Pengenalan Produk Gabag Terbaru dan Perkongsian Ilmu Penyusuan di Butik Tateh


Pada hari Ahad lepas 29 April 2018, saya dan Yara telah menyertai satu sesi perkongsian mengenai penyusuan bayi dan juga pelancaran produk dari Grabag di Butik Tateh Bangi. Majlis penuh santai ini adalah anjuran Butik Tateh dan telah dihadiri oleh beberapa ibu/bapa dan mam blogger jemputan.

Selain daripada dapat mengenali kumpulan kecil ibu-ibu lain yang sama-sama menyusu badan, saya juga berpeluang mendapat tips dan nasihat dari Pakar Penyusuan Puan Norhafizah.

 Antara perkongsian yang menarik dari Puan Norhafizah Ishak sendiri ialah teknik penyusuan terbaik buat anak. Menurut Puan Norhafizah memberi susu kepada anak perlulah ikhlas dan kita tidak boleh rasa stress. Pastikan juga ketika menyusu bukan sahaja anak selesa menyusu dari badan kita bahkan kita juga perlu selesa ketika memberi susu. Cara pegangan anak, kedudukan kepala dan posisi badan perlulah dilakuakn dengan lebih santai.

 Katalah anak selesa dengan susu dari bahagian kiri sahaja. Kita kena cuba alihkan anak untuk mengambul susu di bahagian kanan juga. Ini bagi mengelakkan berlakunya bengkak susu. Jadi apa yang harus kita lakukan, adjust kedudukan anak tanpa mengubah posisi baringan dia. Ianya boleh dilakukan dan para ibu perlulah sentiasa berkomunikasi anak bagi membantu proses penyusuan dan sebenarnya ianya juga salah satu waktu 'bonding' ibu dan anak. Peranan ayah juga penting dalam membantu kelancaran proses penyusuan ibu (isteri) secara esklusif kepada bayi. Ini kerana tempoh terbaik pemberian secara esklusif susu ibu adalah sehingga anak itu berumur 2 tahun. Apa yang perlu lakukan? Mereka perlu sentiasa memberi sokongan kepada ibu. Contoh memberi urutan ibu ketika sedang menyusu terutama di bahagian bahu belakang (bahu kadang-kala menjadi stress kerana tempoh menyusu yang agak lama).

Dan sebenarnya banyak lagi tips/teknik yang dikongsikan. Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke FB page Butik Tateh untuk lihat daripada FB LIVE mereka ya.


Selain daripada perkongsian mengenai tips dan teknik penyusuan ibu. Turut hadir ke majlis ini adalah pihak dari Gabag Indonesia. Untuk pengetahuan semua jenama Gabag ini cukup popular dikalangan ibu-ibu terutama yang menyusu anak mereka. Ini kerana jenama Gabag ini mengeluarkan hampir semua barangan keperluan yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusu badan :-)

Di majlis ini juga telah dilancarkan satu produk terbaru dari Gabag iaitu GabaG infinite Double Breast Pump. Apa yang menarik tentang produk ini kita boleh "pump" susu secara terus ke beg simpanan susu jadi ianya benar-benar membantu kita mengekalkan kebersihan (lebih hygience).  Selain itu ianya mempunyai "suction" yang agak unik dan tidak akan menyebabkan rasa sakit ketika proses pam susu dari badan. Alatan ini agak ringan dan ianya sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Paling best ianya mempunyai 16 "level Massage Expression Mode". Dan ianya 'touchscreen' dan didatangkan dengan cahaya LED. Dan pastinya ibu-ibu pasti gembira kerana produk ini tidak mengeluarkan bunyi ketika waktu pam susu.

Beg simpanan susu ini sangat comel hokeh. Bebas bahan kimia dan tidak ada BPA. Punyai tempat seal yang sangat kemas, jadi kita tidak perlu risau jika tertumpah dan sebagainya.

Majlis pelancaran produk Gabag yang cukup meriah!

 Suka saya nak kongsikan satu produk Gabag yang memang saya sedang guna sekarang ini iaitu Big Pop iaitu thermal beg buat ibu-ibu untuk mereka menyimpan susu badan. Untuk pengetahuan semua beg ini didatangkan dengan dua jenis rekaan iaitu Sentani dan Sumba.

Seperti yang saya miliki ini ini adalah rekaan Sentani.

 Apa yang menarik tentang beg ini, ianya menyediakan banyak ruang penyimpanan barang (banyak poket. Jadi kita boleh menyimpan banyak barang seperti pakaian anak (baju spare, pampers dan sebagainya).
 Jangan tidak percaya ianya juga boleh memuatkan sehingga 10 botol didalam beg ini. Termasuklah satu pam susu. Bukaannya sangat lebar dan dilengkapi dengan zip yang sangat kukuh (tidak akan ada masalah kebocoran).

Ruang simpanan susu ini boleh tahan kesejukannya sehingga 20 jam. Dan produk dari Gabag ini semuanya diberi waranti sehingga 6 bulan dari tarikh pembelian!

Beg ini sudah cukup bergaya untuk dibawa ke mana sahaja :-)

Sempat bergambar kenangan dengan semua ibu-ibu yang hadir ke acara ini. Masing-masing begitu teruja apabila dapat berkenalan antara satu sama lain, selain dapat mendekati dengan Puan Norhafizah (pakar penyusuan) dan juga mengenali produk dari Gabag.

Cenderahati buat semua tetamu yang menghadiri :-) terima kasih Grabag dan Butik Tateh...

Sempat juga saya mendapatkan 2 pasang baju raya untuk my Yara di Butik Tateh. Banyak pilihan barangan dan kelengkapan bayi di sini. Semuanya menarik dan cantik.


Untuk keterangan lanjut mengenai Butik Tateh, boleh follow dan layari:-

Keterangan mengenai produk terbaru dari Gabag, boleh follow di:
xoxo,

Pengenalan Produk Gabag Terbaru dan Perkongsian Ilmu Penyusuan di Butik Tateh Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 02, 2018 Rating: 5

30 comments:

  1. Cutue bag tu. Sesuai untuk ibu-ibu yang ada anak anak kecil. Mudah nam bawa barang dengan adanya bag ni kan

    ReplyDelete
  2. info yg menarik untuk para ibu2.... gabag, trus simpan dalam beg semasa pump mmg elok.. xdelah sekejap botol pastu tukar tmpt.... gabag tu boleh beli dimana ye kak?

    ReplyDelete
  3. Best dpt ilmu mcmni. ena dlu xblaja sgt teknik penyusuan yg btol. Jdi susu pon cepat kering. Mungkin stress bkerja. Xsempat nk pump. Haishh.. rasa sedih sgt ank susu xckup 2thn. Teknik yg btol kena tahu kan.

    ReplyDelete
  4. Informasi yang sangat berguna kepada para ibu di luar sana. Yang best gabag nih sangat membantu para ibu untuk menggunakannya ketika menyusukan anak.kalau ada baby mau kena cari gabag juga nih

    ReplyDelete
  5. menarik program ni.
    dulu kala takde program sebaik ini. tau tau sendiri la nak breastfeed.
    moreover, keperluan penyusuan pun dah byk improvement.
    byk pilihan mcm gabag's produk.
    and beg gabag tu cantik la. mcm ada unsur batik kot kan :)

    ReplyDelete
  6. Nice sharing.
    Even belum berumah tangga, things like this boleh dibaca as pengetahuan jugak.

    Banyak jugak nampak dekat page-page yang mom's out there tak tahu nak BF secara betul etc etc.

    Good program btw. If ada wife pun, i'll suggest her to follow this kinda programs.

    ReplyDelete
  7. bestnya kak ayue ada masa nak ke event sana sini dapat pula bag cantik gitu.. I ni tah bila le nak spent banyak masa pergi event cenggini.. huhuhuh menarik mengenai kupasan mengenai penyusuaan.. sekarang ni adelia dah over dose timing.. nak tanya pasal weaning off pula haha

    ReplyDelete
  8. Lawanya beg tu nampak moden dan bergaya walaupun nak bubuh semua peralatan untuk anak-anak kan. Bgus juga penyampaian breast feeding atleast tambah ilmu parenting ni kan.

    ReplyDelete
  9. Ana pun dulu perasan kalau kita breastfeed kan baby tak boleh stress nanti ganggu kuantiti susu. Anak pun jadi meragam nanti. Bagus lah ada program macam ni. Boleh tambah ilmu tentang parenting especially on breastfeed. Tertarik dengan gabag tu. Lebih senang nak guna dan lebih terjamin kebersihan.

    ReplyDelete
  10. The bag really fashionable. It doesn't look like a baby bag. It seems they are one stop shop that selling a quality baby products. A new mummy can consider this.

    ReplyDelete
  11. La lepas akak pi pwtc terus pi sini ke. Hahaha. Ilmu penyusuan ni kena sentiasa diingatkan kepada para ibu - ibu. Walau dah bersalin banyak kali. Tiap anak tu berbeza. Kadang ibu give up nak beri susu. Sebab sibuk dengan urusan kerjaya. So, tahniah tateh.

    ReplyDelete
  12. Banyak perkongsian untuk ibu2 ni..dah 14 tahun x join benda2 macam ni..rindu plak nak ada anak kecik..hahaha..weh...bag tu lawa la..tak sangka Tateh keluar product sendiri jugak..

    ReplyDelete
  13. sattu ilmu bagus untuk mak mak budak. Uzu cuma mampu baca je.. Tapi elok pulak untuk ilmu sebelum kahwin nanti.. uzu serious tak taw apa benda semua ni. Hehe.. Blur je bila baca. Yang penting bag dia cantik ok ?! Ada tgk yaya natsumi upload hehe
    ok

    ReplyDelete
  14. Info yang menarik untuk ibu2 baru/muda. Beg tu comel warnanya, sure boleh gunakan untuk jalan2 biasa walaupun kalau baby dah besar. Hehe

    ReplyDelete
  15. In future, suka juga nak sertai event ilmu macam ni. Best dapat tukar-tukar pandangan dan pengalaman dengan orang lain kan.

    ReplyDelete
  16. cantiknya design pada thermal beg sentani tu.. TB pun terbekanan pulak nak memiliki beg tu.. sebab TB memang kemana-mana pun bawa beg utnuk si isi susu dan barang2 si kecik tu.. hahaha

    ReplyDelete
  17. betul, penyusuan susu ibu kena betul, pastu bagi susu ibu ni bagi mengeratkan hubungan anak dengan ibu..butik tateh nad ada pergi juga dekat shah alam, memang macam-macam dia jual. lawa betul beg gabag tu..macam bukan beg susu

    ReplyDelete
  18. wow that bag can really fit so many supply of milk! That's awesome! And yes I do agree that husbands should help ease the stress of their partners especially when they are breastfeeding the baby.

    ReplyDelete
  19. It s a very useful page. Thank you. 49154511b9628d14e6e5f3795435d6bf
    baykan
    kayapinar
    refahiye
    sulusaray
    dinar
    yesilova
    halfeti
    saraykent
    tarakli

    ReplyDelete
  20. It s a very useful page. Thank you. 761ba6c612d858fdae333c5f206e8870
    akpinar
    erenler
    konak
    cizre
    bozcaada
    bayat
    yahsiyan
    trabzon
    samandag

    ReplyDelete
  21. Congratulations on your article, it was very helpful and successful. 2399843bb94997cc8a7ed93a206365c2
    sms onay
    website kurma
    numara onay

    ReplyDelete
  22. Thank you for your explanation, very good content. 2564fa0848df959c378a8542762bbe07
    define dedektörü

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.