomba Kota Anggerik, En. Lex Low (the kind barber), Encik Palani Kumar dan kumpulan sukarelawannya, Encik Kuan Chee Heng, pengasas Community Policing Malaysia serta Encik Ahmad Faizal. Selain itu anak-anak dari Rumah Titian Kasih dan Rumah Amal Kasih Bestari juga dijemput sebagai tetamu istimewa di hari pelancaran tersebut itu.



Domino juga mengiktiraf hampir 700 staf dari bahagian kejuruteraan lapangan kapal terbang Malaysia Airlines Berhad (MAB). Dan Dominos telah menghantar pizza kepada mereka sebagi tanda terim aksih diatas kerja keras mereka untuk memastikan pesawat MAB sentiasa berada keadaan baik dan mengikut standard perkhidmatan operasi lapangan terbang. Ini adalah bagi memenuhi keperluan keselamatan untuk disediakan dan juga memberi keselesaan kepada penumpang.

Selaras dengan janji Dominos untuk memberi nilai serta memberi balik atas jasa Unsung Heroe, para pelanggan boleh menikmati dua tawaran kombo Ramadan sekaligus menjadi sebahagian kempen Together-gether Fund . Antara tawaran kombo yang terlibat didalam kempen ini seperti Ssamjeang Buddy Combo dan Super Ssamjeang Combo. Untuk harga RM39.90, Ssamjeang Buddy Combo adalah termasuk 1 Regular Ssamjeang pizza, 1 Ayam-Haseyo, 1 Bawang Lebah Twisty dan 2 tin air minuman ringan. Manakala Ssamjeang Super Combo, berharga RM59.90 yang terdiri daripada 2 Regular Piza, 1 Ayam-Haseyo. 1 Cheesy Mozzarella / Cheddar Stix dan 1 botol 1.5L minuman ringgan.



Kempen Together-gether Fund Dari Domino's Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 27, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.