60 Pembeli Pertama Yang Bertuah Menerima Hadiah Menarik Dari Dynamo

Bersempena dengan pengenalan kepada Dynamo Powder, produk terbaru P&G dibawah label Dynamo serbuk pencuci pakaian yang tersohor di Malaysia telah bekerjasama dengan Mydin bagi menawarkan hadiah yang cukup menarik kepada 60 pelanggan bertuah. Dengan hanya membeli produk Dynamo dengan minimum perbelanjaan RM30, mereka boleh menebus hadiah yang ditawarkan iaitu set yang mengandungi beg troli, tuala Hallmark dan serbuk pencuci pakaian Dynamo.

Ianya berlangsung dari 5 Januari 2018 sehingga 7 Januari 2018, yang mana untuk setiap hari hanya 20 pembeli pertama layak menerima hadiah yang ditawarkan. Dan semua pembeli yang berjaya menjadi 20 pertama perlu menuntut hadiah mereka pada hari Ahad 7 Januari 2018 jam 1.30pm di Mydin USJ.

Terdapat 2 warna beg yang ditawarkan iaitu hijau lumut dan biru turquoish. Serius cantik, saya sendiri pun berkenan, hehehe.

Untuk pengetahuan semua, selebriti Cik Puan Sarimah Ibrahim telah dilantik menjadi duta terbaru jenama Dynamo. Pemilihan Sarimah Ibrahim ternyata tepat sekali memandangkan karektornya yang begitu ceria dan bersahaja sesuai dengan konsep terbaru yang ingin diperkenalkan oleh jenama Dynamo. 

Majlis berlangsung dalam suasana yang meriah, gamat dengan gelak tawa serta gurauan gabungan mantap duta Dynamo Sarimah Ibrahim dan juga DJ ERA FM yang tidak asing lagi saudara Haniff Hamzah. Masing-masing yang cukup mengenali antara satu sama lain memandang mereka berdua pernah berada didalam syarikat dan industri yang sama DJ Radio di Astro Malaysia.

 Antara pembeli bertuah bergambar kenangan bersama Cik Puan Sarimah Ibrahim. Ternyata keseronokan dan kepuasan kelihatan di wajah masing-masing kerana berjaya mendapatkan hadiah yang cukup istimewa dari Dynamo.


 Cik Puan Sarimah Ibrahim bersama dengan orang kuat daripada P&G Malaysia.

 Saya juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan duta terbaru Dynamo iaitu Cik Puan Sarimah Ibrahim. Seorang yang sangat bersahaja dan peramah membuatkan kita begitu selesa mendekatinya :-)


 Dan juga bersama dengan Haniff Hamzah yang biasa saya temui di pelbagai majlis pelancaran. Masih orang yang sama, sempoi dan juga peramah. Paling menarik, beliau tetap mengingati saya yang pernah beberapa kali bertembung di majlis-majlis lain sebelum ini.

Kita menumpang bergambar ajooo. Tapi memang untunglah mereka yang berpeluang menerima hadiah dari Dynamo. Secara jujurnya produk Dynamo sememangnya kita sedia maklum memang bagus kualitinya (agen pencuci pakaian yang cemerlang) dan dengan menerima hadiah yang begitu menarik menggandakan keseronokan pembeli di Mydin USJ.

Bersempena dengan pengenalan kepada produk Dynamo powder ini juga telah diadakan peraduan yang menawarkan hadiah mesin basuh. Sebanyak 85 unit ditawarkan. Dengan hanya membeli 2 pek Dynamo Powder di Mydin. Lengkapkan slogan (sila tengok video dibawah untuk keterangan lanjut). Tarikh tutup 31 Januari 2018 yerppp..

60 Pembeli Pertama Yang Bertuah Menerima Hadiah Menarik Dari Dynamo Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 08, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. Hadiah mesin basuh tu menarik. Tak pernah menang meain basuh...bole try...

    ReplyDelete
  2. Beg yang sangat cantik warnanya. Untung boleh bergambar dengan artis pula.

    ReplyDelete
  3. Untungnyalah hai sape yang menang kan...teringin beg tarik comel2 gini

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak pakai Dynamo. Boleh tak semata mata nak menang hadiah, tiba tiba tukar ke Dynamo hahahaa

    ReplyDelete
  5. Menarik tu hadiah mesin basuh. Tak pernah beli sabun dynamo. Kena beli dynamo cepat ni.

    ReplyDelete
  6. Pehh.. Dynamo tawar 85 unit mesin basuh. Boleh try ni kot2 ada rezeki dapat satu ^^

    ReplyDelete
  7. wow beli dynamo je dapat luggage bag ! tahniah tapi bagus tak kualiti bag luggage tu ? usually benda free memang best tapi not meet the requirement pula hehe

    ReplyDelete
  8. Hadiah mesin basuh tu best. Siapa dpt memang bertuah

    ReplyDelete
  9. wahhh dynamo dah ada dalam bentuk powder la ...tengah promosi ni ok gak kalau beli...

    ReplyDelete
  10. Nak beli Dynamo juga lah camni. Nak memang hadiah menarik. Kalau dapat luggage tu pun best.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  11. best yer beli dan berpeluang untuk menang

    ReplyDelete
  12. bestnya! beli dynamo dan dapat hadiah. hadiah pula menarik

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Yes Dynamo is a good Detergent. Wow they offer quite good gift to buyer. Attractive

    ReplyDelete
  14. Seronok tengok wajah ceria pemenang. Dynamo ada produk baru ye? Nanti boleh join peraduan, mana tau rezeki menang mesin basuh.

    ReplyDelete
  15. Oh it has been awhile since I have heard from the brand. But good to know that they came up with something new for the year.

    ReplyDelete
  16. Marriage Anniversary Gifts Online: Buy/Send the best anniversary gift online ... Choose from a wide range of gifts for anniversary with same day, midnight delivery.generating fancy text gen
    , this converter creates fancy symbols. The explanation starts with unicode

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.