Latih Ameer Untuk Pandai Menguruskan Diri Dengan Mimosa Travel Potty Trainer

My Ameer sejak berumur 3 tahun, saya dah latih beliau untuk belajar membuang air kecil atau besar didalam bilik air. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan pembelian lampin pakai buang yang diperuntukan setiap bulan bahkan mendidik beliau untuk lebih berdikari.

Dan saya telah memilih Mimosa Travel Potty Trainer. Produk potty ini tidak sama jika dibandingkan dengan potty lain yang terdapat di pasaran. Ini kerana ianya lebih praktikal dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Berbanding potty yang biasa ditawarkan di pasaran ianya lebih bersifat kekal untuk diletakkan didalam bilik air.

 Unboxing - Mimosa Travel Potty Trainer. Ianya didatangkan dalam bentuk boleh dilipat dan boleh diletakkan dalam beg uncang. Boleh dilipat menjadi lebih kecil dan ianya sangat ringgan.

Bila dibuka ianya kelihatan seperti ini. Tempat duduknya memang lembut biarpun tebal. Sekaligus dapat memberi lebih keselesaan. Dan paling penting ianya mudah untuk dibersihkan. Hanya lap sahaja dengan wet tisu untuk memastikan ianya kekal kering.

 Muka redho Ameer bila mummy beria amik gambar beliau dalam tandas 😅 Apa yang saya perhatikan semenjak menggunakan Mimosa Travel Potty Trainer ini Ameer makin mudah untuk disuruh membuang air kecil atau besar dalam tandas. Bahkan beliau lebih teruja kerana ianya satu pembelanjaan baru yang seronok diikuti.

Paling penting produk ini mudah untuk ke mana sahaja. Dan ini sangat membantu Ameer untuk lebih berdisiplin, berdikari dan belajar menguruskan diri sedari kecil lagi.


Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-


Latih Ameer Untuk Pandai Menguruskan Diri Dengan Mimosa Travel Potty Trainer Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 22, 2018 Rating: 5

23 comments:

  1. Seronok ameer pakai mimosa ni.. Satu pembelajaran untuk dia.. Yg penting dia pun selesa guna :)

    ReplyDelete
  2. Menarik potty training ni sebab portable. Senang nak bawa bila pergi bercuti.kadang budak2 ni fussy bila bab nak guna toilet bowl tu.

    ReplyDelete
  3. hahaha. bila travel mana la nak bawa benda alah ni. ruby request kat hotel. hotel mesra kekanak ada la kan. Nanti bleh beli mimosa ni. adam guna alid pun guna.

    ReplyDelete
  4. alahai.. bagusnya ada benda ni.. err.. umur berapa paling sesuai nak train potty ni yea.. huhu.. TB risau terwal sangat dan terlewat sangat la pulak..

    ReplyDelete
  5. Sedang melatih anak juga. Sudah 4 tahun juga ni. Ada perangai seperti tidak mahu belajar. Huwaa

    ReplyDelete
  6. nampak syok nya duduk atas mimosa ni.. haha~~

    ReplyDelete
  7. Ceria je muka ameer bila kena ambik gambar, hahaha

    ReplyDelete
  8. Mencabar jugak nak ajar anak uruskan diri macam ni. kakak emi dulu, makan masa jugak la anak dia nak okay dgn semua tu. lama2 budak tu pun dah terbiasa.

    ReplyDelete
  9. Alamak, macam perlukan je benda nie....

    Berapa harganya nie...

    ReplyDelete
  10. huda pun nak beli untuk potty train anak yang umur 3 tahun ni. mudah nak bawa pergi travel

    ReplyDelete
  11. Bestnya.. syra bsru setahun 2 bulan. Nnti boleh la beli ni. Nampak sangat praktikal

    ReplyDelete
  12. Menarik tu tapi berapa harga ia?

    ReplyDelete
  13. Wahhh menarik sangat ni..sure anak2 suka sebab lembut dan selesa. Mak2 pun leh pinjam jadikan pelapik ke idok kalu toilet kotor? hehee

    ReplyDelete
  14. Ameer, kenapa seluar tu basah? Tak sempat ek. Hahaha
    My nieces and nephews tak jalan bila kita latih potty train nie. Haha

    ReplyDelete
  15. Tak apelah kalau basah-basah pun kan kak. Cuba letak kerusi kecik kt bawah supaya dia senang nak naik atas tu.

    ReplyDelete
  16. alaa comel pulak tempat ni.. jue beli jenis ada tangga hehehe.. memang dari abg dia skrg dekat adik.

    ReplyDelete
  17. nice product for toddler. time to check it out

    ReplyDelete
  18. So comel anak you!!bagus leh portable ....boleh bawa kemana-mana...

    ReplyDelete
  19. Bgusnya portable n mudah bwak mcm gini
    Xda la bila kt luaq anak takut2 kam

    ReplyDelete
  20. Toilet training a child successfully - and quickly - does not happen accidentally (no pun intended :>)? Rather, parents who want to potty train a child in days must arm themselves with a time-tested system and a well-thought-out plan of action - one that builds their self-confidence and allows them to tap into their strengths and avoid the most common - and costly - pitfalls. But, if you're like many parents you're convinced that potty training your strong willed child is likely to become a contest of wills. Or perhaps you're already frustrated after one or more unsuccessful attempts at potty training your child. If so, you're not alone. Read more to learn five must-have essentials for effectively potty training a child... Susan.N

    ReplyDelete
  21. Potty training regression can be a nightmare. Here is a simple one/two step process for re-engaging your toddler in the toilet training game. Susan.N

    ReplyDelete
  22. The use of a potty training doll was introduced by two psychologists in 1979. The psychological principle behind the development of a potty training doll is vicarious learning. It was observed that children learned how to use the potty faster when they played with their potty dolls. Susan.N

    ReplyDelete
  23. A prospective Resident will often drive by the home before they even call you to set up a viewing and if they do not like what they see you will have lost a tenant. A Tampa property manager should make sure the lawn has been cut, bushes or trees trimmed, leaves raked, and any trash or large branches picked up and removed from the yard. Tampa Pressure Washing

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.